Ahad, 30 Januari 2011

SESI TAKLIMAT SRS ANJURAN KRT TMN ANGSAMAS

Satu sesi taklimat SRS Tmn Angsamas telah diadakan pada 29 Jan 2011 jam 0900 malam, bertempat di Balai Raya Tmn Angsamas. Taklimat kali 3 ini telah dianjurkan oleh KRT Tmn Angsamas. Taklimat disampaikan oleh Encik Zul Azmi Penolong Kanan Pegawai Perpaduan Daerah Seremban. Isi kandungan taklimat yang disampaikan menjurus kepada maklumat ulangan dan perkembangan semasa garis panduan SRS.


Rumusan dan pendapat drpd Ketua Sektor:
KRT sepatutnya membuat perancangan dan pelaksanaan yang lebih sistematik bagi penambahbaikan pengurusan SRS Tmn Angsamas, iaitu membuat mesyuarat atau perbincangan rasmi secara dalaman.  Tidak dinafikan merombak 2 sektor kepada 7 sektor adalah langkah yang menepati keperluan. Banyak cadangan tidak dapat diutarakan dan diperjelaskan. 

Oleh yang demikian saya merasakan gesaan bagi mengadakan Mesyuarat bersama KRT perlu diadakan dengan segera. Pada perkiraan minda saya yang cetek ini, perkara berikut perlu dilaksanakan:

a.     Penerangan dan pengesahan perubahan struktur 7 sektor SRS Taman Angsamas.
b.    Mewujudkan struktur organisasi berdasarkan persetujuan ramai yang akan memainkan peranan dan   tugas utama dlm menyelaras SRS Tmn Angsamas.
c.   Menerima dan meluluskan cadangan (Contohnya: Pos Ronda, peruntukkan kewangan pengendalian aktiviti ronda, dsb) dari semua ahli ronda bagi kebaikan setiap sektor yang ditubuhkan.

Nota: Andaikata diberi peluang SRS Sektor Satu bersedia menjadi penganjur.

Selasa, 25 Januari 2011

SEMANGAT KEJIRANAN

Konsep kejiranan yang baik dapat mewujudkan rasa kasih, sayang menyayangi, bantu membantu, Hingga timbul suatu kekuatan dikalangan penduduk untuk tolong menolong, ingat mengingati, tegur menegur, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya begitu lemah jika tanpa jiran... Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian bijak.


Jumaat, 21 Januari 2011

MESYUARAT TAHUNAN SRS SEKTOR ANGSAMAS

Mesyuarat tahunan bagi tahun 2011 telah diadakan pada 20 Jan 2011 bertempat di rumah saudara Md Pauzi bin Abdullah. Banyak perkara yang telah dibincangkan dan telah mencapai persetujuan sebulat suara dalam konteks meningkatkan sistem tadbir dan pengurusan sektor. Walaupun pada awalnya hanya aktiviti ronda malam dilaksanakan, namun kini fungsi dan peranan ahli ronda angsamas 2 yang kini disertai oleh 38 orang ahli mencakupi bidang yang lebih luas dalam membawa masyarakat yang lebih dinamik dan menjadi aset kepada komuniti. Agenda yang diperbincangkan adalah seperti berikut:

a.  Maklum Balas Aktiviti Rondaan.
b.  Rombakan Ahli Kumpulan dan Jadual Ronda.
c.  Membincangkan Usul Bagi Dimajukan ke Mesyuarat KRT Tmn Angsamas.
d.  Penstrukturan Organisasi dan Pelantikan AJK Bagi Sesi Tahun 2011 hingga 2012.
e.  Lain-Lain Hal.

Kehadiran Ahli Ronda yang membanggakan jelas menunjukkan komitmen dan ukwah yang tinggi daripada Ahli.

Ingatan tulus ikhlas drpd Ketua Sektor/Penyelaras:

"KEJAYAAN ADALAH SATU PERJALANAN DAN IA BUKANNYA SATU DESTINASI"  

Ahad, 9 Januari 2011

PENGHIJRAHAN SEORANG AHLI RONDA ANGSAMAS 2

Seorang Ahli Ronda Angsamas 2 iaitu Encik Mohd Zaidi telah berpindah ke Batu Gajah, Perak. Penghijrahan disebabkan keperluan kerjaya. Semoga saudara Mohd Zaidi sukses di kediaman yang baru. Kenangan bersama khususnya dalam menjalankan aktiviti ronda akan terus mekar dalam ingatan. Saya mewakili Ahli Ronda Angsamas 2 mendoakan semoga saudara selamat dan berjaya ditempat yang baru.
Kesempatan bergambar kenangan bersama sebahagian Ahli Ronda selepas majlis doa selamat.
(Mohd Zaidi berbaju melayu serba merah)

Sabtu, 8 Januari 2011

GOTONG ROYONG MAJLIS PERKAHWINAN ANAK AHLI RONDA MD PAUZI BIN ABDULLAH

Pada 17 Dis 2010 telah berlangsung Majlis Perkahwinan anak kepada Ahli Ronda iaitu Encik Md Pauzi bin Abdullah. Semangat dan kerjasama daripada keluarga Ahli Ronda SRS Angsamas 2 dan Sektor Kejiranan nyata begitu baik dan memberangsangkan. Semua yang terlibat telah menunjukkan sokongan yang padu dalam mempamerkan semangat setiakawan. Sesungguhnya kerjasama ini dapat digarabkan dengan lebih luas dalam konsep kehidupan bermasyarakat.  

Camera shoot bagi Ahli Ronda semasa kerja gotong royong sebelum majlis.
Camera shoot para isteri Ahli SRS Angsamas 2 dan kejiranan turut menyumbang tenaga.
Anak-anak Ahli turut dilatih dalam menyemai bakti sebagai satu generasi pelapis yang bersahsiah terpuji.