Selasa, 31 Mei 2011

GEMUK ATAU KURUS MANA PILIHAN ANDA

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQk-prgvDTxvT3v-pTdK9jtTNYT4W6vQhIDOymPLd0qXmVtzPBwvQ
Sudah lebih seminggu blog ini tak dimanafatkan dengan sebarang "entry".

Pada kali ini saya ingin mencoretkan dalam blog ini berkaitan saiz tubuh badan. Apa yang ingin saya kongsikan betapa pentingnya kesihatan dalam diri kita. Justeru itu apa kaitan dengan gemuk dengan kesihatan. Pakar-pakar perubatan telah menyatakan peratus orang yang gemuk terdedah pelbagai risiko penyakit adalah lebih tinggi daripada orang yang mempunyai tubuh badan yang kurus. Jadi bagaimana kita ingin tahap obesiti kita dengan saiz tubuh badan kita, jawapannya dengan pengukuran Body Mass Index (BMI).


Definisi Body Mass Index (BMI) atau Index Jisim Badan: BMI ialah ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kpd tinggi dan berat ideal. Ia terdiri drpd 5 kategori seperti berikut:
 

Kategori
Julat BMI
Kebuluran / Kurang Berat Keterlaluan Kurang drpd 15
Kurang berat Dari 15 ke 18.5
Normal Dari 18.5 ke 25
Berat Berlebihan Dari 25 ke 30
Obesiti / Kegemukan Lebih drpd 30

Macamana nak kira BMI anda? Di bawah saya sedia formula pengiraan Body Mass Index.



Berat ÷ Tinggi÷Tinggi


Sebagai mengambil contoh dan renungan kita bersama, selain mengundang pelbagai penyakit, kegemukan juga menyukarkan rutin kehidupan kita dan mungkin juga orang lain.

http://www.i-usahawansukses.com/blog/wp-content/uploads/2010/10/obese.jpg
GEORGE TOWN – Seorang lelaki obes terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya di flat Bandar Baru Ayer Itam di sini pagi semalam sehingga memaksa 10 anggota penyelamat mengerah kudrat mengangkat tubuhnya seberat 300 kilogram (kg) untuk dibawa ke hospital. M. Balaji, 43, terjatuh pada pukul 6.50 pagi membuatkan dia mengerang kesakitan akibat kecederaan di paha. Ibunya yang hanya dikenali sebagai Rajasundi, 60, cuba membantu tetapi gagal menolong Balaji berdiri sebelum menghubungi Hospital Pulau Pinang (HPP). Beberapa minit kemudian, lima anggota dari HPP dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di flat tingkat sembilan itu tetapi mereka sekadar mampu menarik Balaji ke ruang tamu dengan kain. Sewaktu lelaki itu diheret ke ruang tamu, dia menjerit kesakitan sambil memegang pahanya. Dalam keadaan terdesak, anggota pasukan penyelamat akhirnya mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Itam sebelum 10 anggota penyelamat mengangkat lelaki itu ke lif dan membawanya ke HPP. ” (nota dari akhbar Kosmo 27-Okt-2010).


Justeru itu, mari kita mengamal pemakanan yang baik dan sihat. Nabi Muhamad SAW telah berpesan kepada kita "makanlah apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang". Jangan ikut nafsu serakah, dan main hentam saja. Buatlah sebarang aktiviti riadah supaya badan tak menjadi belon dan hidup bahagia serta penuh keceriaan.


Ahad, 29 Mei 2011

SEBAB INI ......YANG TAK DIGEMARI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-mp9hCs9dP-7a2VEbaYDUzwJtV81AcpBh2KyEZ7j8HJzHNCfXb4QRSRGGs3deKxIsfehf-QsdUjlYJl0GcmxyQYOjW3TZt0PE3dfxn1Mrs4hocbWJxssqI055UOimUp1eccxdETU6/s400/update-blog.jpg
Jangan dibiar lapuk, usang dan terbiar.....
Ini memang tak disukai oleh semua pengunjung dan blogger.
Hampir 1 minggu tak update blog, rasa macam dah layu jer mood (rileks la, ada orang sebulan tak update rileks jer). Blog ini blog pingitan dan blog pemasyarakatan jadi entry tak boleh keruan, nanti lari tajuk lee...... pulak.

Sebab apa baca seterusnya di bawah:-



http://cikgufarizal.com/wp-content/uploads/2008/01/busy.jpg


mana?










di bawah






bawah lagi...









































Blog tak update kenapa ?

1. Sibuk.

2. Tak ada ide nak tulis.

3. Banyak aktiviti keluarga (meraikan anak-anak)

4. Penyakit malas sudah menyerang.

Rabu, 25 Mei 2011

GILIRAN SECRET RECIPES PULA MENAFIKAN PENGGUNAAN GELATIN BABI

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/05/secretrecipe2.jpg?w=300&h=225

SHAH ALAM – Secret Recipe menafikan khabar angin mengatakan produk keluaran syarikatnya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam dua bahan yang digunakan untuk ramuan kek keluaran mereka. Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal berlaku hebahan dalam beberapa blog yang memberitahu kedua-dua bahan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.

“Kami amat kesal kejadian begini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Semalam, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula turut mendakwa bahan itu kini digunakan rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam. Sementara itu, laman web milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan. 

Zawani berkata, syarikatnya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium. “Kesemua bahan diambil di Belgium terlebih dahulu mendapat perakuan halal daripada Jakim. Malah, kita tidak ada kena mengena atau mengambil bahan ramuan dengan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.katanya

Isnin, 23 Mei 2011

GILIRAN SECRET RECIPES DIBONGKAR KERANA MENGANDUNGI DNA BABI

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSh1Y3c8eSyR5DtfV6dxf8vIq9gVpGswXe8Dv4-tou5VsuzbVbZJA

Dah tak tahu nak cakap...lepas nie apa pulak yang ada DNA babi. Hai...ya apa pasat semua lu bikin mau masuk itu balang loo. Kalau talak masuk itu enzim babi tatak cilap ka.. Olang Islam tatak bole makan itu balang ma....Haram, haram.......grrrrr


Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’ Syarikat tersebut adalah: Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.

Sumber
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.PPIM

Jumaat, 20 Mei 2011

PENIPUAN DAN SUMBER BABI BIKIN MASYARAKAT STRESS

http://203.217.178.220/ehalal/images/banner-left.gif



Semak + Serabut = Sengal kepala, bila banyak isu pemalsuan dan pengharaman makanan yang diselongkar. Semua ini akan menambah tekanan hidup kita pada masa kini. Cabaran hidup kita semakin getir dan merumitkan. Itu belum ditambah lagi kenaikan harga barang-barang pemakanan. Selepas kita ketahui dan telah dibuktikan produk itu haram, maka wajib kita tinggalkan atau tidak  mengambilnya lagi. Pernah ada seorang paderi memberitahu, orang islam dalam setahun sudah makan 1 kg babi, 1 liter wain, sebabnya sumber haram ini menjadi bahan campuran dlm menghasilkan produk. Pernahkah kita mengkaji hampir semua produk yang selalu kita beli di kedai runcit, pasaraya dan sebagainya dibuat oleh pengeluar yang tidak mematuhi dan menjaga kepentingan umat Islam. Justeru itu mari kita tingkatkan pengetahuan, kewarasan dan ekonomi sara hidup dalam mengharungi kehidupan seharian yang semakin hari menghimpit benak kepala. Bahan pemakanan yang dicampuri sumber haram ini juga mungkin menjadi punca anak-anak dan diri kita tak berapa nak menjadi mukmin yang baik. Walallah hu alam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgl6w_ip-fgFRbqS1C_8Nfe-xzeFuJHrm45zLJ6ZzI4ZeImVXRGBY0ssMdJm5teYf2QdvCwe58mwi2dPRrDNnU9OCwDLWYVwhpwlKcd-VSNEd_GAJGuBkqTsHk6MS-7902eCqnLYzbnFZg/s1600/paracetamol.jpg
Ubat yang selalu kita ambil juga telah dipalsukan
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQNdxbsfye8w2p9VD9hJv-Tie5qAapBQoZ_TyAeI3izN2lBTVyW
Kopi yang memang terkenal rupanya ada  sumber haram.

Selasa, 17 Mei 2011

BILA SEMANGAT KEJIRANAN TIADA, MAKA INILAH JADINYA

Jangan bila dah berlaku baru kita nak mengeluh, kesal dan geram. Sebelum ini adakah kita ambil kisah untuk meletakan kehidupan masyarakat yang baik, yang subur dengan kesatuan hati dan ambil kisah serta menyokong apa jua tindakan yang baik dalam kehidupan bermasyarakat. Jangan dicontohi individu yang tak ambil kisah dengan masyarakat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihDHTRXhBSyy3YVHFqKg37FcasXNQ5jhe3xV5iGCwjQyevUymOXGKlFyoWBiglMM_f48GcR0e1jKo_KXLnp0LtD8g-lXRc4rk3LpcL91Z-fKw6K0S3qbBKwIu_HiMoxPdCpdKsSm6Ec2oJ/s320/taman+kosas.jpg
Apa nak jadi pada masyarakat kita?, apa nak jadi pada masyarakat Taman Kosas Ampang? Contoh komuniti yang tidak baik...baca catatan dibawah:-

Ahad lalu seorang remaja perempuan 15 tahun, diekori oleh seorang pemuda 23 tahun dengan kereta Alphard. Perempuan remaja tersebut kemudiannya ditangkap oleh pemuda itu dipaksa masuk dalam keretanya yang diberhentikan di tepi jalan.

Kemudian pemuda tersebut melondeh remaja malang tersebut dan terus merogolnya didalam kereta itu juga. Ketika kejadian berlaku ia ditonton oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kejadian pada polis. Polis sampai ditempat kejadian dalam masa beberapa minit kemudian dan terus memberkas pemuda itu. Ketika diberkas seluar pemuda itu masih lagi terlondeh. 

Bukan cerita seks yang nak saya paparkan kat sini, tetapi cerita sedih masyarakat kita yang langsung tak prihatin membiarkan remaja perempuan itu dirogol. Banyak kaedah untuk menghalang jenayah berlaku itu berlaku. Tetapi bila masyarakat tidak dibentuk dan tiada sebarang usaha untuk memperkuatkan semangat kejiranan, maka kes-kes jenayah akan berleluasa di perumahan kita. 

Renungkanlah kerana kehidupan yang aman dan tenteram tidak bersifat kekal atau tidak datang bergolek tanpa ada usaha dan tindakan daripada masyarakat itu sendiri.

Sumber Berita

Sabtu, 14 Mei 2011

SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) HILANG ARAH, TIADA HALA TUJU AKHIRNYA BERKUBUR TANPA BATU NISAN

"Semua Rukun Tetangga di seluruh negara disaran menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani jenayah di peringkat akar umbi,  SRS juga merupakan salah satu daripada institusi akar umbi yang penting selain polis, Rela dan pasukan keselamatan lain, dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya di kawasan perumahan".

"Saya ingin merayu kepada semua Rukun Tetangga sedia ada untuk menubuhkan SRS secepat mungkin dengan menghubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional dan polis"  Petikan ucapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. 

Maka dengan saranan itu, berkobar-kobar semangat Pengerusi KRT untuk menubuhkan SRS setelah nampak adanya kebaikan dan faedah sampingan. Setelah tempoh tertentu pernahkah kita membuat analisa kesepaduan dan kesinambungan tugas rondaan berjalan seperti yang disasarkan. Pernah jua seorang Penjawat Awam (JPIN) secara tanpa sengaja atau tidak, telah memberikan pandangan peribadi beliau mengatakan, "pemastautin yang melaksanakan SRS ini, macam hangat-hangat tahi ayam je....tak lama nanti akan tinggallah Pos Ronda tanpa Ahli Ronda". Saya mengambil sikap positif, berkemungkinan Penjawat Awam ini ingin mencabar Ahli Ronda SRS supaya terus menerus menjalankan aktiviti rondaan di kawasan tanggungjawab.

Berdasarkan informasi dari pelbagai sumber dan suka bertanya kepada individu yang bertanggungjawab dalam SRS di kawasan atau negeri lain,  memang tidak dinafikan ada kebenaran ungkapan itu. Semangat yang berkobar dan beria-ia untuk melaksanakan SRS lesap dan lenyap seperti baru dilanda taufan atau tsunami, maka yang tinggal hanyalah Sijil Pengesahan Pengendalian SRS yang dikeluarkan oleh JPIN. Maka masih bergunalah juga sijil tersebut untuk menaikan status penilaian KRT. Apakah faktor dan halangan yang menyebabkan aktiviti rondaan SRS layu, lesu dan akhirnya mati. Berikut saya nyatakan secara ringkas berdasarkan rumusan peribadi saya.
  1. Tunggak kepimpinan SRS yang tidak kompeten dalam memimpin dan mengurus SRS menyebabkan kesetiaan dan kerjasama semakin lemah dikalangan Ahli Ronda untuk terus menyumbang bakti kepada komuniti tanpa sebarang tindakan pemulihan. Pemimpin dan yang dipimpin sama pentingnya dalam sesebuah organisasi. Seperti kata perpatah, kapal tanpa nakhoda akan berlayar tanpa haluan", "kapal tanpa anak kapal pasti kapal tidak akan bergerak".
  2. Pengurusan yang standard tidak diguna pakai dalam pengendalian SRS. Contohnya, tiada jadual ronda dikeluarkan kepada Ahli Ronda, tiada maklum balas dihantar kepada Pejabat Perpaduan Daerah.
  3. Kurangnya atau tiada langsung pemantauan aktiviti rondaan daripada AJK KRT. 
  4. Kemelut dan permasalahan dalaman yang melanda tidak ditangani  dengan telus dan keterbukaan hati.
  5. Tiada sebarang pemeriksaan mengejut (spot check) dibuat oleh pegawai atau agensi yang bertanggungjawab terhadap KRT yang mempunyai SRS.
  6. Kurangnya promosi dan dorongan bagi menarik minat pemastautin setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarela ini. 
  7. Aktiviti SRS adalah tulang belakang kepada KRT, tetapi dipandang sepi oleh mereka yang terlibat menguruskan SRS. Senang cerita kerja dibelakang tadbir dan tidak glamour ini selalunya orang tak ambil kisah.
Cukup sekadar 7 faktor utama yang saya nyatakan di sini, kalau difikirkan masih banyak lagi untuk kita kenal pasti supaya tindakan boleh dilakukan untuk memastikan SRS terus subur dalam menjalankan aktiviti rondaan. Kalau kita fikir kita dah hebat mengurus masyarakat, ingatlah ada orang yang lebih hebat lagi, kalau kita rasakan kita gagal meneruskan SRS, masih ada lagi yang lebih gagal kerana tidak pernah melaksanakan SRS. Artikel ini bukan bertujuan mencari kesalahan orang lain tetapi lebih bertujuan kepada mencari penyelesaian.

Kepada Ahli Ronda Sektor SRS seluruh pelusuk tanah air yang telah berjaya, syabas dan tahniah saya ucapkan. Pengorbanan masa tidur anda ketika orang lain sedang nyenyak tidur pasti mendapat ganjaran dunia dan akhirat. Taburkan bakti selagi anda punyai kesempatan masa dan tenaga. Selamat Meronda. Tahniah kepada semua Ahli Ronda SRS Sektor 1 Tmn Angsamas, kerana kalianlah aktiviti ronda kita masih kukuh dan terbaik dari yang lain. Sebab yang lainnya.... dah boleh packing. Harapan saya selepas ini SRS .....itu kembali meronda.
 

Rabu, 11 Mei 2011

PENEMUAN DNA BABI DALAM PRODUK SYKT LUCKY FOOD PROCESSING

http://azemi09.files.wordpress.com/2010/02/logo20halal-266212424_std1.jpg?w=294&h=300
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd ditarik balik berikutan penemuan DNA babi dalam produk keluaran syarikat tersebut.

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut.

Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

1) Menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) Mengemukakan resit pembelian produk baru;

3) Melakukan proses samak; dan

4) Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Lucky Food Sdn Bhd adalah pengeluar produk daging, sosej dan bebola daging. Hati-hati ketika membeli, jangan terlibat pengeluar yang tidak peka dengan pengguna muslimin, muslimat, mukminim dan mukminat.

Hebahan Maklumat Dari: Sumber

Senarai produk Lucky Food :

1. BEEF BREAKFAST SAUSAGE 30/10/2011
2. BEEF FRANK (ALL SIZES & ALL BRANDS) 30/10/2011
3. CHICKEN FRANK (CHEESE) 30/10/2011
4. (MINCED/SHREDDED/STRIPPED/CUBE/DICED) BEEF 30/10/2011
5. (MINCED/SHREDDED/STRIPPED/CUBE/DICED) MUTTON 30/10/2011
6. BEEF AIR DRIED 30/10/2011
7. BEEF BALL ITALIAN 30/10/2011
8. BEEF BRATWURST SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
9. BEEF BURGER PATTIES 30/10/2011
10. BEEF CHEESE SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
11. BEEF JUMBO (LAMB SPICES) ALL SIZES 30/10/2011
12. BEEF JUMBO GARLIC (ALL SIZES) 30/10/2011
13. BEEF JUMBO SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
14. BEEF JUMBO SPICY (ALL SIZES) 30/10/2011
15. BEEF LYONER GREEN PEPPERCORN 30/10/2011
16. BEEF MEAT BALL (CHINESE STYLE) 30/10/2011
17. BEEF MORTADELLA 30/10/2011
18. BEEF PASTRAMI 30/10/2011
19. BEEF PEPPERONI 30/10/2011
20. BEEF SALAMI 30/10/2011
21. BEEF SANDWICH 30/10/2011
22. BEEF STEAK 30/10/2011
23. BEEF WIENER SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
24. BLACK PEPPER STEAK 30/10/2011
25. BREAKFAST BEEF 30/10/2011
26. CAJUN STYLE SMOKED SAUSAGE 30/10/2011
27. CHICKEN APPLE (HEALTY CHOICE) 30/10/2011
28. CHICKEN BOLOGNA 30/10/2011
29. CHICKEN BOLOGNA PISTACHIO 30/10/2011
30. CHICKEN BRATWURST (HEALTY CHOICE) 30/10/2011
31. CHICKEN BRATWURST SAUSAGE (BREAKFAST & ALL SIZES) 30/10/2011
32. CHICKEN BREAKFAST SAUSAGE 30/10/2011
33. CHICKEN BREAKFAST SAUSAGE SUN DRIED TOMATO (ALL SIZES) 30/10/2011
34. CHICKEN BREAKFAST SPICY 30/10/2011
35. CHICKEN BURGER PATTIES 30/10/2011
36. CHICKEN CABONASSI 30/10/2011
37. CHICKEN CHAR SIU 30/10/2011
38. CHICKEN CHEESE (ALL SIZES) 30/10/2011
39. CHICKEN CHORIZO SAUSAGE (BREAKFAST & ALL SIZES) 30/10/2011
40. CHICKEN DELIGHT 30/10/2011
41. CHICKEN FARMER SAUSAGE (BREAKFAST & ALL SIZES) 30/10/2011
42. CHICKEN FARMHOUSE SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
43. CHICKEN FRANK (ALL BRANDS) 30/10/2011
44. CHICKEN FRANK (BLACK PEPPER) 30/10/2011
45. CHICKEN FRANK (COCKTAIL/ALL SIZES/DICED/SHREDDED) 30/10/2011
46. CHICKEN FRANK (GARLIC) 30/10/2011
47. CHICKEN FRANK DELI FARM 30/10/2011
48. CHICKEN FRANK FLAV-O-RICH 30/10/2011
49. CHICKEN FRANK SMOKED (ALL SIZES) 30/10/2011
50. CHICKEN FRANK VALLEY FARM 30/10/2011
51. CHICKEN GOURMET SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
52. CHICKEN HABNERO (HEALTY CHOICE) ALL SIZES 30/10/2011
53. CHICKEN HONEY & SOYA (HEALTY CHOICE) 30/10/2011
54. CHICKEN JALAPENO CAPSICUM (HEALTY CHOICE) 30/10/2011
55. CHICKEN JUMBO SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
56. CHICKEN JUMBO SAUSAGE BLACK PEPPER (ALL SIZES) 30/10/2011
57. CHICKEN JUMBO SAUSAGE CHEESE & HERB (ALL SIZES) 30/10/2011
58. CHICKEN JUMBO SAUSAGE CHEESE & MUSHROOM (ALL SIZES) 30/10/2011
59. CHICKEN JUMBO SAUSAGE GARLIC & HERB (ALL SIZES) 30/10/2011
60. CHICKEN JUMBO SAUSAGE GARLIC (ALL SIZES) 30/10/2011
61. CHICKEN JUMBO SAUSAGE MUSHROOM (ALL SIZES) 30/10/2011
62. CHICKEN JUMBO SAUSAGE SPICY (ALL SIZES) 30/10/2011
63. CHICKEN LUNCHEON (DICED/SHREDDED/SLICED) 30/10/2011
64. CHICKEN LYONER (GARLIC) 30/10/2011
65. CHICKEN LYONER (PLAIN) 30/10/2011
66. CHICKEN LYONER GREEN PEPPERCORN 30/10/2011
67. CHICKEN LYONER MOSAIC (GARLIC) 30/10/2011
68. CHICKEN LYONER MOSAIC (PLAIN) 30/10/2011
69. CHICKEN LYONER MUSHROOM 30/10/2011
70. CHICKEN LYONER PISTACHIO 30/10/2011
71. CHICKEN MEAT BALL 30/10/2011
72. CHICKEN MEXICAN SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
73. CHICKEN MORTADELLA 30/10/2011
74. CHICKEN PASTRAMI 30/10/2011
75. CHICKEN PEPPERONI 30/10/2011
76. CHICKEN POLISH SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
77. CHICKEN PRAWN DUMPLING 30/10/2011
78. CHICKEN ROLL 30/10/2011
79. CHICKEN SALAMI 30/10/2011
80. CHICKEN SANDWICH (WHITE/PINK) 30/10/2011
81. CHICKEN SATAY SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
82. CHICKEN SAUSAGE TANDOORI (BREAKFAST & ALL SIZES) 30/10/2011
83. CHICKEN SUPREME 30/10/2011
84. CHICKEN TAIWAN SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
85. CHICKEN TOAST (SLICED/SHREDDED/DICED/MINCED) 30/10/2011
86. CHICKEN VIENNA SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
87. CHICKEN WIENER SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
88. CHORIZO SAUSAGE BEEF (BREAKFAST & ALL SIZES) 30/10/2011
89. COOKED BEEF (CUBE/GROUND/SLICED) 30/10/2011
90. CORN BEEF 30/10/2011
91. EURO GRILL BEEF SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
92. EURO GRILL CHICKEN SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
93. LAMB FRANK (ALL SIZES & ALL BRANDS) 30/10/2011
94. LAMB SAUSAGE (BREAKFAST & ALL SIZES) 30/10/2011
95. MARINATED BEEF STEAK 30/10/2011
96. MARINATED CHICKEN (SLICED/GROUND/CUBE) 30/10/2011
97. MARINATED LAMB 30/10/2011
98. MINCED /SHREDDED CHICKEN 30/10/2011
99. MINCED BREAKFAST BEEF 30/10/2011
100. NUREMBERG GRILL CHICKEN SAUSAGE 30/10/2011
101. PREMIUM VENISON SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
102. ROAST BEEF 30/10/2011
103. ROAST BEEF (BLACK PEPPER) 30/10/2011
104. SMOKED BEEF 30/10/2011
105. SMOKED CHICKEN BREAST ROLL 30/10/2011
106. SMOKED CHICKEN BREAST TANDOORI 30/10/2011
107. SMOKED CHICKEN TOAST (SLICE/SHREDDED/DICED/MINCED) 30/10/2011
108. SMOKED DUCK BREAST 30/10/2011
109. SMOKED HONEY CURED TURKEY BREAST 30/10/2011
110. SMOKED IKAN TENGGIRI 30/10/2011
111. SMOKED MUSSEL 30/10/2011
112. SMOKED SALMON 30/10/2011
113. STEW BEEF 30/10/2011
114. STREAKY BEEF 30/10/2011
115. TURKEY FRANK (ALL SIZES & ALL BRANDS) 30/10/2011
116. TURKEY ROLL 30/10/2011
117. TURKEY SANDWICH (DICED/SHREDDED/SLICED/MINCED) 30/10/2011
118. TURKEY SAUSAGES (ALL SIZES) 30/10/2011
119. TURKEY TOAST (DICED/SHREDDED/SLICED/MINCED) 30/10/2011
120. VEAL BRATWURST SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011
121. VEAL BREAKFAST SAUSAGE 30/10/2011
122. VEAL BREAKFAST SAUSAGE NUERNBERGER (ALL SIZES) 30/10/2011
123. VENISON SAUSAGE (ALL SIZES) 30/10/2011

Sabtu, 7 Mei 2011

HARI IBU 2011



Posted by Picasa
Pada hari ini saya ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada semua kaum wanita di seluruh negara. Ketika saya membuat coretan ini, saya agak emosional, hinggakan tanpa disedari air mata ini menitis  berkali-kali ke pipi. Pertamanya, kerana Ibu saya telah kembali ke rahmatullah 3 tahun lalu. Kedua, saya mengenangkan terlalu getir dan sukarnya ibu saya membina kehidupan tanpa suami. Ketiga, setelah saya lahir saya hanya mengenali ibu hinggalah saya berumur 38 tahun tanpa mengenali wajah seorang ayah (melainkan abg & kakak saya).

Tanpa harta dan hidup yang daif membuatkan keluarga saya umpama tersisih dari saudara-mara. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dalam kesusahan dia memberi kekuatan kepada kami sekeluarga melalui liku-liku kehidupan. Terima kasih emak.... kerana telah bersusah payah berjalan kaki hampir 5 kilometer setiap subuh demi sesuap nasi dan memastikan saya mempunyai pendidikan.

Itulah keagungan seorang ibu yang tidak pernah bersekolah tapi beritizam untuk dua orang anaknya mempunyai status akademik yang lengkap. Saya redha dengan ketentuan Illahi kerana tidak sempat membalas sedikit pengorbanan emak. Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibu sayangilah, kasihilah dan ingatilah ibu anda sementara mereka ada di depan mata anda. Jika mereka dah tiada anda akan tahu betapa sepinya anda di dunia ini. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan dari segala dosa. Kenangilah pengorbanan dan kepayahan ibu semenjak kita masih di dalam perutnya.

Saya amat sedih melihat suasana sekarang ini, anak-anak yang masih bersekolah dah melawan ibubapa, hanya kerana permintaannya tidak ditunaikan dipukul, diugut, disepak terajang ibubapanya seolah-olah syaitan dah bertapa dalam otak anak-anak ini. Astafirullah halazim.....dunia dihujung usia.

"KASIH IBU HINGGA KE AKHIR HAYAT "

Selasa, 3 Mei 2011

AWAS PENGETAHUAN DAN KEPELBAGAIAN TEKNIK MENJADIKAN ANDA MANGSA

Saban hari, pasti ada kes jenayah berlaku dinegara kita. Kita sedar atau tidak, pelbagai bentuk kes jenayah kecurian dan jenayah pembunuhan sering kita dengar dan lihat dimasa kini. Tanpa mengira umur, individu dan berkumpulan, penjenayah sentiasa menggunakan sesaat kecuaian kita. Mereka juga merancang dan menggunakan teknik yang terkini bagi mencapai kejayaan misi jenayah mereka.
Terkini teknik baru yang digunakan bagi menjadikan pemandu jalanraya  pada waktu malam menjadi mangsa mereka, iaitu dengan melempar telur di cermin hadapan.


Jika anda sedang memandu diwaktu malam, secara tiba-tiba cermin kereta anda dilemparkan telur ayam. Jangan suis on wiper dan pancutkan air. Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda berada di  tempat yang selamat. Ini kerana, telur ayam bercampur dengan air akan menjadikan cecair seperti susu (sukar  dihilangkan dengan mudah) dan menyebabkan tahap penglihatan mata kita menjadi kabur sehingga 92.5 peratus. Anda akan menjadi mangsa sekiranya anda berhenti sebaik saja mengalami  kejadian tersebut. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dengan gaya baru sipenjenayah.

Pesanan daripada PDRM. 
Sebarkan untuk kebaikan ...kita bersama

KERJASAMA DIPERKUKUHKAN, SEMANGAT DISUBURKAN, MATLAMAT DIREALISASIKAN



Perjumpaan Bulanan Ke-10 Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sektor 1 Tmn Angsamas telah berjaya dianjurkan pada 2 Mei 2011 yang mana bertujuan mendapatkan laporan dan perkembangan aktiviti rondaan dari setiap Ahli Ronda. Perjumpaan ini juga, bertujuan untuk memastikan kerjasama dikalangan ahli dipantau dan berada dilandasan yang kukuh. Disamping itu semua ahli  berpeluang mengeratkan siratulrahim sesama ahli dan mengutarakan cadangan bagi penambahbaikan SRS Sektor 1 Tmn Angsamas. Di dalam aspek lain ahli diberi maklumat semasa dan mengetahui kaedah dalam kepimpinan sesebuah organisasi.

Saya selaku Ketua Sektor  amat berpuas hati dengan kehadiran ahli-ahli di dalam perjumpaan tersebut, walaupun masih ada lagi ahli yang tidak dapat hadir disebabkan bekerja  shift malam dan ada juga ahli yang masih  dalam perjalanan pulang dari kampung halaman oleh kerana cuti umum yang agak panjang. Kepada Ahli Ronda yang telah hadir diucapkan terima kasih.

Beberapa cadangan dan persetujuan telah dicapai sebulat suara bagi SRS Sektor 1 Tmn Angsamas membuat perubahan dan peningkatan. Perjumpaan telah diakhiri dengan jamuan ringan sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli yang hadir. Kami akan bergerak ke hadapan walaupun kerap kali perjumpaan tanpa kehadiran wakil dari KRT atau badan induk yang bertanggungjawab dlm pelaksanaan SRS.

Walaupun "Ada Pohon Rimbun, Tapi Tak Berbuah". Nak buek camno.........

Ahad, 1 Mei 2011

DEDIKASI ULANG TAHUN KELAHIRAN KEPADA YAB MENTERI BESAR N.SEMBILAN

Saya selaku Ketua Sektor / Blog Admin mewakili Ahli Ronda SRS yang lain ingin membuat ucapan dedikasi kepada YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran pada 2 Mei 2011. Kami mendoakan agar Dato' Seri beroleh kesihatan yang berkekalan dan dirahmati oleh ALLAH SWT dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat serta berbahagia bersama keluarga yang tercinta.