Rabu, 29 Jun 2011

KELAS MASAKAN AHLI RONDA & KEJIRANAN SEKTOR 1 TMN ANGSAMAS


Kalau 2 minggu lepas Ahli Ronda SRS Tmn Angsamas Sektor 1 telah melaksanakan tugas pemasyarakatan dalam gotong royong majlis perkahwinan di sektor kami. Pada kali ini kita nak kongsikan aktiviti kelas memasak dengan sumber seekor lembu dan kambing untuk dijadikan menu hidangan Majlis Aqiqah anak kepada salah seorang Ahli Ronda SRS. Kelas memasak ini cukup luas dan tenaga pengajarnya adalah orang lama dalam kerja memasak namun beliau tidak pernah memiliki sebarang persijilan dalam bidang masakan.

Apabila melihat peserta-peserta terlalu ramai, maka ramai yang menjadi passenger sahaja. Namun kelas ini lain dari yang lain, ini kerana sijil tidak akan dikeluarkan dan penilaian berdasarkan kepada pendekatan praktikal sahaja. Jadi sesiapa yang ingin membuat majlis atau jamuan jangan cuba mengundang kami sebagai tukang masak. Justeru itu sekira anda nak tahu bagaimana bising dan "caca merba" kelas masakan tersebut, layan sahaja video di bawah:





Sebenarnya tujuan saya membuat "entry" dan tajuk macam ni, saja nak bagi anda keliru. Namun ada moral story yang ingin dikongsikan. Sekian Terima Kasih.

Selasa, 28 Jun 2011

TIP MENCARI KETENANGAN JIWA

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT3scEWBXsRZb-qvQdKxUywEyUfEBEqNgkQGYKRk-6HI6JBcsHx_Q
Salam Sejahtera....Kita mungkin pernah mengalami kemurungan ataupun stress dalam kehidupan. Tidak dinafikan ianya juga boleh dianggap sebagai satu penyakit dalaman dan semakin menghimpit ruang keselesaan dan ketenangan di dalam diri kita,  Adakah anda mempunyai kaedah dan pendekatan bagi mengurangkan atau  menghilangkan gejala ini? Justeru itu saya ingin berkongsi dengan tips yang di bawah. Diharapkan panduan ini mampu mengurangkan tekanan/stress dan menjadikan anda sentiasa ceria bersama keluarga, sahabat dan jiran tertangga. Insyallah.


1. Jika anda boleh memulakan setiap hari tanpa kafein, 

2. Jika anda boleh sentiasa menjadi riang dan mempedulikan/menyembunyikan kesakitan,

3. Jika anda boleh tidak mengadu kepada sesiapa dan membosankan orang lain dengan masalah-masalah anda,

4. Jika anda boleh makan makanan yang sama setiap hari dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimakan,

5. Jika anda dapat memahami apabila seseorang yang anda kasihi tidak dapat melayani anda kerana beliau kesibukan,

6. Jika anda boleh menerima kritikan dan tidak memusuhi individu yang mengkritik anda,

7. Jika anda boleh melawan ketegangan tanpa bantuan perubatan,

8. Jika anda boleh beristirehat tanpa alkohol, 

9. Jika anda boleh tidur tanpa bantuan dadah.
     

    Isnin, 27 Jun 2011

    TIGA BULAN MENYERTAI BARU TAHAP LAYAK.

    https://lh5.googleusercontent.com/-jOgae-AZ3Bk/TgiPda2DfUI/AAAAAAAABg0/zxjrCd7Eu4E/s912/RM52.jpg


    Salam sejahtera kepada semua, Setelah 3 bulan menyertai nuffnang, blog yang terpencil ini memberi ganjaran kepada saya dan berstatus layak untuk cash out. Mungkin blog yang hebat lebih mampu menjana pulangan yang lebih lumayan, kerana blog kalian berstatus kelas atasan berbanding blog ini. Alhamdulillah, nilai ganjaran yang kecil ini memberi kegembiraan yang besar buat diri saya secara peribadi. Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog angsamassrs2.blogspot.com kerana kehadiran tuan-tuan dan puan-puan telah menceriakan laman blog ini dan secara tidak langsung membuat sumbangan kepada Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Taman Angsamas., Seremban. Terima Kasih kepada semua. Salam Perpaduan.

    Nota: Ahli Ronda SRS boleh beri cadangan apa yang boleh dengan RM 50 ini.

    Sabtu, 25 Jun 2011

    SAKIT TAK SEMBUH KERANA UBAT PALSU

    Semua daripada kita pernah membeli ubat di farmasi atau pun dikedai-kedai yang berhampiran. Bila sakit kepala, ubat yang lazim kita ambil adalah berjenama panadol. Pernah kita membuat pemeriksaan adakah ubat yang dibeli itu memang bukan palsu atau tiruan.... Berdasarkan video yang dipaparkan, selepas ini kita seharusnya memperincikan semakan label ketulenannya sebelum membeli. Ini bertujuan bagi mengelakan kita daripada ditipu dan tertipu.

    Rabu, 22 Jun 2011

    IBU BAPA YANG BERJAYA IKHLAS HATINYA

    http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSpNzn0wiP1ZfVzEVQ5ZP-opj24yGTMD6vZF5qAJemD2LRdJa8CmQ
    Alhamdulillah dikesempatan pada kali ini, ingin saya kongsikan ilmu ini untuk kita sama-sama menambah dan refresh diri kita ke arah kebaikan yang sememangnya dituntut dalam islam. Walau sibuk dengan tugas-tugas duniawi dan rencah kehidupan di masa kini, mencari sakinah dalam kehidupan usah kita lupakan.

    Ibu bapa yang berjaya perlu memiliki hati yang ikhlas. Keikhlasan itu penting kerana ibu bapa adalah orang yang utama memegang amanah Allah dalam memelihara anak-anak. Apakah ciri-ciri orang yang ikhlas? Menurut Imam Muhassibi, orang yang ikhlas tidak peduli pada pujian orang. Malah dia tidak suka apabila orang mengetahui kebaikannya. Dia juga tidak marah apabila ada orang yang mengkritiknya.

    Imam Abu Qasim al-Qusari pula berkat, ikhlas adalah mengesakan Allah dalam ibadah yang bermaksud mendekatkan diri kepada Allah dan bukan tujuan lain. Abu Ali ad-Daqaq mengatakan, ikhlas itu memelihara diri sesorang daripada ingin diperhatikan oleh orang lain apabila melakukan kebaikan.

    Oleh itu, apa yang dimaksudkan den ibu bapa yangberhati ikhlas adalah ibu bapa yang membesarkan, membimbing dan mendidik anaknya dengan susah payah tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa pun. Semua dilakukannya demi mencapai keredaan Allah semata-mata. Semua yang dilakukan itu adalah memenuhi perintah Allah dan balasan yang diharapkan hanya daripada Allah. Sama ada seorang anak kelak berbakti kepada ibu bapanya ataupun tidak, itu banyak bergantung pada cara didikannya sejak kecil.

    Semoga kita mendapat manafaat dari artikel ini dan marilah sama-sama membuat pembetulan pada diri sendiri sebelum hati kita terus diwarnai titik-titik hitam.  Wassalam.

    Ahad, 19 Jun 2011

    ADAB BERJIRAN

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXp0RlwEIaUXOxuV0GF7Got7xQOPc6CyuwDwwi5hqu0VRxCXSHXFLYnTTPWEBxNjP916psAlqTKBRGf1V2N7ve_17armMA8UZeDjS6mvmvC0pOC2cNz9CBYrZNHbuUzJRTfdJidouNbCg/s320/gb.jpg
    Jiran adalah individu atau keluarga lain yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Bab yang menerangkan tentang jiran tertangga, boleh kita dapati dengan mudah di dalam buku-buku yang berada di pasaran atau majalah. Islam menyatakan jiran tertangga meliputi 40 buah keluarga di sekitar kediaman kita. Justeru itu kita semesti memahami bagaimana peradapan untuk membentuk satu hubungan keluarga kita dengan masyarakat di sekililing. Malah petikan hadis di bawah telah memberitahu kita bertapa penting hubungan dengan jiran tetangga.



    "Saudaramu yang sebenar ialah orang sentiasa berada di sisimu ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu " Hadis Riwayat Sayidina Ali karamalauwajhah

    "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya " Hadis Riwayat AL-Syaikani.

    Tentang adab dengan jiran tetangga ini islam menetapkan tiga jenis hak untuk dipenuhi iaitu:-
    • Hak untuk orang musyrik kafir.
    • Hak untuk orang muslim.
    • Hak untuk orang muslim yang ada hubungan kekeluargaan.
    Dengan kata lain, ketiga-tiga jenis tuntutan dalam berjiran ini melibatkan hak bertetangga, hak Islam dan hak pertalian keluarga. Umumnya, seseorang ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangga. Antaranya:-
    • Sama-sama menanggung penderitaan jiran tertangganya (bersimpati dan membantu kesusahannya).
    • Menghindarkan diri daripada menyakiti hati jiran tertangga.
    • Melindungi jiran daripada kezaliman orang lain.
    • Memaafkan kesalahan jiran tertangga yang tidak sengajakan atau yang disengajakan.
    Sebagai individu, kita  mempunyai peranan dalam melakukan perkara-perkara berikut:-
    • Mengucapkan salam ketika bertemu.
    • Menjenguk atau menziarah mereka kita sakit/kematian.
    • Mendoakan ketika bersin.
    • Menolong ketika jiran atau sahabat yang berada dalam kesempitan/kesusahan.
    • Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat).
    • Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan.
    Semoga artikel yang dimuatkan ini dapat kita sama-sama hayati, difahami dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian, insyallah kita berada di dalam hidup masyarakat yang harmoni. Wallahu a'lam.

    Sabtu, 18 Jun 2011

    JENAKA SEMPENA HARI BAPA 2011

    Masalah seorang Bapa.

    Satu petang dua rakan karib (Mat dan Ali) sedang minum petang di sebuah  restoran di pinggir kota. 

    "Mat aku nampak macam kau ada masalah je?" tanya Ali kepada Mat. 

    "Ya memang aku ada masalah yang berat sekarang ini" jawab Mat

    "Apa masalahnya cer chete.....cer chete kat aku, mana tau mungkin aku boleh membantu kau" kata Ali. 

    "Gini Tak lama  lagi aku akan menjadi seorang bapa...Ali" 

     "Ha..haha..itu bukan masalah sahabat, itu berita gembira.

    Masalahnya, isteriku tidak mengetahuinya, jawab Mat.

    Jawapan itu menyebabkan Ali terdiam dan terpinga-pinga...


    Jenaka pendek ditamatkan dengan serta merta untuk memberi laluan untuk saya menyampaikan ucapan:


    "SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA LELAKI YANG BERGELAR SEORANG AYAH/BAPA/ABAH/PAPA/WALID/DADDY/BABA DAN YANG AKAN BERGELAR BAPA TIDAK LAMA LAGI"

    Khamis, 16 Jun 2011

    KESUSAHAN =KREATIF + KEKUATAN + SEMANGAT

    Malam jumaat, jom kita layan video ini, mungkin memberi anda sedikit hiburan dan keinsafan terhadap kehidupan dunia ini. Bukan senang nak jadi senang.






    Rabu, 15 Jun 2011

    JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MANGSA PENIPUAN SETERUSNYA

    https://lh6.googleusercontent.com/-Sgqs2hmKAmE/TfikicnMozI/AAAAAAAABes/zE2Jw_ljKmc/s512/image001.jpg
    Lokasi Bengkel yang tidak jauh dari Bulatan Mambau
    Top of Form
    Artikel ini telah disyorkan oleh seorang Ahli Ronda SRS. Asalnya berbahasa Inggeris dan telah diterjemah kepada Bahasa Melayu. Artikel dimuatkan kerana lokasi kejadian dan bengkel berdekatan dengan Taman Angsamas. Berikut nya adalah luahan mangsa:-

    Hai semua (terutamanya bagi mereka yang banyak menggunakan lebuh raya utara selatan), Ini ialah kisah acara benar. Ia berlaku kepada kawan saya bernama Alvin. Alvin memandu dari Johor Baharu ke Selayang, KL kerana urusan perniagaan. Pada jam 12:30 pagi, bertarikh 29 April 2011, kereta Toyota miliknya mengalami kepanasan enjin yang melampau di KM 269.9 iaitu sebelum susur keluar ke Bandar Seremban.

    Alvin telah memberhentikan keretanya di laluan kecemasan untuk membolehkan enjin kereta miliknya kembali sejuk dan berharap dapat meneruskan perjalanannya. Alvin juga membuat tindakan yang boleh dilakukan bagi membolehkan injin keretanya sejuk dengan menambah air dan berehat seketika.

    Di lokasi yang sama, Alvin telah didatangi satu trak tunda dan menawarkan bantuan. Pemandunya berbangsa India dan memakai jaket yang merujuk kepada nama Bengkel Kereta milik seorang bangsa cina. Pemandu trak tunda memberitahu Alvin kos anggaran untuk pembaikan termasuk kos tunda lebih kurang RM200. Setelah mencapai persetujuan, kereta Alvin telah ditunda ke sebuah bengkel di Mambau, Seremban.

    Setelah sampai di bengkel yang dibawa oleh pemandu trak tunda, saya lihat bengkel itu dikendalikan oleh sekumpulan berbangsa India (Ini tidak bermakna saya menuduh mereka kerana saya juga mempunyai rakan berbangsa India yang baik). Pemilik bengkel tersebut telah memberikan sebut harga lebih kurang RM 300 untuk membaiki kerosakan kereta Alvin. Seterus menyuruh pekerjanya memulakan pembaikan dan memeriksa gasket injin. Pemilik bengkel tersebutl memaklumkan kepada Alvin untuk datang kembali pada esok hari. Tanpa banyak pilihan Alvin meninggalkan bengkel tersebut dan menginap di hotel yang berdekatan.

    Pada keesokan harinya, Alvin telah kembali ke bengkel untuk melihat perkembangan tentang keretanya yang dibaiki. Di situ Alvin terpaksa menunggu kerana keretanya belum siap dibaiki lagi. Di masa yang sama, seorang lelaki berbangsa cina pertengahan umur bersama keluarganya juga sedang menunggu kereta miliknya disiapkan.  

    Bermulalah perkara yang diketahui oleh mereka yang tidak betul dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis berdekatan. Lelaki cina itu dicaj sebanyak RM2800 bagi pembaikan keretanya yang mempunyai masalah kepanasan enjin melampau manakala Alvin  dicaj RM3939.00. Setelah selesai membuat bayaran dia terus memandu menghala ke Kuala Lumpur. Tiba-tiba dipertengahan jalan ke KL kereta Alvin sekali lagi mengalami pemanasan enjin.

    Baca Seterusnya di sini untuk artikel penuh serta menilai dan mencari kebenarannya.

    Ahad, 12 Jun 2011

    SRS SEKTOR KAMI BUKAN SETAKAT MERONDA MALAM.

    Jika sebelum ini saya mencoretkan artikel yang berkaitan meronda malam bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan jenayah sifar. Pada hari ini saya bersama rakan-rakan SRS Sektor 1 Tmn Angsamas ingin berkongsi cerita tentang bagaimana seronok dan meriahnya kami melakukan satu amalan yang baik yang semakin terhakis dari kehidupan orang melayu dewasa ini, iaitu amalan gotong royong. Kini "BERBAKTI PADA MASYARAKAT SETEMPAT" menjadi misi tambahan SRS Sektor kami.  Ahli Ronda serta isteri dan anak-anak serta dibantu kejiranan menjadi peneraju utama majlis gotong royong kali kedua ini (Kali Pertama).  Keletihan selama 2 hari kami sebagai pengerak kerja-kerja majlis perkahwinan (dilaksanakan secara sepenuhnya gotong royong) Raja Sehari Aishah (Anak Bongsu Puan Zainab) dan pasangannya (Hafidz) dibalas dengan kelancaran dan kejayaan majlis tersebut sehingga selesai pada petang tadi. Jadi cerita seterusnya berdasarkan gambar sahaja kerana ungkapan picture can tell a thousand words.



    https://lh5.googleusercontent.com/-6XyedIQ1E2o/TfVkSUHy5wI/AAAAAAAABZs/xdzo25-KxF8/s512/Untitled-1.jpg


    Saya selaku penyelaras kerja majlis perkahwinan mewakili Puan Zainab mengucapkan Terima Kasih Kepada Semua Ahli Ronda, isteri dan anak-anak yang telah menyumbang tenaga di majlis perkahwinan yang telah dilangsungkan pada 12 Jun 2011.

    Sabtu, 11 Jun 2011

    CUTI HUJUNG MINGGU INI JANGAN CARI SAYA KAT RUMAH

    https://lh5.googleusercontent.com/-ej9rVCGAHUk/TfMS3Q5YDWI/AAAAAAAABY4/7cg7c5ecnKc/s720/IMG_4224.JPG
    Pengagihan Tugas




    https://lh4.googleusercontent.com/-vDMOEpdU9fk/TfMSv8gVgNI/AAAAAAAABYo/MxvwCu5QSuw/s720/IMG_4226.JPG
    Ahli SRS Sektor 1 Tmn Angsamas & Kejiranan

    https://lh3.googleusercontent.com/--by3SpIoP_A/TfOfeps5dhI/AAAAAAAABZI/7uJgLYGxXIA/s720/IMG_4326.JPG
    Sebahagian Ahli SRS Sektor 1 Tmn Angsamas Fasa 2 dan Anak Ahli yang hadir melaksanakan Aktiviti Gotong Royong Majlis Perkahwinan

    Salam Sejahtera kepada semua. Semoga kita semua diberikan kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan dalam menjalani kehidupan bersama keluarga, jiran tertangga dan saudara mara. Sebenar tiada artikel yang menarik untuk dimuatkan dlm blog pinggitan ini, cuma nak kongsikan warna-warni kehidupan saya bersama jiran tertangga. Bentuk kehidupan kita juga banyak dipengaruhi berdasarkan di mana penempatan yang kita diami. Suasana kehidupan kampung, pinggiran bandar dan kota metropolitan mempunyai kelangsungan perbezaan dan persamaan. Kalau di penempatan yang elit mungkin jauh beza dengan penempatan yang mana struktur fizikal rumahnya yang berkongsi dinding dan laman. Namun kenikmatan sosial hidup bersama masyarakat sekitar penempatan tetap menjadi lipatan kehidupan kita sekeluarga. 

    Jadi hujung minggu ini saya begitu sibuk bersama masyarakat dalam melaksanakan budaya dan tradisi orang melayu di zaman lampau. Tradisi dan budaya yang semakin terkikis dari dalam diri kelompok masyarakat kita iaitu "gotong royong".


    Alamak anak lelaki saya dah panggil ....penyelaras kerja majlis perkahwinan tak sampai-sampai, janji pukul 9:00 pagi dengan Ahli Ronda dan Warga Kejiranan. Kira saya dah tak menepati masa yang saya maklumkan dalam pembahagian kerja malam tadi. Ok... saya mohon undur diri. Ini bermakna saya sedang sibuk di rumah orang lain pada minggu ini..

    Jumaat, 10 Jun 2011

    SETAKAT MENGGAJIKAN PENGAWAL BELUM CUKUP

    JOHOR BAHRU: Dalam tempoh kurang tiga jam, 10 keluarga yang tinggal di tiga blok berasingan di Pangsapuri Bayu Puteri 3, berhampiran Permas Jaya, di sini, kerugian RM200,000 selepas rumah mereka dipecah masuk serentak sekumpulan penjenayah profesional, tengah hari kelmarin.

    Kumpulan penjenayah itu didapati memecah masuk 10 unit berkenaan dengan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai dan barang kemas ketika semua mangsa keluar bekerja atau sibuk dengan urusan di luar. Seorang mangsa, Noraina Mohamad, 25, berkata, dia dan kakaknya, Noramalina Mohamad, 28, hanya menyedari kejadian itu selepas pulang dari tempat kerja kira-kira jam 8 malam, kelmarin.

    Menurutnya, mereka terkejut apabila mendapati jeriji dipotong manakala pintu terdapat kesan umpilan. Sebaik diperiksa, keadaan ruang tamu dan bilik berselerak dipercayai digeledah kumpulan penjenayah itu. “Kakak terus memeriksa wang tunai RM100,000 yang disimpan di dalam bilik tidur untuk dibayar kepada kontraktor didapati lesap, malah jam tangan berjenama milik abang ipar juga hilang.

    “Kami pelik apabila mendapat tahu sembilan keluarga lain turut mengalami nasib sama sedangkan kawasan ini berpagar dan dikawal pengawal keselamatan bertugas 24 jam,” katanya. Seorang lagi mangsa, B Mogana, 24, berkata, kejadian itu amat mengejutkan berikutan membabitkan 10 rumah dan berlaku dalam tempoh singkat. Menurutnya, akibat kejadian itu, keluarganya kerugian lebih RM20,000 apabila koleksi barang kemas dan sejumlah wang tunai disimpan dalam rumah lesap. “Sebelum ini, kami pernah mendengar kejadian pecah rumah di kawasan ini, bagaimanapun membabitkan satu atau dua rumah saja.“Namun kali ini mereka bertindak lebih berani apabila melarikan pelbagai barangan berharga,” katanya.

    Beberapa pemilik yang menjadi mangsa turut kecewa dengan kejadian itu selain sikap lepas tangan pihak pengurusan. Ia berikutan, hasrat mereka meminta penjelasan terhadap kejadian itu gagal, sebaliknya pihak pengurusan menasihatkan mangsa supaya melaporkan kepada polis. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, penjenayah itu dipercayai mengambil kesempatan pecah masuk ketika penghuni tiada di rumah.

    Menurutnya, pencerobohan itu juga tidak disedari pengawal keselamatan di situ. “Polis akan meningkatkan pemantauan menerusi rondaan berterusan di kawasan berkenaan. “Malah siasatan juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kegiatan jenayah terbabit,” katanya.

    Renungan: Setiap komuniti perlu mempertingkatkan keselamatan harta benda dengan mewujudkan kawalan yang optimum.

    sumber: http://www.hmetro.com.my

    Rabu, 8 Jun 2011

    BAGAIMANA KECURIAN WANG DI ATM BOLEH BERLAKU

    Kes-kes kecurian duit melalui ATM telah banyak dilaporkan melalui media. Kini teknik serta taktik yang digunakan oleh sipencuri begitu licik hingga mampu meperdayakan mangsa-mangsa mereka dengan begitu mudah. Hanya dengan menggunakan filem x-ray dan sedikit gam, mereka berjaya melakukan misi jenayah mereka. Berikut saya paparkan gambar-gambar situasi tipu daya sipencuri yang "cerdik"  ini sebagai maklumat anda.  Hebahan ini telah saya terima melalui email yang dihantar oleh khidmat geogle news.
    https://lh5.googleusercontent.com/-2mXc5NFDXig/Te7yBVf5R1I/AAAAAAAABVw/vNCAdtAPItE/s912/ATM%2525201.jpg
    A - Pencuri seolah-olah sedang membuat transaksi di ATM.
    B - Pencuri sebenarnya memasang perangkap
    C- Kebiasaannya mereka melaksanakan secara berkumpulan atau berdua, yang mana rakan yang berada diluar bank sebagai pemerhati "pelanggan" dan penghantar isyarat kepada rakan mereka yang berada di dalam bank.

    https://lh3.googleusercontent.com/-qv9_wHzQOBs/Te7tNQvvA4I/AAAAAAAABU0/ViqbzCMRTWE/s912/ATM%2525202.jpg
    D - Seorang mangsa sedang membuat transaksi.
    E - Kad mangsa tersekat menyebabkan mangsa keliru dan mengharapkan bantuan.
    F - Dalam situasi ini  sipencuri dengan segera memasuki ruang ATM seolah-olah ingin membantu tetapi     sebenarnya sipencuri ingin mendapatkan nombor pin dan kad ATM mangsa.

    https://lh3.googleusercontent.com/-5R6SOg1wj1U/Te7tqaO_fKI/AAAAAAAABVE/Ft_7LBn8rcM/s912/ATM%2525203.jpg
    G - Sipencuri dengan muka selamba mengesyorkan mangsa bahawa, kad ATM itu boleh dikeluarkan dengan hanya menekan nombor pin dan seterusnya menekan " CANCEL" dan "ENTER".
    H - Kad ATM mangsa tersekat masih lagi gagal dikeluarkan setelah beberapa kali cubaan mengeluarkan  dilakukan. Sipencuri meyakinkan mangsanya bahawa kad ATMnya memang tidak boleh dikeluarkan dan berharap mangsa meninggalkan ruang/bilik ATM.
    I - Setelah mangsa meninggalkan ruang/bilik ATM sipencuri dengan segera menyelesaikan misinya dengan  nombor pin yang ada dan kad ATM mangsanya yang masih tersekat.

    https://lh5.googleusercontent.com/-hrEszpf9dZ4/Te7t9wYrL3I/AAAAAAAABVU/PNXPUuXhEOQ/s912/ATM%2525204.jpg
    J - Sipencuri meninggalkan ruang/bilik ATM setelah menghilangkan jumlah RM yang ada di dalam akaun mangsanya.
    K - Rupa bentuk potongan filem x-ray (perangkap) yang dibuat oleh sipencuri.
    L - Kedudukan "perangkap"  yang dilekatkan diruang Card Slot ATM.

    https://lh4.googleusercontent.com/-nlMqKtlCYX0/Te7uTatU-2I/AAAAAAAABVY/p_NzJUjrstE/s912/ATM%2525205.jpg
    M - Gambar yang menerangkan bagaimana kad ATM boleh disekat.
    N - Cukup mudah untuk mengeluarkan kad yang diperangkap.


    Sekiranya anda mengalami situasi begini, laksanakan langkah-langkah berikut:-
    1. Periksa dengan teliti keadaan Card Slot, tanggalkan apa-apa benda asing yang terdapat pada permukaan Card Slot.
    2. Jangan tinggalkan ruang/bilik ATM tersebut dan hubungi  pihak Bank dengan segera.
    3. Jangan dedahkan nombor pin kad ATM kepada individu yang tidak anda kenali.
    Sila hebahkan maklumat ini kepada keluarga, jiran, sahabat dan rakan taulan anda sebagai langkah pencegahan. "Beringat sebelum kena, kerana menyesal dikemudian hari tidak berguna lagi".

    Isnin, 6 Jun 2011

    SATU CERITA MAKSUDNYA BERBEZA

    http://www.hmetro.com.my/articles/Cucuhatiiblis/pix_middle

    PETIKAN : METRO 5 JUN 2011
    IPOH: ‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

    Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak. “Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

    “Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71.

    Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.

    Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.

    Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.

    “Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.

    “Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.

    Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.

    “Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.

    “Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan,” katanya.

    Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.

    Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.

    “Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.,” katanya.

    “Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.

    “Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya,” katanya.

    Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.

    Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.

    PETIKAN : METRO 6 JUN 2011
    IPOH: “Saya terkejut dan terkilan dengan tindakan opah kerana hakikatnya, opah yang selalu memukul serta mengherdik atuk (datuk),” luah seorang lelaki yang digelar ‘cucu iblis’ oleh neneknya.


    Dia yang hanya mahu dikenali Noor, 29, tidak sangka nenek yang membelanya sejak kecil, tergamak menggelarnya sedemikian serta menabur pelbagai fitnah terhadapnya. 


    Katanya, paling menyedihkan apabila dia dikatakan mendoakan supaya wanita warga emas itu meninggal dunia secepat mungkin kerana menyusahkan hidupnya dan memanggil wanita itu ‘babi’. 


    “Saya begitu terkejut ketika membaca sebuah akhbar pagi tadi (semalam) kerana saya adalah individu dimaksudkan dalam berita bertajuk ‘Cucu hati iblis’.


    “Mengalir air mata kerana sebagai umat Islam, saya tahu adalah dosa besar untuk menderhaka apatah lagi mendoakan perkara tidak baik kepada orang lain, terutama ahli keluarga sendiri,” katanya sebak.
     
    Mana satu cerita yang benar dan lagi sahih wallahualam......


    Sabtu, 4 Jun 2011

    BUAH MARKISA

    https://lh4.googleusercontent.com/-JOHciFJ9pOg/TepEUevsSBI/AAAAAAAABTI/0rgqH3WqElM/s512/Markisa.jpg
    Petang Sabtu yang terluang  saya telah meronda kawasan kejiranan dan membuat tinjauan awal ke rumah Cik Nab yang akan mengadakan kenduri perkahwinan pada minggu hadapan. Entah macam mana mata ini terpandang buah markisa milik Abang Ismail KTM yang subur dan melimpah ke luar pagar. Dalam hati ini berkata...ada rezeki hari ini aku makan buah markisa, kerana ada 6 biji yang dah masak. Jangan tuduh saya ambil tanpa izin yea, pasal kebenaran telah diberikan oleh Abg Ismail sebelum buah markisa itu masak tau.... Buah yang diambil telah dikongsikan dengan Hasan Baharum (AJK Pengaduan). 

    Balik terus buat jus....ternyata ini kali pertama dalam hidup saya membuat jus markisa. Fuh....yoo memang sedap dan menyegarkan. Lepas minum terus buat research dalam internet tentang khasiat buah markisa. Khasiat buah markisa atau dikenali sebagai buah susu memang mempunyai khasiat.

    Buah Markisa ini mempunyai kebaikan vitamin C 10 kali ganda dari khasiat buah limau sunkist, berkesan untuk individu yang menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Insyaallah.....dengan mengamalkan 2 biji sehari. Ianya memang berkesan.

    Satu perkara yang tersirat yang ingin disampaikan kepada umum, iaitu  Bila kita bersatu dalam satu kesatuan contohnya Ahli Ronda SRS secara langsung keakraban semakin intim. Buah yang ditanam dapat dikongsikan bak kata perpatah “Orang berbudi kita berbahasa, berbudi pada tanah dapat jua jiran merasa” shukran jazeelan. 

    Terima Kasih Kepada Encik Ismail bin Osman di atas sifat yang pemurah. Semoga tanaman yang ditanam berbuah lebat dan subur.

    ZAMAN PENGGUNA BERPERANG DENGAN PRODUK MAKANAN

    http://www.klpos.com/news/2011/06/01/6_1.jpg
    Saya Petik: 

    Kementerian Kesihatan melakukan pemantauan rapi terhadap produk makanan keluaran Taiwan yang tercemar di pasaran tempatan, malah akan merampas produk itu selepas arahan penarikan balik dikeluarkan kepada pengimport.

    Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan undang-undang juga boleh diambil mengikut Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun. Menurutnya, hukuman denda dan penjara itu boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang bersabit kesalahan pengimportan, penyimpanan, penyediaan, pengedaran dan penjualan produk yang membahayakan kesihatan.

    “Kementerian sudah menghubungi semua pengimport produk terbabit untuk melaksanakan tindakan pemanggilan balik produk makanan berkenaan yang berada di pasaran dengan segera.

    “Dalam pada itu, kementerian juga akan menjalankan pemantauan dan sekiranya produk berkenaan masih dijual, tindakan rampasan akan dijalankan,” katanya, melalui satu kenyataan dikeluarkan, di sini, semalam.

    Beberapa produk makanan dari Taiwan seperti minuman tenaga, jus buah, jeli, jem, yogurt dan bahan aditif makanan (clouding agent) baru-baru ini dilaporkan tercemar dengan di(2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyi phthalate (DINP).

    Susulan itu, Kementerian Kesihatan sudah dimaklumkan Pengurusan Makanan dan Dadah (FDA) Taiwan mengenai makanan yang disahkan tercemar dengan DEHP dan dieksport ke Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

    Produk berkenaan ialah jus Sunkist Lemon, Sunkist Lemon Juice Drink With Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange dan Sunkist Orange Juice Drink, yang dikilangkan Country House Inc, Taiwan dan dieksport oleh Sunlight Foods Corp.

    Selain itu, jus asparagus Uni-President dengan tarikh luput sebelum 18 Mei 2012, dikilangkan Uni-President Enterprises Corp, Taiwan.

    Liow berkata, semua pengimportan produk terbabit sudah dilarang masuk ke negara ini manakala produk makanan lain dari negara berkenaan akan dipantau rapi di pasaran dan pintu masuk.

    Menurutnya, DEHP dan DINP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut dan ia boleh dipindahkan kepada makanan dalam proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan.

    “DEHP berkemungkinan menyebabkan kesan karsinogenik ke atas manusia. Namun, masih kekurangan bukti saintifik terhadap kesan berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata, mengenai produk minuman sukan keluaran Young Energy Resource Co Limited, yang dikesan mengandungi DEHP, iaitu Speed Sports Drink 600 mililiter (ml), Speed Sports Drink (perisa lemon) 600ml dan Dong Nung 1000 Sport Drink tidak diimport ke negara ini.

    “Orang ramai tidak perlu khuatir keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan dikenakan ke atas makanan terbabit. (Namun), pengguna yang membelinya dinasihati tidak memakan produk berkenaan,” katanya.

    Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 03-88833652 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

    Sila ambil perhatian dan sebarkan berita sahih ini.

    Jumaat, 3 Jun 2011

    SUKA TAK SUKA KITA KENA HADAPI DENGAN KESABARAN

    https://lh6.googleusercontent.com/-YoNNC6jTvZU/Tejsr6NmE0I/AAAAAAAABR8/lUAV8DwHQlE/s720/IMG_3894.JPG

    Perjalanan selama 7 jam di atas jalan raya setelah menghadiri satu majlis perasmian penutup di Taiping cukup  menguji kesabaran saya. Walaupun sekadar duduk sebagai penumpang, kelopak mata ini semakin menutup mata ini, kadangkala tanpa disengajakan terlelap juga (mengantuk gila). Namun saya kuatkan kawalan minda saya untuk mengawal rasa mengantuk yang supaya tidak membiarkan saja pemandu memberi perhatian terhadap pemanduan untuk pulang ke rumah. Kesesakan yang amat luar biasa saya rasakan pada hari ini mungkin disebabkan musim cuti sekolah (Rakyat Malaysia sedang bergerak ke destinasi percutian mereka) dan mungkin penambahan kenderaan yang mendadak pada masakini.

    Berdasarkan pengamatan saya disepanjang perjalanan terdapat 5 kemalangan yang berlaku telah menjadi faktor utama kesesakan yang begitu merimaskan hari ini. Sekali sekala sempat juga saya memerhatikan gelagat pengguna-pengguna jalan raya. Entah macam mana mata ni terpandang seorang pemandu lori yang gila, mana tidaknya, dia boleh memejamkan mata  (tertidur) sedangkan tangan sedang memegang stereng lori yang masih bergerak di jalan raya, tak siuman atau dah hilang akal ke...apa buat macam tu. Kalau mengantuk tu pergilah singgah di R&R yang lengkapkan dengan kemudahan dan refresh diri tu  atau lelapkan mata yang mengantuk tu.. barang 10 atau 20 minit, tak merugikan masa pun kalau buat macam tu.

    Perkara kedua yang nak  saya kongsikan kepada semua, iaitu sikap ego yang tinggi dari penguna jalan raya,  mulanya di lakukan oleh pengguna jalanraya yang memiliki kenderaan mewah atau CC besar. Tak sabar-sabar nak memecut ke hadapan untuk meninggalkan kereta-kereta kecik yang menghalang mereka. Beam lampu supaya kenderaan yang  berada dilorong kanan sekali dengan segera nyah dari lorong tersebut, pada hal kenderaan itu dalam status memotong. Biasalah CC kecik ambik masa nak pecut atau mereka memandu ikut had kelajuan yang dibenarkan. Perbuatan ini juga mengundang padah kepada pengguna lain bila masing-masing tunjukkan ego  mereka. Penting diri sendiri macam orang lain tak ada perasaan.

    https://lh5.googleusercontent.com/-pqvnaiaO7Zg/TejtRATo8OI/AAAAAAAABSA/kTcYlC89EEw/s720/IMG_3891.JPG
    Kajian yang dibuat memang telah membuktikan peratus yang tertinggi berkaitan sikap pengguna jalan raya adalah penyumbang utama yang menyebabkan kemalangan di jalan raya di negara kita. Jangan disebabkan ketidak peradapan kita di jalan raya menyusahkan pengguna lain.

    Alhamdulillah, kini saya dah selamat sampai di rumah dan bila tengok jadual ronda hari ini, bukan kumpulan saya bertugas meronda malam jadi saya boleh rehatkan diri malam ini. Di akhir coretan ini  saya nak mengucapkan selamat meronda kepada Kumpulan B. Pastikan saya dapat tidur lena dengan khidmat bakti anda.