Selasa, 27 September 2011

MENANGANI TEKANAN (STRESS) DARI SUDUT PERIBADI SEORANG ISLAM

Salam Sejahtera...Saya dan anda mungkin menghadapi stress atau dalam bahasa melayu tekanan. Berbagai punca yang menyebabkan terjadi tekanan dalam kehidupan masa kini. Cubalah panduan dibawah ini bagi kita menangani sebarang tekanan.  

1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran:-

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Khamis, 22 September 2011

LALAT DAN PENYAKIT, RASULULLAH DAN SAINS

Salam Sejahtera... Saya kongsikan bersama pengetahuan ini untuk semua. Sumber dipetik dari blog Sini
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.(Riwayat al-Bukhari)


Rabu, 21 September 2011

SIHIR CACATKAN AKIDAH

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTL2ePDhOzfocK1_r2zubxcMhnnm3NI7pYZlO88kqoMqRa1fglFVA
Dalam zaman serba moden pada hari ini, janganlah terkejut andai mengetahui bahawa sesetengah ahli masyarakat kita masih kuat terbelenggu dengan amalan sihir yang boleh mencacatkan akidah. Sebut sahaja nasi tangas, angin tuju-tuju, santau, ubat guna-guna, minyak dagu, dan seumpamanya ia pastilah antara cabang cabang sihir yang tersohor dan masih tegar diamalkan dalam masyarakat kita.

Sesungguhnya perbuatan sihir ini tidak lain dan tidak bukan adalah berpaksikan kepada ilmu atau ajaran syaitan yang sememangnya mahukan akidah umat Islam terus sesat dan rosak binasa. Sihir tidak memberikan apa-apa kebaikan untuk orang yang mengamalkannya, lebih-lebih lagi orang yang menjadi mangsanya.

Sihir yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan tidak lebih daripada bermatlamat negatif untuk memenuhi nafsu serakah, melunaskan dendam kesumat, mahu menunjukkan bahawa diri seseorang itu kuat, atau pun sebagai isyarat diri tidak boleh dicabar dan diganggu-gugat secara fizikal, perasaan dan emosinya.

Banyak impak buruk yang terpaksa ditanggung oleh mangsa sihir seperti penderitaan penyakit yang tidak terubat dengan kaedah perubatan konvensional, mengalami mimpi yang mengerikan, diganggu lembaga  menakutkan, tertutup peluang mencari rezeki, menjadi 'bodoh-bodoh alang' dan sebagainya.

Ahad, 18 September 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAJLIS BACAAN YASIN KHUSUS BAGI ANAK-ANAK YANG MENDUDUKI UJIAN PADA TAHUN 2011

https://lh5.googleusercontent.com/-M5xtzDoElPg/TnWxqvyRaGI/AAAAAAAABrQ/Ff5WcmVKJMg/s800/Edit%2525203.jpg

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Aidilfitri 2011...Artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini. Majlis ini telah dilangsungkan pada 17 Sep 2011 dan dianjurkan oleh Sukarelawan SRS Sektor Taman Angsamas. Alhamdulillah penganjuran majlis dapat dijayakan hasil dari kerjasama dan sokongan yang amat baik dari Sukarelawan SRS Sektor 1 dan jiran tertangga setempat. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat dalam melaksanakan tanggungjawab dan kerja-kerja persiapan majlis.

Secara peribadi saya juga ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada individu yang telah bermurah hati dengan menyumbangkan kewangan bagi menampung keperluan perbelanjaan hingga membolehkan majlis ini menjadi lebih ceria dan meriah.

Sesungguhnya penganjuran majlis pada malam ini bukan sekadar menikmati jamuan sempena aidilfitri tetapi lebih bertujuan mencapai objektif yang ingin saya nyatakan disini, iaitu:

Pertama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan dan hubungan dikalangan jiran tertangga.

Kedua membina kemufakatan dan menerapkan amalan perkongsian bijak kepada semua jiran tertangga.

Ketiga sebagai penghargaan kepada sukarelawan SRS Sempena Ulang Tahun Ke-2 penubuhan SRS Sektor 1 Taman Angsamas.

Sabtu, 10 September 2011

PROGRAM KECIL KECILAN SAJA .....TAPI SAYA TAK MAIN CINCAI

https://lh6.googleusercontent.com/-TWoW5Veg-5I/TnFCyRHrytI/AAAAAAAABqU/ZgwTMuBHceQ/s912/SRS%252520Raya%252520Blog.jpg
Salam Sejahtera...Pada 17 Sep 2011, Kami sukarelawan SRS Sektor 1 dan Warga Kejiranan Taman Angsamas Fasa 2 akan menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya 2011 dan Majlis Bacaan Yasin Bagi Anak-Anak yang Menduduki Ujian Bagi Tahun 2011. Tujuan penganjuran bukan sekadar jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 tetapi fokus kami adalah untuk mencapai objektif di bawah:-
  • Meningkatkan perpaduan dan hubungan dikalangan jiran tertangga.
  • Membina kemufakatan dan menerapkan amalan perkongsian bijak kepada semua jiran tertangga.
  • Sebagai penghargaan kepada Sukarelawan SRS sempena Ulang Tahun Ke 2 penubuhan.     
    Rancangan diatur sebaik mungkin, peningkatkan dimanifitasikan berdasarkan keinginan, keperluan dan keupayaan. Merancang sebaik mungkin untuk memastikan pelaksanaan penganjuran majlis berjalan lancar dan teratur. Jangan sampai majlis yang dianjurkan gagal mencapai objektif kerana tidak merancang dengan baik. Bak kata ilmuan "gagal merancang sama juga merancang untuk gagal". Jadi saya kongsikan apa perancangan kami kepada semua:-       


    Khamis, 8 September 2011

    SEMPENA MASIH DALAM BULAN SYAWAL - KUNJUNG MENGUNJUNGLAH JIRAN TERTANGGA

    Salam Sejahtera... Hari ini dah 9 hari kita merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Sudahkah kita mengunjungi jiran tertangga di penempatan rumah kita. Andai kata belum, gunakanlah kesempatan bulan Syawal yang mulia ini untuk kita eratkan siratulrahim dan mewujudkan kemesraan. Bagi yang tinggal berjiran bukan melayu, eloklah dianjurkan rumah terbuka dan jemputlah mereka datang ke rumah kita supaya timbul dalam diri masing-masing tentang elemen perpaduan dan jalinan kemesraan. Wujudkanlah perasaan muhibah sesama masyarakat atau jiran berdekatan rumah kita. Jangan biarkan hidup kita tanpa mengenal siapakah jiran kita. Cabaran mendatang dan situasi sekarang memerlukan kita membina perpaduan di kalangan jiran tertangga. Contoh negatif telah banyak kita ketahui melalui media akibat tiadanya perpaduan dan keharmonian dalam hidup berjiran. Justeru itu lakukan sesuatu dalam bulan perayaan ini sebagai langkah mula untuk kita mewujudkan perpaduan. Perpaduan Teras Kejayaan Pembangunan Negara.

    https://lh4.googleusercontent.com/-cI9IHjG7qmQ/Tmedo4glAmI/AAAAAAAABok/FoqlXfOPaCo/s720/IMG_5528.JPGhttps://lh3.googleusercontent.com/-Smyiru8sLjM/Tmeadxwo3bI/AAAAAAAABog/nuEsZeiXAzQ/s720/IMG_5503.JPGhttps://lh4.googleusercontent.com/-IkXxE8Kem2Y/TmejfbobI1I/AAAAAAAABoo/pupDfuQEO-0/s720/IMG_5532.JPGhttps://lh5.googleusercontent.com/-PhxSJmhZygg/TmelYQvgQgI/AAAAAAAABos/M_LdrEQTD1I/s720/IMG_5536.JPGhttps://lh3.googleusercontent.com/-TMTajKZ0SXQ/TmemWk4hGEI/AAAAAAAABow/1FTEUkm4hQw/s720/IMG_5539.JPGhttps://lh4.googleusercontent.com/-OE4No3_yGxE/TmemdX3HFjI/AAAAAAAABo0/HOqyKkm7tQE/s720/IMG_5550.JPGhttps://lh4.googleusercontent.com/-KWFtupF24iQ/Tmerpz85yyI/AAAAAAAABo8/dvUjGvZ2T6w/s720/IMG_5500.JPGhttps://lh3.googleusercontent.com/-N82FgT8cHBE/TmesPO2j5aI/AAAAAAAABpE/fisZJFhb-48/s720/IMG_5487.JPG
    KLIK GAMBAR UNTUK TATAPAN ATAU GERAKKAN CURSOR PADA GAMBAR UNTUK PEGUN

    Rabu, 7 September 2011

    BILA BERHADAPAN DENGAN SITUASI KES ROMPAKAN.

    Salam Sejahtera... Pernahkah anda pernah mengalami peristiwa dirompak atau melihat kes rompakan sedang berlaku dihadapan mata anda. Sudah pasti kita akan panik, cemas, kaku dan sebagainya. Menyelamatkan diri satu tindakan spontan yang akan kita lakukan. Saya kongsikan video ini untuk kita mempelajari sesuatu yang mungkin boleh mengagalkan atau bertindak dengan sebaik mungkin sehingga perompak boleh diberkas oleh PDRM. Perpatah ada mengatakan "Alah bisa tegar Biasa".

    Isnin, 5 September 2011

    PERSOALAN DIJAWAB SENDIRI OLEH KETUA PENGARAH JPNIN

    Salam Sejahtera.... Setiap hari saya membuka email bagi memastikan persoalan yang dikemukakan kepada Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional (JPNIN) melalui Sistem Aduan Pengguna diberi respon Sumber Alhamdulillah hari ini sudah dirungkai sendiri oleh Ketua Pengarah JPNIN. Di sini saya mengambil kesempatan merakam ucapan terima kasih kepada YBhg Dato' Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam memberikan respon pada persoalan yang akan memberi input ke arah peningkatan dan pemantapan aktiviti rondaan SRS. Berikut saya lampirkan kenyataan yang diberikan oleh YBhg Dato':


    Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membuat aduan ini dan saya amat menghargai komen Major mengenai layanan pegawai saya terhadap tuan.

    Sebagai jawapan kpd dua persoalan itu, pertama pihak jabatan ada menyediakan sedikit peruntukan tidak kurang drp RM 1,000 untuk urusan makan minum serta pembelian kecil oleh SRS disamping peruntukan disediakan untuk membeli alatan ronda. Sebagai makluman Mejor, kini bagi negeri hot spot spt Selangor KL, P.Pinang dan Johor setiap SRS akan dibekalkan dengan alat walkie-talkie dalam bulan Sept depan dan pusat kawalan sebanyak 200 buah akan dibina mulai bulan Oktober depan sbg permulaan di seluruh negara melalui JPNIN negeri dgn bantuan pejabat daerah.

    Keduanya, setiap pegawai JPNIN dikehendakai memantau dan menerima apa-apa cadangan untuk menambahbaik urusan SRS; saya amat kagum melihat inisiatif yang Mejor telah laksanakan dgn mengadakan laman sesawang sendiri serta di isi dengan maklumat-maklumat berfaedah untuk orang ramai.

    Sekira Mejor ada apa-apa masalah sila terus e-mail kpd saya dan sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Selamat menjalani ibadah puasa dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN..Wassalam

    Salam Hormat Drp;

    Azman Amin Hassan
    KP
    JPNIN

    ----------------------------------------
    Bahagian Korporat
    Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional


    Baca Surat Ucapan Terima Kasih Saya (Klik Baca lagi)