Rabu, 21 Mac 2012

SERANGAN JANTUNG BERLAKU APA TINDAKAN KITA

https://encrypted-tbn0.google.com/images?q=tbn:ANd9GcSFYFk0q4-OVLAemDJl23Q9VffnDtXCiH5POCTSvcgymUZuoc-XDw
Anda bersendirian di rumah, secara tiba-tiba anda dapat rasakan kesakitan yang amat sangat di bahagian dada. Ia mula melarat hinga ke rahang dan menular ke tangan sebelah kiri. Tahukah anda apa puncanya kesakitan ini? Apa yang pasti anda kini sedang diserang serangan sakit jantung yang serius.

Anda ada lebih kurang 10 saat sahaja yang  tinggal. Jantung anda akan mula berhenti dan anda akan rebah tidak sedarkan diri. Anda perlu lakukkan sesuatu sekarang. Tapi apa yang perlu anda lakukkan?

Batuk!.. Ya batuk.

Mulakan batuk secara berulang kali dan bertenaga. Tarik nafas sedalam yang mungkin, kemudian batuk… Batuk seperti yang anda lakukan untuk mengeluarkan kahak. Lakukan berulang kali tanpa berputus asa sehingga bantuan tiba atau degupan jantung kembali pulih. Batuklah walaupun sehingga ia menyakitkan.

Isnin, 19 Mac 2012

MAJLIS PENGHARGAAN DAN MERAIKAN AHLI SRS




Photo Oleh: Pokcik Mail
Salam Sejahtera... Satu majlis santai dan sederhana telah dianjurkan pada 18 Mac 2012, ianya bertujuan meraikan Ahli SRS Sektor 1 Taman Angsamas yang akan berhijrah, sambutan Hari Lahir dan penyampaian sumbangan ahli/keluarga ahli yang dimasukkan ke hospital.

Ahli yang berhijrah iaitu Saudara Romzi bin Luckman (permastautin sementara) akan berhijrah ke tempat baru disebabkan penugasan kerjaya di Pulau Pinang.

Setelah lebih 2 tahun beliau menjadi warga kejiranan Taman Angsamas dan menjadi Ahli SRS kini beliau meninggalkan kami dengan seribu kenangan yang akan menjadi ingatan kami semua. Dalam ucapan penghargaan, beliau telah merakamkan terima kasih di atas penganjuran majlis dan mengakui keseronokan sepanjang beliau menjadi warga di sini. Beliau juga berharap hubungan siratulrahim terus berkekalan walaupun tidak lagi menjadi ahli SRS Sektor 1 Taman Angsamas dan memohon maaf jika ada sebarang kesilapan atau kesalahan yang telah di lakukan.

Di majlis ini juga telah diadakan acara memotong kek oleh beberapa ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Menyambut hari lahir secara kelompok ini akan mula dianjurkan secara berterusan sebagai penghargaan kepada Ahli SRS Sektor 1 Taman Angsamas. Acara bergambar beramai-ramai menjadi acara kemuncak dan di akhiri dengan jamuan.

Kepada Ahli SRS yang terlibat dalam gerak kerja dan yang telah menyumbang berupa makanan sehingga majlis ini penuh ceria dan berjalan lancar, saya ucapkan syabas dan terima kasih. Semoga penganjuran begini akan meningkatkan lagi semangat setiakawan dan berdiri teguh sebagai Ahli SRS Sektor yang memainkan peranan membantu mengekalkan keamanan dan keharmonian penduduk.

Galeri Foto

Rabu, 14 Mac 2012

BERTINDAK ATAU KESELESAAN HIDUP KITA AKAN MUSNAH

Telah berulang kali berita kekejaman dan kezaliman penjenayah dipertontonkan dan menjadi isu utama dalam negara. Kes anak kecil seperti SHARLINIE, NURIN dan yang terbaru NURUL ADIRA (DIRANG) telah menjadi mangsa kepada kerakusan & bangsat binatang yang bertopengkan manusia. Berita seumpama ini semakin menggerunkan kita, kejayaan menemui semula mangsa penculikan tidak pernah kedengaran. Maknanya, si bangsat-bangsat itu masih di luar sana. Pelaku jenayahnya pula orang yang dikenali atau berhampiran dengan kediaman keluarga mangsa.

Justeru itu, buat ayah dan ibu, berhati-hatilah. Lihatlah di mana anak kalian kini berada. Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa. Kita bukan anak orang ternama dan bangsawan. Sedarlah rumah berkongsikan dinding dengan jiran kita. Di kawasan perumahan kita masih ada yang jiran tetangga yang kita tidak kenali.

Sudah masanya kita berubah dari hidup tak ambil tahu dengan jiran tetangga kepada kehidupan bermasyarakat. Mari kita berganding bahu untuk mewujud sistem jaringan keselamatan komuniti setempat.

Buat para pemimpin & pihak penguatkuasa, gandakanlah usaha kalian dalam memastikan kesejahteraan ummat di negara ini, khususnya. Semua orang perlu memainkan berperanan.

Segelintir masyarakat kita sekarang ini terlalu mengambil mudah dengan alasan malas nak campur atau tak nak jaga tepi kain orang. Selalunya bila berlaku sesuatu perkara orang akan berkata.

Ah takpalah tu berlaku kat Amerika bukan kat Malaysia.
Bila berlaku kat Malaysia..Ah takpalah tu berlaku kat Perak bukan kat N.Sembilan.
Bila berlaku kat N.Sembilan..Ah takpalah tu berlaku kat Paroi bukan kat Angsamas.
Bila berlaku kat Angsamas.. Ah takpa tu berlaku kat lorong XX bukan lorong 14/2.
Bila berlaku kat lorong kita ..Ah takpa tu berlaku kat anak AAA bukan anak aku.!!!.
Bila berlaku kat anak sendiri barulah..nak kecoh..bak kata pepatah "dah terhantuk baru nak tegadah" Menyesal kemudian tak berguna!!

Ahad, 11 Mac 2012

MELESTARIKAN PERPADUAN MASYARAKAT

https://lh3.googleusercontent.com/-NdUBrRQJLFg/T1x1qeP9NGI/AAAAAAAAC58/0jr6PJ5YYhI/s912/Siar%2520blog%252011%2520Mac%25202012.jpg

Masyarakat ditakrifkan sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.

Satu kumpulan/kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya:
  1. Membina imej negara  ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.
  2. Memupuk kesedaran kebangsaan & kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual, & mental.
Dalam arus permodenan berada di depan mata, namun jangan kita pinggirkan dan tidak mengguna pakai acuan yang diwujudkan oleh nenek moyang kita dalam elemen kehidupan bermasyarakat. Kesimbangan budaya dan kehidupan masyarakat tradisonal semestinya menjadi tauladan kepada kita semua pada masa kini dengan pengolahan yang lebih baik. Perpaduan adalah tunggak utama kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Ini telah dibuktikan, di mana sesebuah negara yang mana rakyatnya tidak dapat menjalani hidup dengan asas perpaduan akan mengalami kacau bilu,perang saudara dan rusuhan. Ini secara langsung akan menyebabkan kegagalan pentadbiran kerajaan pemerintah dan membantutkan ekonomi negara.

Selasa, 6 Mac 2012

ELAKAN PENGUNAAN SUMBER BABI DALAM KEHIDUPAN ORANG ISLAM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2ktBsmnseNzOhR_oMeMO9UwKuB0xm6n2X1zpp4_N3WWhaWafYvft4Nj0Bn6VXDsOIE0hV9NxlbO7bRkTc9XueN46_ddTl61hDDrw9HgG2qf_pkBYMkh0YBF2N7kzwDTNFCImp9AHl2iI/s400/424731_365014553523368_141077582583734_1278357_1833348713_n.jpg
Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu Babi…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri- Ciri Bulu Babi:
  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Isnin, 5 Mac 2012

NAK KASI DENGAR SIKIT

Salam Sejahtera... Pertamanya ingin saya kongsikan kepada semua tentang Pusat SRS yang disediakan di Negeri Pahang. Menariknya tentang keseragaman struktur binaan dan istimewanya diperuntukkan oleh JPNIN kepada Skim Rondaan Sukarela di dalam negeri tersebut. Apa yang boleh dikatakan, perancangan dan pelaksanaan yang baik dari Agensi yang terlibat secara langsung akan meningkat kesedaran dan memotivasikan ahli sukarelawan. Bak kata perpatah "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri" itulah realitinya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_BJkj78HViyxVTtxjwW2cjOPx-9P3AqT8Vod51D6_x3cwzVw4xOfMclSQuehHNyx6wLy0Q410HVH4sH56tUkPGOgSj1H6wp0Dym0-7L1loLPgLut0VxI3F0heX1WyETgIIqGO-mjZwG0/s1600/DSCN2137.JPGNamun kami boleh berbangga walaupun tidak disediakan Pusat Ronda sebegitu, di atas usaha sendiri dan sokongan yang diberikan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kami berjaya mendirikan Pusat SRS Sektor kami sendiri. Kalau nak berharap dengan sipolan sampai tahun ke 5 pun takkan ada Pusat Pondaan, maka duduk tepi longkanglah lagi gamaknya.

Bila ditanya siapa Pengerusi SRS?......"Saya". Apa yang kamu rancangkan dan laksanakan untuk SRS kamu?......... Jawapannya "Saya tak tahu nak buat apa-apa dengan Sektor SRS".

Keduanya, baru-baru ini, telah dianjurkan bengkel SRS di Port Dickson selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Mac 2012, seramai 3 orang Ahli SRS Sektor 1 Tmn Angsamas telah berpeluang menyertainya. Amat diharapkan informasi dan perkongsian pengalaman SRS ditempat lain dikongsikan pula bersama Ahli yang tidak berpeluang. Apa yang mampu saya katakan "Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan". Kepimpinan yang bagus akan mencemerlangkan organisasi.

Kepada JPNIN NS saya ucapkan syabas kerana membawa tranformasi kepada peserta bengkel.  Dengar cerita dari Ahli SRS, Timb Pengarah En Magendran cukup sporting, mesra dan sangat komited. Tahniah.. kepada semua.

Sabtu, 3 Mac 2012

GELAGAT & AKSI DALAM SUKANEKA TAMAN ANGSAMAS

http://farm8.staticflickr.com/7056/6951998019_15cb70835c_z.jpg
Salam Sejahtera... Pada 26 Feb telah berlangsungnya Sukaneka bagi Warga Taman Angsamas yang bertempat di perkarangan Balai Raya. Kehadiran warga taman dari pelbagai peringkat umur dan bangsa mencetuskan keghairahan, kerjasama, kesepaduan dan keharmonian. Walaupun saya tak dapat menghadiri dan menjalankan tugas di dalam sukaneka ini, saya dapat rasakan kejayaan penganjuran sukaneka yang telah dianjurkan secara bersama oleh KRT, UMNO, MIC, PPP, Tadika KEMAS dan Tabika Perpaduan. Kepada Ahli SRS dan keluarga Sektor 1 Tmn Angsamas yang terlibat dalam penganjuran dan penyertaan acara sukan saya ucapkan tahniah.

Lihat Galeri Foto Sukaneka yang Dirakamkan oleh Pakcik Mail