Rabu, 30 Mei 2012

SRS MESTI BERANI DAN KENTAL

Salam Sejahtera.......  sudah lama tidak mengemaskini blog, mungkin posting ini boleh dikongsikan untuk tatapan pengunjung.

ALOR SETAR - Cabaran sekumpulan mak nyah kepada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Tanjung Bendahara untuk menahan mereka akhirnya membawa padah apabila tujuh daripada mereka berjaya ditahan di sebuah rumah berhampiran kawasan stesen kereta api, di sini.

Pengerusi SRS berkenaan, Ramli A Rahman berkata, sebelum operasi kira-kira jam 10 malam, mereka dicabar golongan berkenaan yang datang ke pos kawalan. “Mereka kata kami tidak mampu untuk menahan mereka melainkan hanya mampu melakukan rondaan sahaja. “Jadi, pada malam itu kami sahut cabaran mereka dengan mengepong kawasan tersebut bagi mengelak mereka meloloskan diri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.52071.1338347916!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Ramli berkata, semua mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Beliau berharap Jabatan Imigresen dapat memantau kawasan tersebut kerana disyaki terdapat beberapa mak nya dari negara sempadan seperti Thailand. Menurutnya, usaha itu antara langkah membersihkan kawasan berkenaan daripada sering menjadi tumpuan kegiatan mak nyah.

“Walaupun menahan beberapa orang daripada golongan itu, namun kita masih lagi meneruskan rondaan untuk menghentikan kegiatan itu. “Selain mengadakan operasi dan rondaan banteras golongan mak nyah, kamiturut mengadakan rondaan banteras kegiatan pelacuran di Lorong Patani,” katanya. Ramli berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk polis, Jaik dan Jabatan Imigresen untuk membanteras kegiatan maksiat mahupun jenayah di kawasan tersebut.

Ahad, 13 Mei 2012

TANDA-TANDA ADANYA GANGGUAN JIN

  1. Masakan selalu dan cepat basi (rosak).
  2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai.
  3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam.
  4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.
  5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

2.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

3) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

4) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Ahad, 6 Mei 2012

INFO KESIHATAN - DIET RASULULLAH SAW

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQkdLZ_52Nw2hG9BSKcSPROv7vDdF2aXXhM2ElUxUQTzkHDgUW2qg
Salam Sejahtera... Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya. Ikut dan amalkan diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan..


Jangan Makan - Susu + Daging
Jangan Makan - Daging + Ikan
Jangan Makan - Ikan + Susu
Jangan Makan - Ayam + Susu
Jangan Makan - Ikan + Telur
Jangan Makan - Ikan + Daun Salad
Jangan Makan - Susu + Cuka
Jangan Makan - Buah + Susu (Koktel)

Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan paras kolestrol dalam badan akan berganda.

Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu.

Tidur 1 jam selepas makan tengahari.

Sumber: FB Islam Itu Indah.

Selasa, 1 Mei 2012

MESYUARAT TAHUNAN 2012


Salam Sejahtera.... Pada 30 April 2012 - Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas telah mengadakan mesyuarat tahunan bagi tahun 2012. Seramai 26/42 Ahli telah berkesempatan menghadirkan diri dalam mesyuarat yang bermula pada pukul 9:00 malam. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
  1. Kata-Kata Aluan.
  2. Pembentangan Kewangan Tabung Ahli SRS Sektor 1.
  3. Membincangkan Perkara Berbangkit.
  4. Pembubaran AJK.
  5. Pelantikan AJK Sesi 2012-2014.
  6. Menerima Usul-Usul Baru.
  7. Lain-Lain Hal.
  8. Ucapan Penangguhan.
Walaupun lokasi mesyuarat diadakan di Pusat Kawalan namun perjalanan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan baik tanpa menjadikan keselesaan sebagai halangan utama.

Kesimpulannya setelah SRS Sektor 1 Tmn Angsamas hampir melangkah tahun ke-4, kami terpaksa melalui liku-liku atau cabaran semasa tanpa bantuan dan sokongan yang baik daripada KRT Tmn Angsamas, selaku badan induk SRS. INSYALLAH dengan kerjasama padu dan kesepakatan daripada Ahli, peranan dan fungsi aktiviti sukarelawan rondaan dan aktiviti kemasyarakatan terus dijana dengan cemerlang.