Selasa, 30 Oktober 2012

BAGAIMANA MENGETAHUI KITA TELAH DISIHIRKAN


Bila bercakap tentang sihir semua pembaca akan memahami dan tahu akan maksudnya. Dalam abad ke 21 sihir masih lagi menjadi perantara untuk memusnahkan sesama manusia. 

Demi kerana dendam kesumat, iri hati atau perasaan yang negatif, sihir digunakan oleh individu yang tidak beriman dan tidak tunduk kepada kuasa Allah SWT sanggup melakukan apa sahaja. Perbuatan sihir melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.

Antara tanda terkena sihir atau buatan orang adalah seringkali ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik. Ini merupakan antara simptom terkena sihir yang biasa dan sering berlaku. Pelik yang dimaksudkan di sini adalah menyuruh melakukan sesuatu yang luar biasa, atau keluar dari norma seorang manusia. Antara contoh paling mudah ialah mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.

Halusinasi juga merupakan antara simptom yang dikaitkan dengan sihir. Ternampak sesuatu yang orang lain tak nampak, seperti wajah seseorang yang telah lama meninggal dunia, atau mungkin bayangan sesuatu peristiwa lampau. Ada juga yang memberikan tanda seperti melihat sesuatu yang di luar kebiasaan, seperti nampak yang kurus itu gemuk, yang cantik itu buruk, yang gelap itu terang dan seumpamanya.

Salah satu bukti sihir telah lama wujud telah dinyatakan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menerangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w pernah disihir; yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (HR: Bukhari dan Muslim)

Akhir kata sihir perosak iman dan syariat seseorang yang mengaku beragama islam.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PENTINGNYA MENGURUS RUKUN TERTANGGA DENGAN GARIS PANDUAN YANG MUTLAK



Salam Sejahtera... Rukun Tertangga adalah sebuah organasasi yang dikelola urus oleh sebilangan individu atau bahasa yg tepat adalah Ahli Jawatan Kuasa. Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut: 

a) Untuk menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat. 

b) Untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam Kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan menyiasat itu kepada Pengarah. 

c) Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana. 

d) Untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamai atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan 

e) Untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa.

Individu  yang memegang Jawatankuasa Rukun Tetangga mesti mengetahui dan memahami  bagaimana untuk menguruskan organsasi dengan berkesan dengan berpandukan Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh JPNIN. Memahami dan mengguna pakai garis panduan yang dikeluarkan akan membolehkan RT benar-benar mampu melaksanakan fungsi dan tugas RT.

Sekiranya tidak difahami dan dipratikan, Organisasi RT itu sudah pasti gagal menjalankan tugas dan barisan kepimpinannya tidak mempunyai hala tuju. Umpama peribahasa melayu mengatakan "sesat dijalan yang terang" atau suka-suka mengikut acuan sendiri yang mungkin banyak menimbulkan keraguan. Justeru itu sekiranya anda seorang AJK RT, baca dan fahami dengan mendalam supaya masyarakat tidak "pok-pek, pok-pek" kepada anda.

Jangan bermegah dengan jawatan yang disandang dalam RT andainya anda tiada menyumbang mental dan fizikal kepada Organisasi RT bagi mencapai tugasan yang telah diamanahkan.

Garis Panduan RT dan Skim Rondaan Sukarela 2012 telah dikeluarkan dan boleh dimuat turun, jadi tidak ada alasan saya tak tahu atau tidak diberikan.