Sabtu, 15 Disember 2012

JAMUAN MINUM PETANG PERPADUAN


Pada 10 Dis 2012 yang lalu saya bersama 3 Ahli SRS Sektor 1 Tmn Angsamas telah dijemput hadir di Majlis Jamuan Minum Petang Bersama YAB Menteri Negeri Sembilan. Majlis telah dianjurkan oleh JPNIN NS, bertempat di Alson Klana. Seramai 1110 org Ahli SRS telah menghadirkan diri walaupun penganjuran dibuat pada hari bekerja. 

Sebaik sampai di Alson saya bersama Ahli yang lain terus mendaftarkan diri. Seorang penjawat awam (dari Pejabat Perpaduan Daerah Seremban)yang ditugaskan sebagai pendaftar kehadiran jemputan memaklumkan kepada saya, bahawa kehadiran dari Tmnn Angsamas telah didaftarkan. Saya cuma menjawab okey dan terima kasih (dalam hati datang tak datang sama sahaja & banyak persoalan dlm benak kepala saya). Saya terus memasuki dewan untuk mengikuti aturcara, kebetulan ketika itu taklimat keselamatan sedang dilaksanakan oleh penceramah dari PDRM.  

Di akhir sesi taklimat, penceramah telah memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan soalan atau keperluan yang lebih terperinci berkaitan tajuk ceramah. Sebenarnya ada 2 perkara yang ingin saya ajukan namun apakan daya perkara yang ingin di utarakan tidak kesampaian oleh kerana saya tercari-cari di mana letaknya mic stand atau tempat yang disediakan untuk sesi soal jawab. Rupanya tidak ada synchronise penceramah dengan skop taklimat beliau.

Seterusnya aturcara rasmi bermula dan dirasmikan oleh YB Dato' Muhamad Razi bin Hj Kail Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan mewakili YAB MBNS.