Isnin, 7 Januari 2013

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM DAN PELANCARAN TABUNG DERMA PALESTIN PEMBUKA TIRAI AKTIVITI 2013 KRT TMN ANGSAMAS


KRT Tmn Angsamas telah menganjurkan Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Pelancaran Derma Palestin pada 5 Jan 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas. Majlis telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut serta En. Khalid bin Ahmad Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Sembilan bersama-sama Pegawai Perpaduan Negeri dan Daerah Seremban.

Al-Quran dan Sunnah Teras Perpaduan telah dipilih menjadi tajuk utama Forum Perdana pada malam tersebut yang mendapat sambutan orang ramai terutamanya muslimin dan muslimat Tmn Angsamas. Forum telah dikendalikan oleh oleh YBhg Ustaz Nor Azamir bin Alias Timbalan Mufti NS selaku Moderator dan 3 Ahli Panel dijemput khas dari Triple H Solution Sdn Bhd yang terdiri dari Ustaz Haslin bin Baharim, Ustaz Halim Din dan Ustaz Harryyanto Rizal Rokman.

Pengerusi KRT Tmn Angsamas Tuan Hj Abd Hamid bin Mohd Yunus menyatakan majlis ini menjadi aktiviti utama KRT bagi tahun 2013 dan berbangga majlis forum perdana yang dianjurkan adalah julung kali di adakan di Tmn Angsamas. Beliau menyatakan kesyukuran di atas kejayaan penganjuran dan merakamkan terima kasih kepada YAB MBNS kerana sudi menyumbang masa untuk bersama-sama dengan masyarakat serta melancarkan Tabung Derma Palestin. Sumbangan derma yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM2560.40.

Ahli SRS Sektor 1 yang turut menyumbang tenaga dalam aspek keselamatan dan lalulintas secara langsung memberi kelancaran penganjuran tersebut tanpa sebarang masalah yang timbul.

Lihat Galeri Foto Di Sini
 

Akhbar Aman
AJK  Publisiti dan Media