Sabtu, 29 Mac 2014

WAJAH-WAJAH PENERAJU KAMI

Semoga Kepimpinan bagi tahun 2014 terus memperkasakan Skim Rondaan SRS Sektor 1 Tmn Angsamas. Tahniah dan Selamat menjalankan tugas. sila klik image untuk paparan lebih jelas

Jumaat, 14 Mac 2014

ASSALAMUALAIKUM..

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Admin  kerana sudi memberi ruang kepada saya contribute bersama dalam blog ini.

Hampir setahun tak menjengok dan hari ini datang bertandang sebagai tetamu undangan, nak buat house keeping pon store nampaknya berkunci..:). Tak apalah semua masih berkeadaan baik cuma agak sepi sedikit maklumlah tuan rumah sentiasa sibuk kerana banyak perkara yang perlu didahulukan.

Syukur Alhamdulliah, walaupun blog pause seketika tapi SRS yang kami tubuhkan bersama ini terus gah mengorak langkah sehingga bolih dibanggakan sebagai antara SRS yang terbaik di daerah Seremban.


Sebagai pemanas enjin ini saja dari saya , Ins sha Allah jika dipermudahkan dikesempatan lain akan saya kongsi segala aktiviti dan maklumat terkini berkaitan SKIM RONDAAN SUKARELA Taman Angsamas