Selasa, 1 April 2014

RONDAAN BERSAMA

Rondaan Bersama dan Perjumpaan bulanan Anggota SRS sektor 1 ini bukanlah merupakan post yang pertama tapi kali ini agak istimewa kerana Kumpulan wanita SRS turut serta sebagai penambah seri..

Program yang menjadi rutin setiap bulan ini bertujuan menyuntik semangat di samping mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan anggota terlibat.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas dari Ketua SRS En.Ismail Osman, antara lain beliau menegur tentang sikap dan disiplin sesetengah anggota ketika bertugas dan pengenalan Ahli Jawatan kuasa baru yang dilantik bagi tahun 2014.

Seterusnya sesi percambahan fikiran sambil menjamu selera sebelum rondaan beramai-ramai dilakukan.Terima kasih daun keladi kepada En. Rozaidi dan isteri kerana menyediakan juadah kami pada malam itu. (gambar sekitar majlis ada di laman Group FB) di sini , di sini