KENALI KAMI


PENDAHULUAN

Kesan dari kekerapan berlakunya beberapa kes kecurian motor di Tmn Angsamas 2. Permaustatin telah bersepakat dan membentuk kumpulan ronda untuk mengadakan rondaan secara Rondaan Komuniti bagi membendung kes-kes kecurian dari terus berleluasa. Pada tanggal 6 Julai 2009 aktiviti rondaan telah berjaya dilaksanakan setiap hari. Aktiviti rondaan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik walaupun secara kendiri (tanpa pelan kerja atau bantuan dari KRT). Pemantapan dan pengukuhan aktiviti terus berkembang dengan baik seterusnya membentuk penubuhan Sektor SRS. setelah hampir 2 tahun beroperasi. Tempoh pendaftaran mengambil masa yang agak lama dapat dilaksana, ini kerana timbul beberapa masalah teknikal berpunca dari perancangan dan kefahaman pihak kepimpinan KRT selaku penaja SRS Tmn Angsamas. Pada awal Mac 2011 proses pendaftaran telah berjaya dipohon kepada Pejabat Perpaduan Daerah Seremban dengan nama SRS Sektor 1. Kini, Sektor ini boleh merasa bangga kerana kami adalah satu-satunya Sektor SRS di Taman Angsamas yang melaksanakan rondaan secara berkala dengan kekerapan yang lebih baik. Semoga SRS Sektor 1 ini terus berjaya mencapai objektif seperti yang digariskan oleh JPIN dan menjadi role model kepada komuniti dan masyarakat Taman Angsamas.

MISI SRS SEKTOR 1 ANGSAMAS FASA 2


1. Membendung dari belakunya kes-kes kecurian dan gejala sosial di kawasan tanggungjawab.

2. Mewujudkan ketenteraman dan keamanan setempat.

3. Menerapkan nilai-nilai murni hidup bermasyarakat dikalangan penduduk.

4. Memupuk dan mempertingkatkan perpaduan di antara kaum.


RANCANGAN MASA HADAPAN


1. Melaksanakan pendaftaran yang menyeluruh Ahli Ronda ke JPIN.
 

2. Menyediakan Pos Ronda.

3. Menyediakan sistem sokongan kecemasan.

4. Mengadakan sistem perhubungan semasa rondaan.

5. Menambah bilangan Ahli Ronda yang proaktif.

6. Mewujudkan hubungan yang baik dengan KRT sebagai satu Badan Induk Organisasi SRS.

7. Mengadakan rondaan bersama dengan agensi yang berkaitan.



KEPIMPINAN ORGANISASI  2011-2012