Ahad, 19 Jun 2011

ADAB BERJIRAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXp0RlwEIaUXOxuV0GF7Got7xQOPc6CyuwDwwi5hqu0VRxCXSHXFLYnTTPWEBxNjP916psAlqTKBRGf1V2N7ve_17armMA8UZeDjS6mvmvC0pOC2cNz9CBYrZNHbuUzJRTfdJidouNbCg/s320/gb.jpg
Jiran adalah individu atau keluarga lain yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Bab yang menerangkan tentang jiran tertangga, boleh kita dapati dengan mudah di dalam buku-buku yang berada di pasaran atau majalah. Islam menyatakan jiran tertangga meliputi 40 buah keluarga di sekitar kediaman kita. Justeru itu kita semesti memahami bagaimana peradapan untuk membentuk satu hubungan keluarga kita dengan masyarakat di sekililing. Malah petikan hadis di bawah telah memberitahu kita bertapa penting hubungan dengan jiran tetangga.



"Saudaramu yang sebenar ialah orang sentiasa berada di sisimu ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu " Hadis Riwayat Sayidina Ali karamalauwajhah

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya " Hadis Riwayat AL-Syaikani.

Tentang adab dengan jiran tetangga ini islam menetapkan tiga jenis hak untuk dipenuhi iaitu:-
  • Hak untuk orang musyrik kafir.
  • Hak untuk orang muslim.
  • Hak untuk orang muslim yang ada hubungan kekeluargaan.
Dengan kata lain, ketiga-tiga jenis tuntutan dalam berjiran ini melibatkan hak bertetangga, hak Islam dan hak pertalian keluarga. Umumnya, seseorang ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangga. Antaranya:-
  • Sama-sama menanggung penderitaan jiran tertangganya (bersimpati dan membantu kesusahannya).
  • Menghindarkan diri daripada menyakiti hati jiran tertangga.
  • Melindungi jiran daripada kezaliman orang lain.
  • Memaafkan kesalahan jiran tertangga yang tidak sengajakan atau yang disengajakan.
Sebagai individu, kita  mempunyai peranan dalam melakukan perkara-perkara berikut:-
  • Mengucapkan salam ketika bertemu.
  • Menjenguk atau menziarah mereka kita sakit/kematian.
  • Mendoakan ketika bersin.
  • Menolong ketika jiran atau sahabat yang berada dalam kesempitan/kesusahan.
  • Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat).
  • Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan.
Semoga artikel yang dimuatkan ini dapat kita sama-sama hayati, difahami dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian, insyallah kita berada di dalam hidup masyarakat yang harmoni. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan