Ahad, 12 Jun 2011

SRS SEKTOR KAMI BUKAN SETAKAT MERONDA MALAM.

Jika sebelum ini saya mencoretkan artikel yang berkaitan meronda malam bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan jenayah sifar. Pada hari ini saya bersama rakan-rakan SRS Sektor 1 Tmn Angsamas ingin berkongsi cerita tentang bagaimana seronok dan meriahnya kami melakukan satu amalan yang baik yang semakin terhakis dari kehidupan orang melayu dewasa ini, iaitu amalan gotong royong. Kini "BERBAKTI PADA MASYARAKAT SETEMPAT" menjadi misi tambahan SRS Sektor kami.  Ahli Ronda serta isteri dan anak-anak serta dibantu kejiranan menjadi peneraju utama majlis gotong royong kali kedua ini (Kali Pertama).  Keletihan selama 2 hari kami sebagai pengerak kerja-kerja majlis perkahwinan (dilaksanakan secara sepenuhnya gotong royong) Raja Sehari Aishah (Anak Bongsu Puan Zainab) dan pasangannya (Hafidz) dibalas dengan kelancaran dan kejayaan majlis tersebut sehingga selesai pada petang tadi. Jadi cerita seterusnya berdasarkan gambar sahaja kerana ungkapan picture can tell a thousand words.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJb3jfx7nbieqIiG7EP2KD0iOQbfXqjoctkvDHy-d0zleSlDBy4Bsbp9ZDucpUmicIjs-YPBbOjPfJHC5x5RToobUHYpztAXfdrv4PmKk21BzIA0BSQ4y2GRn1Yb2U6Y76Ub25P8YeJ_8/s512/Untitled-1.jpg


Saya selaku penyelaras kerja majlis perkahwinan mewakili Puan Zainab mengucapkan Terima Kasih Kepada Semua Ahli Ronda, isteri dan anak-anak yang telah menyumbang tenaga di majlis perkahwinan yang telah dilangsungkan pada 12 Jun 2011.

11 ulasan:

  1. Seronok kerja ramai-ramai sebagai 1 keluarga.

    BalasPadam
  2. Tu hari kat rumah A.Fauzi dia org berebut2 nak basuh pinggan.Tp Semalam mcm mengelak aje..mungkin tempat tak strategik nak dok 2/3 org tak ada space n panas..hehehe..

    BalasPadam
  3. Tetap ada beza kerana keperluan yang ada dan lokasinya x sama dirumah Puan Zainab. Rumah Abg Pauzi selesai majlis kita berkumpul buat post mortem dan. Bukan nak double standard tetapi tuan rumahnya berbeza komitmen.

    BalasPadam
  4. seronok kerja gotong royong ni semalam macam dah lebih pulak kaki tangan ,lepas ni kenduri rumah sapo pulak

    BalasPadam
  5. Ya betul ending yg tak sempurna..sepatutnya spt kata penyelaras patut ada mini gathering minum2 teh panas berkumpul bersama ahli keluarga buat post mortem dan...opps tuan rumah ada ucap terima kasih ke? :) oooo wakilkan pengantin tu pon nak kena jemput bagi ucapan...
    Terima kasih kpd penyelaras kerana bertindak secara positif walaupun emosi sedikit terganggu..hehehehe

    BalasPadam
  6. Mungkin cuti sekolah penggal ke 3. Imam Hj Mohamad ada maklumkan kat saya. Dia suka apa yang team kita buat siap kata 2 kali dah berjaya nanti kat rumah dia pulak. Standby kan diri tugas penyelaras akan diperturunkan kpd ahli srs yang lain pulak.....

    BalasPadam
  7. Tapi keputusan belum rasmi dan tarikh perkahwinan anak Imam Hj Mohamad masih jauh lagi.

    BalasPadam
  8. Ermmm..(rumah Imam 1)mcm tak sesuai aje kalau kita bertindak di luar kawasan..Nanti apa pulak kata group Masjid & group fasa 1.Kalau kita membantu ok,tp kalau kita yg handle mcm tak sesuai...walaubagaimanapun ini cuma pendapat saya...sahabat SRS sila beri pendapat anda..Tq.

    BalasPadam
  9. Dalam melakukan gotong royong, kebajikan, kerja kemasyarakatan dan nili-nilai murni yang lain adalah tidak terbatas. Adalah tidak wajar sekiranya kita meletakan batasan atau limitasi selagi apa yang dilakukan mudah terima oleh semua lapisan masyarakat. Elemen yang lain dlm urus tadbir kemasyarakatan, ya memang perlu mengikut prosedur organisasi dan lokality.

    BalasPadam
  10. Tahniah juga kepada kumpulan ibu-ibu yg banyak membantu

    BalasPadam
  11. Dah ucapan terima kasih kasih kat isteri Ahli Ronda. Di sebalik kejayaan beridir teguh belakang para suami adalah para isteri.

    BalasPadam