Sabtu, 30 April 2011

KAITAN PEMAKANAN TERHADAP KESIHATAN DIRI

Diabetes Tahap 2, boleh disimpulkan sebagai masalah kecelaruan sistem imunisasi dalam badan kita. Tahap kepekaan yang menurun dalam badan kita terhadap insulin, iaitu hormon yang diperlukan untuk menyerap gula ke dalam sel bagi ditukarkan kepada tenaga.

Setakat ini tak ada lansung ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Tapi ada banyak makanan yang mampu mengawal keadaan kita agar sentiasa sihat seperti biasa. Berikut adalah 10 makanan hebat yang patut penjadi amalan pengidap diabetes.


  1. Kulit kayu manis - mampu menurunkan tahap gula dalam darah sebanyak 20% hingga 30% kali ganda, bergantung kepada jumlah pengambilan.
  2. Chromium - Sejenis garam yang diperlukan oleh badan yang berfungsi sebagai bahan pengaktif insulin. Boleh didapati dalam bentuk makanan suplemen. Jika kita makan nasi atau karbohidrat lain, kandungan gula dalam badan akan naik dengan banyak. Dengan mengambil chromium ia mampu mempercapatkan proses penghadaman dan menurunkan tahap gula.
  3. Cuka - Cuka mampu mengawal tahap gula dalam darah yang naik selepas kita makan nasi atau karbohidrat lain.
  4. Kopi - Mereka yang minum kopi 2 atau 3 cawan selepas makan kurang risiko menghidapi diabetes lebih dari 30% daripada mereka yang tidak melakukannya.
  5. Susu - mengandungi TPA yang mampu mengawal pembentukan diabetes. TPA tidak dapat dihasilkan oleh badan, tapi ada pada susu.
  6. Sayuran hijau - Terbukti dapat mengawal diabetes
  7. Magnesium - Makanan yang banyak garam ini dapat mengurangkan risiko kena diabetes. Ia juga mampu mengawal tahap gula dalam darah.
  8. Bijirin - Jadikan bijirin sebagai makanan rutin anda waktu pagi atau malam. Ia mampu menngwal diabetes.
  9. Beras Perang (Brown Rice) - jauh lebih baik dari beras putih biasa dalam mengelakkan diabetes atau mengawal diabetes.
  10. Berries - Macam-macam berry ada, blue berry, red berry, wild berry. Mengandungi kandungan antioksidan tinggi dan mampu mengawal banyak penyakit.
Selain dari itu rajinlah periksa kesihatan dengan berjumpa doktor. Kawal pemakanan anda dan selalu bersenam. Insyallah hidup anda kembali sihat. Selamat mencuba.

Sabtu, 23 April 2011

SUDAH HAMPIR 2 TAHUN KAMI RUPANYA.....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9C0hDn5wJRgz9o_3TrcKP0vFC7WwsoB2kvjPKYJK4oDN19UVez4AISUjfs3p_v22lJsdNXQI4xqLGlBNPKBnqGBsiEjVnjSei5cwTYXMuRSIS_tS0r5i6dTo3cQLqmLrWnS7LcevOf6M/s640/P1011444.JPG
Mungkin agak lama saya tidak membuat "entry" berkaitan kegiatan SRS, jadi hari Sabtu yang terluang ini saya  ingin membuat coretan berkaitan tujuan utama blog ini dibina. Pada 6 Julai 2011 maka genaplah 2 tahun kami melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Ronda di salah satu sektor dalam Taman Angsamas. Kerja sukarela ini telah menjadikan kami sebagai permastautin yang  bertanggung jawab dan ingin melihat keamanan, ketenteraman dan keselamatan terus terpelihara dimasa akan datang. Insyaallah.

Masa kini,  kalau direnung dan diimbas perihal kelakuan jenayah yang telah berlaku, tampak ianya semakin menggerunkan dan terlalu kejam. Adakah kita hanya ingin membiarkan saja kegiatan jenayah ini terus berlaku tanpa membuat sesuatu pada kawasan kediaman kita?. Adilkah kita meletakkan tanggung jawab ini kepada PDRM sahaja?  Sudah pasti jawapannya tidak. Justeru itu saya ingin mengajak kepada semua untuk meneruskan dan mendorong kegiatan meronda.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCAqdgrQgIGlx5coxmqWeMSiHWW-CrRl6FDj3lUKDz9H7iPrbOXdHslJFro9S-7aKpcs-q1ZO8SzaZWiwUtlQblTqG51xqUfZSyg6Fs_H7PU8d2sfPAudzvDaREOZWXO0nsa1J6C4IwOI/s640/P1011716.JPGAlhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, setelah melakukan rondaan hampir 2 tahun di sektor Tmn Angsamas, setakat ini tiada lagi sebarang kecurian atau kes-kes pecah rumah. Inilah yang dikatakan kebaikan dan manafaat yang diperolehi bersama hasil kegiatan Ahli Ronda SRS.

Penambahbaikan dan peningkatan amat perlu dilakukan untuk memastikan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sektor 1 ini terus kukuh dan berkerjasama. Bak kata perpatah "nak dibangunkan cukup susah, nak diruntuhkan cukup senang".  Ini bukan bermaksud saya dah "down mood" untuk menyelaras sektor ini tetapi sebagai ingatan kepada semua Ahli Ronda SRS seluruh Malaysia, khususnya di Taman Angsamas. 

Diharapkan menyambut tahun kedua ini akan ada satu peningkatan kepada SRS Sektor 1 iaitu kemudahan Pondok Ronda sebagai kemudahan asas Ahli Ronda. Jangan biarkan kami dilihat oleh orang lain bahawa kami berehat di tepi longkang atau tembok. Bukan tak boleh tapi tak ada sistematik langsung. 

Jangan dibekukan dan dipinggirkan kami ini.

Kepada Ahli Ronda SRS teruskan berkawal dan berbakti. "Jiran sepakat membawa berkat"

Ahad, 17 April 2011

JALAN KAKI MALAS PENYAKIT SANGAT SUKA

<img style=
Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
Meronda berjalan kaki pun memberi manafat kepada Ahli Ronda SRS selain menjalankan tanggungjawab memberi jaminan keselamatan kepada penduduk.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Kemurungan : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti kemurungan (stress) yang biasa digunakan oleh pesakit. Mulai sekarang, rajin-rajinlah berjalan kaki.

Rabu, 13 April 2011

CUBALAH KOT MENJADI

Bagi yang guna broadband  memang sure layan tutorial neh.

Buka broadband dan sambungkan ke internet macam biasa. Lepas tue follow step kat bawah neh okey ;

1. Mula-mula  kena pastikan apa ip address anda. Cara nak check ip  klik sini.

2. Lepas tue buka notepad.

3. Paste benda neh kat notepad tadi.

c:\windows\system32\ping [jarak] ip adress korang [jarak] -t

4. Save kan file tadi sebagai ping.bat. Save kat desktop.

5. Kemudian cari balik file yang korang savekan tadi. Klik untuk buka. Nanti akan terkeluar satu command prompt. Biarkan command prompt tue terbuka ketika korang sedang online.

Bandingkan internet speed anda sebelum dan selepas buat benda neh bila broadband anda habis data/cecah limit. okey?

AMALAN MINUM AIR PANAS (SUAM)


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQriYcQ0y2azm6KI9B5VuCPWRQuFnpCGEZoVJXelGAEY8enZbgVhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNSrTNWkWpx-iiH_8muLve7xN_b_EHtxHoTZLO1bwPV_E8Nf2zj_1Vdov1Ja0673RYjrtqwiNuOGexI6XOemf9yf1CVUY7NOJtMuBRqfxbAPOLk-8TpELat32j6o1PeEMW0NGo_0sPeQ8/s1600/jantung.jpg

Mengamalkan minum air panas/suam mampu mencegah serangan sakit jantung.

Kepada sesiapa yang suka minum ais, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walaubagaimanapun, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai penyakit. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air panas/suam selepas makan.

NOTA PENTING SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... Pakar Sakit Jantung berkata, jika semua orang yang memahami dan menghebahkan kepada orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. INSYALLAH. WALLAHUALAM

Isnin, 4 April 2011

AWAS KINI TELAH TERSEBAR

Semua masyarakat diingatkan untuk berwaspada kerana wabak ini telah menular ke PUSASDA Port Dickson. Sumber dimaklumkan wabak ini tersebar ke kawasan ini melalui Pelatih Polis yang sedang menjalani latihan di sini.  Langkah berjaga-jaga (kurantin) telah diambil dan dilaksanakan oleh pihak berwajib supaya tidak merebak. Sentiasa amalkan kebersihan dan disarankan kepada orang ramai untuk mempertingkatan pengetahuan berkenaan wabak ini dan simptom jangkitan. Beringat sebelum kena, mencegah lebih baik dari diubati.

APA ITU VIRUS KENCING TIKUS @ LEPTOSPIROSIS

LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA. Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.

CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.

KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI
Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) . Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas. Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan, buah pinggang, alat sulit dan mata. Bagi individu pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.

Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari. Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai.


Jumaat, 1 April 2011

APA BAIKNYA ATAU RELEVANKAH SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

Cuba bayangkan sedang kita semua lena tidur, ada sekumpulan mereka yang sanggup bersengkang mata pada malamnya bertugas meronda untuk menjaga keselamatan demi memastikan tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini. Bukahkah ini suatu pengorbanan demi kesejahteraan bersama namanya? Mungkin kebanyakan kita terfikir, apa relevannya Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang sering dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT), sedangkan kini terdapat beberapa teknologi canggih di pasaran seperti sistem alat penggera, sistem litar kamera tertutup malah banyak lagi peralatan bagi melindungi rumah kita daripada diceroboh. Namun, mengambil kata kata, “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”, kita sebenarnya tidak seharusnya berasa selesa dengan semua itu malah perlu mengurangkan ruang dan peluang daripada berlakunya kejadian pecah rumah dan sebagainya di kawasan kediaman kita. Inilah sebenarnya manifestasi SRS ini iaitu berusaha meningkatkan pengawasan di kawasan kita.