Mungkin agak lama saya tidak membuat "entry" berkaitan kegiatan SRS, jadi hari Sabtu yang terluang ini saya ingin membuat coretan berkaitan tujuan utama blog ini dibina. Pada 6 Julai 2011 maka genaplah 2 tahun kami melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Ronda di salah satu sektor dalam Taman Angsamas. Kerja sukarela ini telah menjadikan kami sebagai permastautin yang bertanggung jawab dan ingin melihat keamanan, ketenteraman dan keselamatan terus terpelihara dimasa akan datang. Insyaallah.
Masa kini, kalau direnung dan diimbas perihal kelakuan jenayah yang telah berlaku, tampak ianya semakin menggerunkan dan terlalu kejam. Adakah kita hanya ingin membiarkan saja kegiatan jenayah ini terus berlaku tanpa membuat sesuatu pada kawasan kediaman kita?. Adilkah kita meletakkan tanggung jawab ini kepada PDRM sahaja? Sudah pasti jawapannya tidak. Justeru itu saya ingin mengajak kepada semua untuk meneruskan dan mendorong kegiatan meronda.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, setelah melakukan rondaan hampir 2 tahun di sektor Tmn Angsamas, setakat ini tiada lagi sebarang kecurian atau kes-kes pecah rumah. Inilah yang dikatakan kebaikan dan manafaat yang diperolehi bersama hasil kegiatan Ahli Ronda SRS.
Penambahbaikan dan peningkatan amat perlu dilakukan untuk memastikan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sektor 1 ini terus kukuh dan berkerjasama. Bak kata perpatah "nak dibangunkan cukup susah, nak diruntuhkan cukup senang". Ini bukan bermaksud saya dah "down mood" untuk menyelaras sektor ini tetapi sebagai ingatan kepada semua Ahli Ronda SRS seluruh Malaysia, khususnya di Taman Angsamas.
Diharapkan menyambut tahun kedua ini akan ada satu peningkatan kepada SRS Sektor 1 iaitu kemudahan Pondok Ronda sebagai kemudahan asas Ahli Ronda. Jangan biarkan kami dilihat oleh orang lain bahawa kami berehat di tepi longkang atau tembok. Bukan tak boleh tapi tak ada sistematik langsung.
Jangan dibekukan dan dipinggirkan kami ini.
Kepada Ahli Ronda SRS teruskan berkawal dan berbakti. "Jiran sepakat membawa berkat"
Kepada Ahli Ronda SRS teruskan berkawal dan berbakti. "Jiran sepakat membawa berkat"
wah bagusnyer..kt kawasan kmpung aku ade gak.
BalasPadamtp kejap ade kejap xde yg jg. sebab dulu ade kes rompak dan bunuh.
apisv2.com
Teruskan usaha..kami akan memberikan sokongan dari belakang..hendak berdiri di depan kami tak mampu kerana kami adalah dari golongan 'low profile'..namun begitu bantu tetap bantu..insya Allah..
BalasPadam