Salam Sejahtera...KRT Taman Angsamas telah dipilih dan dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Seremban untuk menjayakan Program Siswa Komuniti Sekretariat Rukun Negara Khidmat Masyarakat Cakna Seluruh IPT Kali Ke 2 (SISKOM). Seramai 212 mahasiswa dan mahasiswi dari IPT seluruh negara telah terlibat di dalam program yang bermula pada 16 Dis 2011 hingga 18 Dis 2011. Beberapa aktiviti seperti Majlis Gotong Royong (Rewang), Senamrobik, Sukaneka dan Malam Kebudayaan telah dirancang bagi pengisian aktiviti Peserta SISKOM selama 3 hari mereka berada di Taman Angsamas. Majlis Pembukaan dan penyerahan peserta SISKOM 2011 kepada keluarga angkat telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fadzli bin Hj Ibrahim wakil Pengarah JPNIN Negeri Sembilan. Objektif program ini adalah seperti berikut:
- Untuk mengeratkan perpaduan dan kerjasama antara masyarakat RT dan pelajar IPT dari seluruh negeri.
- Memperkenalkan budaya masyarakat yang berbilang kaum dan ketinggian adat resam.
- Bagi menyalurkan maklumat tentang aktiviti penggalakkan dan keperluan perpaduan dalam masyarakat serta pentingnya elemen prinsip Rukun Negara kepada mahasiswa.
Teringin jugak nak join atvt macam ni....
BalasPadamApasal tak datang....
BalasPadamterima kasih untuk perkhidmtan & layanan dr KRT Taman Angsamas untuk kami :)
BalasPadamSaya wakili SRN KUIS m'ucpkan jutaan terima kasih ....
terima kasih atas penerimaan warga angsamas.. harap ikatan kekeluargaan akan erat dan insyaallah, kami akan kesana lagi..
BalasPadam-xdapat lupakan kegigihan rewang waktu mlm angkat khemah. penat ehhh... haha
Tahniah kepada SISKOM yang terlibat kerana berjaya menyembunyikan kepenatan dan mampu mengikut kehendak situasi.
BalasPadamsteady lah pakcik akhbar, suara sedap gila time karoke. :)
BalasPadam