Masyarakat ditakrifkan sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.
Satu kumpulan/kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
Satu kumpulan/kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya:
- Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.
- Memupuk kesedaran kebangsaan & kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual, & mental.
Dalam arus permodenan berada di depan mata, namun jangan kita pinggirkan dan tidak mengguna pakai acuan yang diwujudkan oleh nenek moyang kita dalam elemen kehidupan bermasyarakat. Kesimbangan budaya dan kehidupan masyarakat tradisonal semestinya menjadi tauladan kepada kita semua pada masa kini dengan pengolahan yang lebih baik. Perpaduan adalah tunggak utama kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Ini telah dibuktikan, di mana sesebuah negara yang mana rakyatnya tidak dapat menjalani hidup dengan asas perpaduan akan mengalami kacau bilu,perang saudara dan rusuhan. Ini secara langsung akan menyebabkan kegagalan pentadbiran kerajaan pemerintah dan membantutkan ekonomi negara.
Proses mencapai perpaduan sebuah masyarakat adalah sangat komplek. Tidak semua permasalahan perpaduan masyarakat boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd faktor-faktor lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan sosial & sosiobudaya.
Terlalu banyak rutin aktiviti hidup bermasyarakat yang membawa ke arah perpaduan yang boleh kita lakukan seperti.
- Gotong Royong Membersihkan Kawasan Kediaman.
- Gotong Royong Majlis Perkahwinan atau Kenduri.
- Menziarah dan Membantu Mengurus Hal-Hal Kematian.
- Mengunjungi Jiran yang Sakit.
- Mewujudkan Rondaan Kejiranan atau SRS.
- Penganjuran Sukaneka Penduduk.
- Ziarah Takbir Kejiranan Semasa Bulan Perayaan Islam.
- Menganjurkan Sambutan Bulan Kebesaran Islam Peringkat Kejiranan/Komuniti.
- Menganjurkan Rumah Terbuka Sekiranya ada Kemampuan dan sabagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan