Selasa, 3 April 2012

BUDAYA GOTONG ROYONG AMALAN MULIA


Photo Oleh: Pokcik Mail
Salam Sejahtera... Pada 1 April, seramai 40 Ahli SRS Sektor 1 Tmn Angsamas telah mengelolakan Majlis Perkahwinan Syahrul Yusman anak sulung kepada Mohd Yusuf bin Md Saad. Majlis perkahwinan ini telah dilaksanakan sepenuhnya secara gotong royong dan turut dibantu oleh para isteri Ahli SRS, Jiran Tetangga dan anak-anak.

Budaya gotong-royong ini adalah kali ketiga dilaksanakan oleh Ahli SRS Sektor 1 setelah 3 tahun berfungsi sebagai Ahli Sukarelawan SRS. Peranan dan fungsi SRS telah kita perluaskan demi mensejahterakan komuniti. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas pujian yang diterima dari tetamu mahupun saudara-mara pihak tuan rumah.

Sesungguhnya, kami bukanlah hendak bermegah dengan pujian, tetapi kami ingin dilihat sebagai satu organisasi sukarelawan yang bukan sahaja berperanan dalam aspek keselamatan malah berusaha mengekalkan dan menyuburkan amalan yang baik sehingga dapat diwarisi oleh generasi baru.

Saya mengharapkan budaya ini terus kekal di sanubari bangsa melayu. Dalam ayat Al-Quran di bawah juga jelas kepada kita bahawa kerjasama antara jiran itu amat penting untuk melahirkan suatu masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. 

Firman Allah yang berbunyi:
"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan."
(Al-Maidah: 2)

Terima kasih kepada semua Ahli SRS, para isteri dan anak-anak serta Jiran tetangga dalam menjayakan gotong royong dengan cemerlang.


Galeri Foto

2 ulasan:

  1. Turut berbangga dengan semangat kejiranan yang dipamerkan olih ahli SRS..
    Gambar sekitar majlis :
    Sila klik di sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih yang tak terhingga di atas perkhidmatan fotografi....

      Padam