Rabu, 30 Mei 2012

SRS MESTI BERANI DAN KENTAL

Salam Sejahtera.......  sudah lama tidak mengemaskini blog, mungkin posting ini boleh dikongsikan untuk tatapan pengunjung.

ALOR SETAR - Cabaran sekumpulan mak nyah kepada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Tanjung Bendahara untuk menahan mereka akhirnya membawa padah apabila tujuh daripada mereka berjaya ditahan di sebuah rumah berhampiran kawasan stesen kereta api, di sini.

Pengerusi SRS berkenaan, Ramli A Rahman berkata, sebelum operasi kira-kira jam 10 malam, mereka dicabar golongan berkenaan yang datang ke pos kawalan. “Mereka kata kami tidak mampu untuk menahan mereka melainkan hanya mampu melakukan rondaan sahaja. “Jadi, pada malam itu kami sahut cabaran mereka dengan mengepong kawasan tersebut bagi mengelak mereka meloloskan diri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.52071.1338347916!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Ramli berkata, semua mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Beliau berharap Jabatan Imigresen dapat memantau kawasan tersebut kerana disyaki terdapat beberapa mak nya dari negara sempadan seperti Thailand. Menurutnya, usaha itu antara langkah membersihkan kawasan berkenaan daripada sering menjadi tumpuan kegiatan mak nyah.

“Walaupun menahan beberapa orang daripada golongan itu, namun kita masih lagi meneruskan rondaan untuk menghentikan kegiatan itu. “Selain mengadakan operasi dan rondaan banteras golongan mak nyah, kamiturut mengadakan rondaan banteras kegiatan pelacuran di Lorong Patani,” katanya. Ramli berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk polis, Jaik dan Jabatan Imigresen untuk membanteras kegiatan maksiat mahupun jenayah di kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan