Bila bercakap tentang sihir semua pembaca akan memahami dan tahu akan maksudnya. Dalam abad ke 21 sihir masih lagi menjadi perantara untuk memusnahkan sesama manusia.
Demi kerana dendam kesumat, iri hati atau perasaan yang negatif, sihir digunakan oleh individu yang tidak beriman dan tidak tunduk kepada kuasa Allah SWT sanggup melakukan apa sahaja. Perbuatan sihir melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.
Antara tanda terkena sihir atau buatan orang adalah seringkali ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik. Ini merupakan antara simptom terkena sihir yang biasa dan sering berlaku. Pelik yang dimaksudkan di sini adalah menyuruh melakukan sesuatu yang luar biasa, atau keluar dari norma seorang manusia. Antara contoh paling mudah ialah mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.
Halusinasi juga merupakan antara simptom yang dikaitkan dengan sihir. Ternampak sesuatu yang orang lain tak nampak, seperti wajah seseorang yang telah lama meninggal dunia, atau mungkin bayangan sesuatu peristiwa lampau. Ada juga yang memberikan tanda seperti melihat sesuatu yang di luar kebiasaan, seperti nampak yang kurus itu gemuk, yang cantik itu buruk, yang gelap itu terang dan seumpamanya.
Salah satu bukti sihir telah lama wujud telah dinyatakan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menerangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w pernah disihir; yang bermaksud:
Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (HR: Bukhari dan Muslim)
Akhir kata sihir perosak iman dan syariat seseorang yang mengaku beragama islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan