Salam Sejahtera... Rukun Tertangga adalah sebuah organasasi yang dikelola urus oleh sebilangan individu atau bahasa yg tepat adalah Ahli Jawatan Kuasa. Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut:
a) Untuk menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan
semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan,
keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan
ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat.
b) Untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat,
semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam Kawasan dan melaporkan
maklumat, pemerhatian dan menyiasat itu kepada Pengarah.
c) Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk
membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti
jenayah atau bencana.
d) Untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamai
atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di
kalangan anggota masyarakat; dan
e) Untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah dari masa ke semasa.
Individu yang memegang Jawatankuasa Rukun Tetangga mesti mengetahui dan memahami bagaimana untuk menguruskan organsasi dengan berkesan dengan berpandukan Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh JPNIN. Memahami dan mengguna pakai garis panduan yang dikeluarkan akan membolehkan RT benar-benar mampu melaksanakan fungsi dan tugas RT.
Sekiranya tidak difahami dan dipratikan, Organisasi RT itu sudah pasti gagal menjalankan tugas dan barisan kepimpinannya tidak mempunyai hala tuju. Umpama peribahasa melayu mengatakan "sesat dijalan yang terang" atau suka-suka mengikut acuan sendiri yang mungkin banyak menimbulkan keraguan. Justeru itu sekiranya anda seorang AJK RT, baca dan fahami dengan mendalam supaya masyarakat tidak "pok-pek, pok-pek" kepada anda.
Jangan bermegah dengan jawatan yang disandang dalam RT andainya anda tiada menyumbang mental dan fizikal kepada Organisasi RT bagi mencapai tugasan yang telah diamanahkan.
Garis Panduan RT dan Skim Rondaan Sukarela 2012 telah dikeluarkan dan boleh dimuat turun, jadi tidak ada alasan saya tak tahu atau tidak diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan