FIKIRKANLAH

ADAKAH ANAK SEBEGINI DI TMN KITA..........


 
Lokasi maksiat di apartmen tertsebut
Usia budak perempuan itu baru 12 tahun, namun dia dikatakan berada di atas bumbung apartmen (rujuk gambar) bersama-sama dengan tiga remaja lelaki yang berusia 16-17 tahun. Bikin apa? Bimbang dicekup penduduk, dia akhirnya jatuh sebelum meninggal dunia di hospital. 

Sungguh malang apabila kanak-kanak semuda itu sudah hidup dalam maksiat dan akhirnya menemui ajal dalam keadaan yang mengaibkan diri dan keluarganya.

 MASIH ADAKAH ANAK SEBEGINI DI TMN KITA..........

Ketika aku bersusah payah hendak mengeluarkan barangan dari dalam kereta dan membawa masuk ke dalam rumah, dengan sopan santun anak muda ini menyapaku.

"Cik, biar saya tolong cik angkat barangan ni cik" lemah lembut dan penuh sopan santun lagi menyapa aku.

"Ah, tak apalah dik, makcik boleh buat sendiri" dalam hati teringat peristiwa aku pernah menolak jualannya dan mata melirik melihat jualan di dalam bakulnya yang sudah kosong. Alhamdulillah, seringkali jualan habis dan laku.

"Tak pe, tak pe cik, saya boleh tolong" tanpa berlengah mengangkat beg dan membawanya masuk ke dalam pagar rumah ku.

Dalam hati berdetik terus, " baik betul anak ini, sopan santun dan rajin sekali".

Sukar lagi untuk terjumpa anak-anak sebayanya yang melakukan pekerjaan yang sedemikian, bersusah payah membantu keluarga dan memiliki peribadi yang sungguh mulia.

Siapakah ibu dan ayahnya, pasti sejuk perut ibu yang mengandung dan tenang walau hidup dalam kepayahan.

Sejak dari itu pasti aku tidak akan melepaskan peluang untuk membeli hasil jualannya walau sudah ada makanan yang terhidang di atas meja.

"Cik, nak beli nasi lemak?"

"Kuih ada?"

"Ada, karipap dengan donut"

"Ok, bagi makcik nasi lemak 5"


"Terima kasih makcik"

Nasi lemak RM 1, berbaloi dan kenyang perut menjamahnya. Alhamdulillah. Moga masih ramai anak-anak yang dibesarkan oleh kita, ibu-ibu dan ayah-ayah terus berperibadi mulia dan sedar akan tanggungjawab sebagai hamba dan Khalifah di bumi Allah.

ADAKAH ANAK SEBEGINI DI TMN KITA..........
 




ANTARA barangan yang dirampas daripada 'Rambo Kecik' ketika ditahan Isnin lalu.

JOHOR BAHRU – Mungkin tidak tahu apa yang hendak dibuat di rumah sejak berhenti sekolah, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak melakukan kegiatan samun di sekitar Teluk Danga di sini sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff (gambar) berkata, suspek yang digelar ‘Rambo Kecik’ gara-gara bertubuh kecil, sering menggunakan pisau rambo bersaiz mini untuk mengugut mangsanya setiap kali melakukan kegiatan tersebut.
Menurut beliau, suspek juga dipercayai tidak takut dengan mangsa yang bersaiz lebih besar dan berusia, selain dikatakan tidak teragak-agak bertindak kejam termasuk mencederakan mangsanya di lorong-lorong yang sunyi di sekitar Teluk Danga di sini.
Bagaimanapun katanya, kegiatan suspek berakhir juga apabila berjaya ditangkap selepas baru menyamun seorang lelaki berusia 23 tahun pukul 1.30 petang Isnin lalu.
“Mangsa yang melawan ketika diugut supaya menyerahkan telefon bimbit oleh suspek berjaya melarikan diri sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan di Teluk Danga.
“Suspek yang berjaya ditahan tidak lama selepas itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya


ADAKAH ANAK SEBEGINI DI TMN KITA........
Jadikan iktibar!!!


Saya petik:
[SH] KLANG – Gara-gara tidak mahu aktiviti pontengnya diketahui, seorang murid dirogol di sebuah bilik di klinik pergigian, di sini, baru-baru ini. Mangsa, dikenali sebagai Imah, 12, yang masih menuntut dalam tahun enam di sebuah sekolah di sekitar Klang mengunjungi pusat karaoke bersama dua rakannya.

SERIBU SATU MACAM KELAKUKAN ANAK ZAMAN SEKARANG........

Selepas memadu kasih sehingga awal pagi, sepasang kekasih yang tergesa-gesa pulang maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di jalan persisiran pantai Kuala Perlis-Sungai Baru di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah seorang pelajar, Nur Shahirah Mat Akhir, 20, dan teman lelakinya, Zul Hairi Basir, 21.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, semasa kejadian kereta Proton Iswara tersebut dipandu oleh Shahirah dengan laju untuk menghantar pulang kekasihnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah.

“Sebelum itu, pasangan itu pergi ke Kuala Perlis untuk makan malam dan berjalan-jalan di tepi pantai tersebut.

“Menyedari hari sudah lewat malam, mereka pulang dan dipercayai Shahirah memandu dengan laju di jalan yang tiada lampu dan licin,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

 CABARAN IBUBAPA UTK KITA TANGANI................

 Pelajar ponteng sekolah ditangkap berkhalwat

TAMPIN: Kerana sayang dan cinta, seorang pelajar tingkatan dua, salah sebuah sekolah di Daerah Tampin ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, yang juga pelajar tingkatan lima, dari Daerah Alor Gajah di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sinar Harian difahamkan, usaha menangkap pasangan sekolah itu mengambil masa lebih dua jam apabila sepasukan kakitangan bahagian penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah dengan bantuan polis gagal memasuki bilik sewa mereka, seawal jam 8.50 pagi.

Menurut sumber, berikutan kedegilan pasangan pelajar terbabit yang berlanjutan sehingga jam 10.50 pagi, pasukan serbuan terpaksa menendang pintu untuk memecah masuk ke bilik sewa berkenaan.

“Bagaimanapun, pelajar lelaki terbabit akhirnya membuka pintu bilik hotel selepas hampir dua jam 15 minit, pasukan serbuan berusaha untuk masuk.

“Pelajar itu juga didapati masih mengenakan seluar sekolah berwarna hijau dan baju T berwarna coklat, sementara pasangannya dilihat dalam keadaan sugul dan terkejut dalam tandas. Dia berpakaian lengkap baju T dan seluar sukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang
beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31) 

 
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59) 

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari) 

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban) 

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari. 

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).