Rabu, 14 Mei 2014

MARI BERBUDI PADA TANAH -'POGHAK'

Poghak -mengikut 'kamus' Bahasa Negeri Sembilan bermaksud bercucuk tanam di sekitar kawasan kediaman.

Difahamkan program poghak ini adalah cetusan idea menteri besar kita YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan , beliau menyarankan agar masyarakat bandar menanam pelbagai tanaman yang memberikan hasil untuk kegunaan sendiri. 

 Tujuan sebenar poghak ini antara lain bagi meringankan beban sarahidup rakyat ekoran kenaikan harga barang keperluan yang amat ketara ketika ini.jestru itu beliau mengarahkan jabatan pertanian turun padang sebagai pemudahcara bagi menjayakan program ini. 

 Taman Angsamas amat bertuah kerana dipilih sebagai projek pioneer diperingkat negeri sembilan. Oleh itu harapan besar diletakkan agar ianya membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan, dan diberitahu acara kemuncak memungut hasil nanti akan disertai sendiri oleh beliau.. 

Menyahut seruan ini seramai 20 orang Ajk KRT dan beberapa penduduk taman angsamas pagi ini bersama sama menyingsing lengan baju masing masing mula megerjakan tanah ehsan dari ajk Masjid Alhidayah,  Dengan khudrat tenaga yang dah separuh abad, dengan bantuan peralatan berkebun dan bimbingan dari jabatan pertanian daerah seremban ..alhamdulillah berjaya lah kami menyiapkan 6 batas sayur walaupon kadang-kadang duduk tu lebih lama dari bekerja.

TERIMA KASIH..



Isnin, 12 Mei 2014

MESYUARAT BULANAN JIRAN WANITA

Julung kalinya wakil srs dijemput menghadiri mesyuarat yg diadakan pada 9 mlm ahad lepas di balai masjid Al Hidayah Taman Angsamas -terima kasih diucapkan.
 Turut hadir dalam mesyuarat yg di pengerusikn sendiri oleh Pn Siti Hajar.ialah Pengerusi KRT Taman Angsamas Tuan Haji Hamid, S/U En Azman dan Bendaharinya Hj Yunus.

  Apa yang menarik  ingin saya kongsikan disini adalah pengendalian mesyuarat yang tersusun, segala aktiviti yg telah dan akan di laksanakan dibincang bersama.dan yang lebih menarik pembentangan status kewangan yang terperinci, jelas dan memberi kefahaman kepada semua ahli. Syabas kepada Pn Siti dan kepimpinan beliau kerana ketelusan dalam mengurus hal ehwal kewangan.

  Memandangkan masih ada sebahagian dari anak-anak SK Nyatoh di Taman Angsamas yang walaupun sudah di tahap 2 tapi masih gagal membaca, satu program anak angkat dibincang untuk dilaksanakan bertujuan mengajar sehingga membolihkan mereka ini membaca sepertimana kawan-kawan sekelasnya yang lain, usaha yang dianggap murni yang harus dicontohi.
.
Rawatan kesihatan menggunakan kaedah terapi elektrolisis yang dikatakan mampu membuang toksid dlm badan, 10% dari hasil kutipan akan  disumbang kepada tabung Jiran Wanita.

   Mengikut pandangan peribadi saya setelah membuat kajibanding, SRS sebenarnya berada di belakang walaupun terasa kita mendahului..

Saya ingin mengajak tuan-tuan bersama-sama melebarkan peranan SRS selain memupuk perpaduan di kalangan warga taman iaitu dengan mengadakan program yang bolih menambah tabung srs dan merancang aktiviti yang lebih memberi manafaat kepada jiran tetangga.Oleh itu penglibatan semua ahli  amat perlu  agar tidak hanya gah pada nama sahaja.

Kita berbangga dengan carta organisasi yang hebat tapi adakan yang diamanahkan itu telah memainkan peranan masing2.?.tepoklah dada sediri dan jawab dalam hati...

 Kembalikan semula kepercayaan ahli dengan melaporkan status kewangan setiap bulan termasuk pembelian eset yang mana ketelusan ini akan menyakinkan mereka untuk terus menyumbang dari masa kesemasa.


TERIMA KASIH..


"sungai yang sering dipandang indah juga menyimpan kerikil yang tajam.. tersandung kaki luka berdarah..".......PAKCIKMAIL