Sabtu, 28 Januari 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN & MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M

https://lh4.googleusercontent.com/-dc9xWDtMJOM/TyOXtEnYQRI/AAAAAAAACbA/23bTDm0Xbrc/s720/DSC_0201.JPG
Pada 27 Jan 2012 telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Majlis Penyampaian Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dianjurkan di  Dewan Orang Ramai Taman Angsamas. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan - Menteri Besar Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Pengarah JPNIN Negeri Sembilan dan Wakil Pegawai Daerah Seremban.

Di peringkat pertama penyampaian BR1M bagi 3 Kawasan Peti Undi iaitu Bemban/Taman Angsamas, Taman Kelab Tuanku dan Mambau, seramai 380 orang ketua isi rumah telah menerima baucer tersebut. Di majlis ini juga bantuan kepada  individu dan NGO dalam komuniti Tmn Angsamas telah disalurkan. Pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di penilaian UPSR (4A-5A) dan PMR (7A-8A) bagi tahun 2011 turut diraikan dengan menerima hadiah wang tunai sebagai dorongan untuk terus mencipta kecemerlangan di dalam penilaian yang bakal dihadapi.

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di dalam ucapan beliau telah menyampaikan maklumat pencapaian dan perancangan Kerajaan Negeri bagi seluruh rakyat negeri. Beliau juga menekan elemen perpaduan mesti dianjurkan dan disuburi oleh setiap lapisan masyarakat supaya kemakmuran dan keharmonian terus dinikmati bersama.

Jumaat, 13 Januari 2012

SEPI SEKADAR SEMENTARA WAKTU JEE.

Salam Sejahtera... Sudah lama saya tak buat apa-apa dalam blog, bukan tak ada post nak dimuatkan tetapi ruang waktu yang menghempit peluang saya untuk bersantai depan laptop lama-lama. Sebabnya ada komitmen yang lain yang perlu saya bereskan. 

Projek Kejayaan Kami (Peruntukkan Kewangan dari Kerajaan Negeri Sembilan & Sumbangan Ahli Sendiri).

Pembinaan Pos Ronda SRS Sektor 1 yang berstatus 85 peratus perlu disiapkan sepenuhnya dengan kadar segera kerana Insyaallah akan ada peristiwa penting akan dilaksanakan di pos ini. Pos Ronda yang pertama dalam Tmn Angsamas menjadi lambang perpaduan dan kerjasama yang baik di kalangan Ahli Ronda Sektor 1. Pembinaan Pos Ronda adalah usaha keras kami , tanpa usahasama KRT Tmn Angsamas.

https://lh6.googleusercontent.com/-ac_KXaJqr_0/TxFFLHM0VQI/AAAAAAAACX4/-ikt_Xsmqyc/s640/P1080171.JPG

Kad Ahli Ronda SRS ini perlu di siapkan.

Keperluan urus tadbir SRS juga dilaksanakan (salah satunya seperti gambar di bawah). Ada 36 keping yang perlu disiapkan. Nak cantik kenalah buat typing menggunakan komputer. Bukan apa, kalau tulisan tangan tak ada keseragamannya.  Jadi ambil masa yang lama untuk memastikan huruf berada di atas garisan yang dikehendaki.

https://lh3.googleusercontent.com/-1iQbcUnf3zY/Tw_-ZPO3-SI/AAAAAAAACXs/yMX29Y3xkUM/s720/KAD%252520SAMPLE%2525202.jpg

"Orang Baru".

Kehadiran"orang baru" dalam keluarga saya meminta saya untuk menemaninya sekerap yang mungkin. Jadi masa saya bersantai dalam dunia tanpa sempadan sudah tergugat. Namun itu semuanya bersifat sementara. Semoga semuanya akan sukses....wassalam.