Sabtu, 28 Januari 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN & MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M

https://lh4.googleusercontent.com/-dc9xWDtMJOM/TyOXtEnYQRI/AAAAAAAACbA/23bTDm0Xbrc/s720/DSC_0201.JPG
Pada 27 Jan 2012 telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Majlis Penyampaian Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dianjurkan di  Dewan Orang Ramai Taman Angsamas. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan - Menteri Besar Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Pengarah JPNIN Negeri Sembilan dan Wakil Pegawai Daerah Seremban.

Di peringkat pertama penyampaian BR1M bagi 3 Kawasan Peti Undi iaitu Bemban/Taman Angsamas, Taman Kelab Tuanku dan Mambau, seramai 380 orang ketua isi rumah telah menerima baucer tersebut. Di majlis ini juga bantuan kepada  individu dan NGO dalam komuniti Tmn Angsamas telah disalurkan. Pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di penilaian UPSR (4A-5A) dan PMR (7A-8A) bagi tahun 2011 turut diraikan dengan menerima hadiah wang tunai sebagai dorongan untuk terus mencipta kecemerlangan di dalam penilaian yang bakal dihadapi.

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di dalam ucapan beliau telah menyampaikan maklumat pencapaian dan perancangan Kerajaan Negeri bagi seluruh rakyat negeri. Beliau juga menekan elemen perpaduan mesti dianjurkan dan disuburi oleh setiap lapisan masyarakat supaya kemakmuran dan keharmonian terus dinikmati bersama.

AJK IT/Media,Publisiti dan Back Drop
Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Majlis Penyampaian BR1M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan