Khamis, 31 Mac 2011

CERITA MALAM JUMAAT LAGIII.......(YANG LAYAK SAJA)

Setelah sekian lama tidak menziarah cucunya, seorang nenek telah pergi ke KL untuk menziarah cucunya yang dirindui itu. Sampai sahaja di rumah cucunya, betapa terkejutnya dia kerana terlihat cucu perempuannya berpakaian fesyen baru sambil membuka pintu rumah. Neneknya pun bertanya, “Kenapa kau berpakaian begini cu?” “Ooo nenek, saya sedang menunggu suami saya dengan baju cinta ni” jawab cucunya.

“Baju cinta? biar betul cu ni?” kata neneknya lagi. “Betul nek, suami saya suka saya pakai baju cinta ni” jawab cucunya. “Nenek masuk dulu dalam bilik eaa, nanti malu pulak suami saya tengok nenek ada kat sini. Suami saya mungkin malu bila saya pakai baju cinta ni dan nenek ada juga.” “Ok lah cu, nenek masuk bilik dulu” kata neneknya.

Pada keesokan harinya, neneknya pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah puas berjumpa dengan cucunya. Dipendekkan cerita, dalam perjalanan pulang, si nenek teringat akan baju cinta cucunya. Lantas, si nenek pun berfikir untuk membuat perkara yang sama pada suaminya.

Sampai sahaja di rumah, si nenek pun dengan pantas membuka baju tanpa meninggalkan seurat benang pun di badannya dan menyolek mukanya sambil menunggu si atok pulang. Beberapa minit kemudian, si atok pun pulang dan terkejut besar sambil berkata, “Oii!! apa awak ni? terbogel macam ni, dah buang tabiat nak mampus ke? “Eh abang ni, tak romantik langsung la.. ni kan baju cinta kita” Si nenek jawab sambil tersenyum menggoda.“Baju Cinta!!? ooo.. gitu.. kalau ye pun gosok la dulu baju tu, nampak sangat kedutnya” kata atuk sambil berlalu..

Selasa, 29 Mac 2011

SUKA MENARI POCO-POCO

Baca dulu surat nie dulu.....

Sebelum ini dah dimaklumkan disuratkhabar dll, sebagai ulang ingat je kat blog ni. Belum difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Di Perak telah mengharamkannya. Kalau mati kita nak masuk syurga atau neraka?

Ahad, 27 Mac 2011

KAMI BUKAN AHLI RONDA SRS "MAIN SILAP MATA"

Saya ingin mencoretkan secara ringkas dan santai tentang pelaksanaan rondaan Sektor 1 SRS Tmn Angsamas setelah sekian lama tiada aktiviti selain meronda. Nak buat jamuan atau majlis keraian sebagai dorongan kepada Ahli Ronda yang telah berkorban masa  dan setia perlukan bajet. Nanti kalau cukup bajet atau collection kami mencukupi akan adalah aktiviti yang lain. Di kawasan KRT lain mungkin penuh "warna-warni"  Alhamdulillah....lah jika begitu. Seronok bercampur cemburu juga saya dengan KRT di tempat lain yang penuh ceria dan pelbagai aktiviti anjuran KRT mereka seperti yang disiarkan dlm laman web atau blog. Apa nak buat kami bergerak atas tiket Sektor SRS jee...., walaupun SRS adalah tulang belakang aktiviti KRT. Cuma satu yang kami dapat bangga iaitu kerjasama yang jitu daripada 38 Ahli Ronda dan kami  berfungsi tak seperti main silap mata. Apakah yang ditafsirkan dengan "silap mata" jawapannya saya pinjam kata-kata ini "lu pikirlah sendiri". Kami melaksanakan  tugas sukarela ini mengikut pengurusan  dan lunas-lunas kepimpinan sebuah organisasi. Lihatlah gambar di bawah sebagai bukti awal(akan di update lagi):->


       Kump H diketuai oleh En Md Pauzi                               Kump I diketuai oleh En Ismail      
Saya akan bersama lagi 7 kumpulan untuk muat turun gambar mereka. Nampaknya saya kene bersengkang mata minggu nie...demi tanggungjawab dan impian, saya rela berkorban.....

Khamis, 24 Mac 2011

AMALAN YANG LAZIM BELUM TENTU BETUL

http://images03.olx.com.my/ui/11/03/62/1313113888_25170162_12-PROMOSI-PAKEJ-MAJLIS-PERKAHWINAN-.jpg

Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Jangan lupa derma ketika ziarah mayat
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

CERITA MLM JUMAAT (BAGI YANG LAYAK)

Disingkatkan cerita.. pada malam pertama perkahwinan itu sebelum tidur sang suami membelai rambut isterinya dengan penuh kasih sayang sambil memberi nasihat, salah satunya tentang sikap seorang isteri yang baik menurut ajaran agama. “Sayang… hubungan suami isteri itu termasuk ibadah kalau didasari dengan niat yang baik dan dilakukan dengan penuh keikhlasan “ kata sang suami. 

Dipanggil dengan sebutan sayang tentu sang isteri yang belum genap 24 jam ini merasa berbunga-bunga dan semakin bangga pada suaminya. Dalam hatinya dia berjanji untuk menjadi seorang isteri yang baik dan melayani suaminya dengan sepenuh hati dan keikhlasan. "Kalau seorang isteri mengajak suaminya untuk berhubung badan  itu pahalanya sangat besar sekali, sama  ganjarannya dengan berperang dan membunuh 40 orang kafir “. Kata sang suami meneruskan kata-katanya.

“Oh gitu ya bang.. tapi… kalau isteri yang mengajakkan malu…-malu" kata sang isteri. “Itulah masalahnya, kadang-kadang sebagai manusia, kita lebih mementingkan rasa malu dari pada pahala… dan itulah usaha syaitan untuk mempengaruhinya, padahal itu salah satu sumber pahala bagi kaum wanita “ jawab suami.

“Oh.. semoga tuhan mengampuniku .. kalau begitu … ayuh suamiku kita berperang dan membunuh 40 kafir“ kata sang isteri malu-malu. Lalu sang suami menjawab dengan penuh gairah “dengan senang hati isteriku". Malam kedua & ketiga sudah tak merasa malu dan kaku lagi setiap jelang tidur sang isteri selalu bilang: “Bang ayuh kita bunuh 40 orang kafir lagi" dan  selalu dijawab  “dengan senang hati isteriku“ .

Pada malam ke empat seperti biasa sang isteri telah menyemburkan wangian dikamar tidurnya dan bersiap-siap untuk mencari pahala seperti malam-malam sebelumnya, dengan penuh gairah dia juga berkata “ Pak ayo kita bunuh 40 kafir lagi “.

“Aduh isteriku… sayangku… orang kafir cuma ada 120 orang dan telah habis kita bunuh pada 3 malam yang lalu… nanti saja malam besok atau lusa.. semoga ada org kafir hidup lagi ya.. “ jawab sang suami.

“Ooh.. sayang sekali ya .. kalau ada seribu org kafir...kan tiap malam boleh dapat pahala “ jawab sang isteri. Lalu merekapun tertidur lelap sekali setelah sebelumnya sang isteri berdoa agar nanti ada orang kafir yang akan dibunuh lagi. Sekian untuk tatapan jenaka anda namun tetap ada moral story.

Isnin, 21 Mac 2011

KIAMAT ITU PASTI DAN IANYA SEMAKIN HAMPIR

Percaya adanya Hari Kiamat adalah salah satu rukun iman ke-5. Sesungguhnya wajib org islam mempercayainya. Secara logik akal pun umumnya mengetahui setiap yang bermula akan berakhir. Kajian pakar sains telah menjumpai bukti-bukti yang jelas. Namun video ini sekadar informasi bahawa Hari Kiamat semakin hampir ditambah bukti yang jelas berdasarkan situasi yang ada seperti maksiat semakin berleluasa, fitnah menjadi pekara biasa, hiburan menjadi keperluan utama dan banyak lagi kalau saya nak beri, ataupun memang tuan-tuan telah sedia maklum. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui bila Hari Kiamat ini berlaku.

Perbaiki dan tingkatkan ketaqwaan kita kpd Allah SWT. Mari kita insaf  kerana terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Amal makruf nahi munkar. Semoga kita menjadi hambaNYA yang diampunkan.

Ahad, 20 Mac 2011

MAUT AKIBAT TIANG ELEKTRIK

20 Mac -- Seorang kanak-kanak maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan, ketika dia sedang bermain di padang berhampiran rumahnya di Taman Batu 3, Shah Alam, petang semalam. Naqiuddin dilihat sudah tertiarap dengan sebelah kakinya melekat pada salah satu tiang lampu di padang itu.
"Kulitnya yang cerah juga sudah kelihatan gelap, saya cuba tolak kakinya dengan menggunakan kayu dan mengerak-gerakkan tubuhnya namun tiada tindak balas," katanya. Marzuki berkata beliau kemudian membawa anaknya ke Hospital Pakar KPJ, Shah Alam untuk mendapatkan bantuan kecemasan, dan menurutnya semasa di hospital itu doktor cuba memberikan 'CPR' namun anaknya tidak dapat diselamatkan.

"Sebelum ini ada beberapa jiran beritahu terasa seperti ada tenaga elektrik semasa tiang itu disentuh, namun mereka tidak buat sebarang aduan," katanya.(Berita dari Bernama)

P/S- Ibubapa kena awasi dan mengingatkan anak-anak. Di Taman Angsamas pun ada satu tiang elektrik yang begini. Saya x pasti diperbaiki atau belum. Lokasinya di jln utama hadapan kedai.

INTERNET MENJANA DUIT

Cara baru untuk mendapat duit dari sumber internet (Klik Di sini Baru Tau

Umumnya kita dihebohkan tentang sumber internet mampu memberikan  duit sampingan sambil kita menjelajah dunia maya. Berdasarkan maklumat yang saya jejaki dan hasil sedikit kajian, ianya memang benar, namun ianya tidak datang bergolek begitu sahaja kerana ianya memerlukan kesabaran + pengetahuan + teknik. Pelbagai sumber (host) menjana duit ini, contohnya: Facebook, Blog dan URL tertentu. Pada asasnya kewangan ini diberikan oleh firma kepada individu kerana menyalurkan dan menyebarkan pengiklanan produk mereka. Keberhasilan sikit atau banyak seseorang individu itu menjana kewangan berdasarkan jumlah click atau peningkatan trafik pada blog. Nuffnang, Advertlets, Heartbeat adalah contoh yang terbaik yang telah menyediakan ruang pengiklanan. Kalau ada minat dan usaha pasti anda berjaya. Bayangkan kalau blog trafik kita sehari ribuan pengunjung, 

Contoh: 1000 org pengunjung x RM.20 = RM200 sehari WOW.

PS: Selamat Mencuba

Jumaat, 18 Mac 2011

KEJIRANAN

"Konsep kejiranan yang baik dapat mewujudkan rasa kasih, sayang menyayangi, bantu membantu, Hingga timbul suatu kekuatan dikalangan penduduk untuk tolong menolong, ingat mengingati, tegur menegur, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya begitu lemah jika tanpa jiran... Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian bijak.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran Sepakat Membawa Berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah utama yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa ´tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu denganbapa, malah anak-anak juga. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan RukunTetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-
menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu ´bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masingµ. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa ´bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Khamis, 17 Mac 2011

JANGAN TERTIPU ATAU DITIPU

 * PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING 

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? 

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna. 

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. 

Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.
1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).
2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.
3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).
4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.
5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;
Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00
6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.
7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:
Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)
Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)
MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)
8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?
Siapa Tipu Siapa
Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.
Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.
Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.
Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.
Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
Dipetik dari Zaharudin,net Facebook
SEBAGAI PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA
Petikan dari: http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/03/sim-info-penipuan-bio-aura-hai-o.html
Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua.

Rabu, 16 Mac 2011

KESIHATAN DIRI

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak  menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulanuntuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.
 

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.
  sumber:http://www.kesihatan.biz

Selasa, 8 Mac 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2011

Khas Untuk Kau Yg Bernama Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia 

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa 
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana


Petikan sajak drpd: Teratak Ilmu

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TMN ANGSAMAS ANJURAN MASJID AL HIDAYAH

Majlis Sambutan Keputeraan Nabi Muhammad SAW telah diadakan pada 6 Mac 2011 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1432H. Majlis yang mendapat sambutan yang menggalakan daripada muslimin dan muslimat Tmn Angsamas telah diserikan dengan acara perarakan dan dibajai dengan majlis ilmu yang telah di sampaikan oleh YBhg Hj. Nor Azamir bin Hj. Alias Timbalan Mufti Negeri Sembilan. Sekalung penghargaan kepada seluruh masyarakat islam Tmn Angsamas dan tahniah kepada barisan AJK Masjid Al Hidayah di atas penganjuran majlis yang mulia ini.