Sabtu, 27 Ogos 2011

PENGHARAMAN JELLY BALL, CRYSTAL JELLY

Salam Sejahtera... Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQPL5zk2Yha7Y-3-FFZV-anG8Jxi_xjSjvMhIkIe_8fGAKpFt-7Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.

Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.
"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.

Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini. Dipetik dari Berita Harian.

Jumaat, 19 Ogos 2011

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSI9dflhLpgyZo4AEUzmdLlEhSOBTXD7WNdm8jyH_GKm2-uhTGQ

Salam Sejahtera dan Ramadhan Ya Karim... Ketibaan 1 Syawal telah menjelang tiba dan seperti amalan biasa sudah pasti anda sedang membuat perkiraan dan perancangan untuk pulang ke kampung halaman. Namun jangan dilupakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum kita bergerak pulang ke kampung masing-masing. Jadi sebagai peringatan eloklah dibaca dan dipratikkan tips dibawah demi kebaikan anda sendiri. Nanti keseronokan berhari raya di kampung terganggu bila kembali semula di kediaman banyak pula musibah yang menimpa.


1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
  • Nama dan alamat
  • Nombor telefon yang mudah dihubungi
  • Tarikh berlepas dan balik
  • Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

Kawasan SRS Sektor 1 Taman Angsamas tetap akan melakukan rondaan bergantung kepada Ahli SRS yang menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011 di sini sahaja. Insyallah kita akan pastikan persekitaran jiran tertangga kita dalam keadaan baik.

Selasa, 16 Ogos 2011

KITA................. MINUM KOPI DULU

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/A_small_cup_of_coffee.JPG/250px-A_small_cup_of_coffee.JPG
Salam Sejahtera... Sebelum ini kita didedahkan kopi mengandungi DNA Binatang Babi, sekarang ini elemen racun pula ditemui dalam kopi. Betul ke kopi yang ada di pasaran mengandungi racun?. Kalau betul, saya salah seorang yang dah banyak diracun. Sebabnya saya seorang pengemar kopi. Bagaimana dengan anda pula, banyak ke dah minum racun?. Jangan bimbang kopi yang tertera di bawah saja yang telah diuji dan dikenal pasti mengandungi racun. Cerita penemuan racun dalam kopi ini telah dilaporkan kepada umum oleh Berita Harian.

Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan:

  1. Cafe Abang Yes,
  2. Candi Gold,
  3. Candy 193,
  4. Extend Up Energy Drink,
  5. Extremen,
  6. Extrewomen,
  7. Goji Guarana,
  8. Goji Guarana Extra,
  9. Goji More,
  10. Goji Yumberry,
  11. Guara Cafe,
  12. HBW Ice Lemon Tea,
  13. Hotton Vitality Candy,
  14. Ie2 O,
  15. King Cappucino,
  16. Knight Cofee.
  17. Kolek Cafe Power Plus,
  18. Kopi Angguk,
  19. Kopi Asmara,
  20. Kopi Bagus AAA,
  21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  22. Kopi Pahlawan,
  23. Kopi Super Angguk,
  24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  25. Maca Max,
  26. Macagin Ginseng Candy,
  27. Mentalk Candy,
  28. Nexus MXP,
  29. Night Cafe,
  30. Red Energizer Candy For Men,
  31. Royal Beverage Maqrifatun,
  32. sasanergy Drink,
  33. Trica Jus,
  34. Tri-Max,
  35. True SR,
  36. vigor Candy,
  37. Vitca-F,
  38. Vitca-M,
  39. Winnie Beauty V1,
  40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
Sebab banyak sangat nak bagi "power" punya pasal. Inilah puncanya pengeluar kopi mengekplotasikan minuman semenjak zaman kuno lagi bagi memikat pelanggan dengan tarikan super powerlah, abang kuatlah, lelaki gagah perkasalah dan macam-macam tag line lagi. Syarikat Pengeluar Kopi dah dapat untung, kita pula tak tahu bila akan merana kerana kesan racun tersebut. Alahai....wasalam

Ahad, 14 Ogos 2011

BESARNYA

Salam Sejahtera...Saya nak kongsikan gambar-gambar dari sumber internet kepada semua. Mungkin kita suka akan benda yang lain dari yang lain. Maksudnya mungkin saiz. Selamat menjamu mata dengan gambar yang dimuat turunkan ke dalam blog ini.
https://lh6.googleusercontent.com/-tQ220lv0ojc/TkagjNvf1zI/AAAAAAAABn4/EIWoGPqdT3c/s512/Gambar%2525201.jpg

Ada lagi....

https://lh6.googleusercontent.com/-fnBi_-mXM5k/TkajEimlqoI/AAAAAAAABoI/6gSpwLKNV9M/s512/Gambar%2525202.jpg

Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Pencipta. Wassalam.

Jumaat, 12 Ogos 2011

TERIMA KASIH KERANA MEMERIAHKAN BLOG PICISAN INI

https://lh4.googleusercontent.com/-Jqgb7TUARuU/TkQE5JR_3gI/AAAAAAAABnY/xwsBUdoQdlk/s576/Capaian%25252010%252520Ribu.jpg
Salam Sejahtera & Ramadhan Ya Karem... Bagaimana dengan aktiviti di bulan Ramadhan dan persiapan menyambut raya? Dah lama tak buat apa-apa artikel dalam blog, jadi posting hari ini, khas untuk saya rakamkan ucapan terima kasih kepada saudara dan saudari yang mengunjungi blog picisan ini. Setelah hampir 10 bulan saya merangkak, mengensot dan bertatih dalam dunia blogger, saya berasa puas dan banyak faedah yang saya perolehi dalam mendekatkan ilmu IT ini. Kewujudan blog yang hanya sekadar membuat sedikit publisiti kepada umum tentang Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Taman Angsamas. Selain itu mewujudkan blog yang bernama angsamassrs2.bogspot.com juga bertujuan sebagai perkongsian cerita dan  pengalaman dalam berbakti untuk faedah diri sendiri, dan masyarakat setempat.

Akhir kata semoga blog ini terus menjadi persinggahan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Insyallah, saya akan cuba korbankan sedikit masa untuk sentiasa mengemas kini blog ini dari masa ke semasa. (Takut juga status blog jadi macam di bawah ini).

https://lh5.googleusercontent.com/-tPgJCs7_vqU/TkQGraMP1MI/AAAAAAAABno/ZKwTaNDnUwg/s720/Blog%252520PPD%252520Seremban.jpg