Sabtu, 2 Februari 2013

MESYUARAT TAHUNAN 2013 SKIM RONDAAN SUKARELA SEKTOR 1

Lagi Mahu Foto Daripada Pakcik Mail Klik Sini
Alhamdulillah mesyuarat tahunan SRS Sektor 1 telah diadakan pada 1 Feb 13 bertempat di Pusat Kawalan Sektor. Mesyuarat kali ini memperlihatkan kesungguhan dan keutuhan Ahli Ronda SRS Sektor dalam melaksanakan kawalan keselamatan dan kesatupaduan warga kejiranan.

Tn Hj. Abd Hamid bin Mohd Yunus Pengerusi KRT Tmn Angsamas dan 26 Ahli Ronda SRS Sektor 1 telah menghadirkan diri. Turut serta 2 warga kejiranan iaitu En. Razak dan En. Pan Ah Sang buat kali pertama dalam mesyuarat yang dianjurkan setelah SRS Sektor 1 melangkah ke 5 tahun beroperasi.