Sabtu, 15 Disember 2012

JAMUAN MINUM PETANG PERPADUAN


Pada 10 Dis 2012 yang lalu saya bersama 3 Ahli SRS Sektor 1 Tmn Angsamas telah dijemput hadir di Majlis Jamuan Minum Petang Bersama YAB Menteri Negeri Sembilan. Majlis telah dianjurkan oleh JPNIN NS, bertempat di Alson Klana. Seramai 1110 org Ahli SRS telah menghadirkan diri walaupun penganjuran dibuat pada hari bekerja. 

Sebaik sampai di Alson saya bersama Ahli yang lain terus mendaftarkan diri. Seorang penjawat awam (dari Pejabat Perpaduan Daerah Seremban)yang ditugaskan sebagai pendaftar kehadiran jemputan memaklumkan kepada saya, bahawa kehadiran dari Tmnn Angsamas telah didaftarkan. Saya cuma menjawab okey dan terima kasih (dalam hati datang tak datang sama sahaja & banyak persoalan dlm benak kepala saya). Saya terus memasuki dewan untuk mengikuti aturcara, kebetulan ketika itu taklimat keselamatan sedang dilaksanakan oleh penceramah dari PDRM.  

Di akhir sesi taklimat, penceramah telah memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan soalan atau keperluan yang lebih terperinci berkaitan tajuk ceramah. Sebenarnya ada 2 perkara yang ingin saya ajukan namun apakan daya perkara yang ingin di utarakan tidak kesampaian oleh kerana saya tercari-cari di mana letaknya mic stand atau tempat yang disediakan untuk sesi soal jawab. Rupanya tidak ada synchronise penceramah dengan skop taklimat beliau.

Seterusnya aturcara rasmi bermula dan dirasmikan oleh YB Dato' Muhamad Razi bin Hj Kail Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan mewakili YAB MBNS.

Ahad, 18 November 2012

MENGENALI PASTI BARANGAN DIPERBUAT DARI KULIT BABI

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.

Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
 
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya

Selasa, 13 November 2012

MUSIM DURIAN DATANG LAGI KERANA KHASIATNYA?


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ8W7aR3RG86nrxnnGa99v7LkBjiVMb1LJZdJ9S-fhmLN2Q4p78Ww

Bertentangan dengan kepercayaan popular, tahap kolesterol anda tidak akan mengalami kenaikan yang besar  selepas makan durian. Malah, raja buah ini sebenarnya mempunyai lemak monotaktepu yang baik yang mana boleh menurunkan paras kolesterol anda yang berbahaya dan menyederhanakan tekanan darah tinggi.

Bila tiba musimnya pasti gerai-gerai di tepi jalan bagaikan berpesta menjual Raja Buah ini. Namun durian tidak akan memberi manfaat kepada garis pinggang anda. Sebiji buah durian mempunyai kadar 885 kalori hingga 1,500 kalori bergantung pada saiz.

"Durian boleh menjadi sumber nutrien yang sangat baik, tetapi juga tinggi kalori dan karbohidrat, justeru itu mesti dimakan secara sederhana," kata Magdalin Cheong, Ketua pakar pemakanan, Dietetik & Perkhidmatan Makanan di Hospital Besar Changi.

Fakta tentang durian.

1.   Durian boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
Dengan purata 1 kg bersaiz durian mempunyai hampir kepada 1,350 kalori, makan 1 durian boleh rak sehingga sebanyak 68 peratus peratus daripada 2,000 kalori harian yang disyorkan untuk orang dewasa purata! Satu biji durian (kira-kira 40 g) mempunyai 54 kalori. 

2.   Durian kaya dengan nutrien.
Durian kaya dengan khasiat semulajadi seperti serat kalium, zat besi, vitamin C, dan vitamin B kompleks. Raja buah itu sangat baik untuk meningkatkan kekuatan otot dan tekanan darah, pergerakan usus dan kesihatan kulit. Ia juga menyokong sistem saraf dan imun, dan meningkatkan pembentukan sel darah merah.

Komposisi nutrien pemakanan berdasarkan sebiji durian  bersaiz kecil (650g).

Kalori 885
Jumlah 34.5g lemak (lemak monotaktepu) bendera Merah: Itu hampir 50% daripada keperluan pemakanan harian.
Tepu TIADA lemak
TIADA Kolesterol
13mg natrium Natrium Rendah
Jumlah karbohidrat 176 g Red flag: Itu hampir 50% daripada keperluan pemakanan harian.
24.7g serat pemakanan yang baik. Itulah 92% daripada keperluan pemakanan harian.
Protein 9.5g
Peratus keperluan pemakanan harian
Vitamin C 198%
Kalium 56%
Besi 14%
Vitamin A 5%
Kalsium 4%

3. Orang yang mempunyai diabetes harus menghadkan pengambilan durian .
Jika anda mempunyai diabetes dan mesti mengira karbohidrat anda, anda tidak boleh pesta durian kerana kandungan gulanya yang tinggi. Durian mengandungi gula ringkas - sukrosa, glukosa fructoseand.

4. Durian mempunyai tenaga segera.
Kerana kandungan karbohidrat yang tinggi mereka, durian boleh membantu menambah tahap tenaga yang rendah dengan cepat (dalam individu yang sihat). Kandungan kalium tinggi buah juga boleh membantu mengurangkan keletihan dan melegakan tekanan mental dan kebimbangan.

Mitos tentang durian

1. Durian sarat dengan kolesterol
Tidak benar. Durian mempunyai sifar kolesterol dan tiada lemak tepu. Kolesterol didapati dalam makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging merah, makanan laut dan produk tenusu. Durian mempunyai jantung yang sihat lemak monotaktepu yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol LDL buruk anda.

2. Manggis mesti dimakan dengan durian untuk mengurangkan kepanasan.
Menurut kepada kebijaksanaan orang-orang cina konvensional, manggis adalah buah penyejuk. Memakan manggis akan mengurangkan kepanasan selepas memakan buah durian. Walau bagaimanapun, tidak ada penyelidikan saintifik untuk menyokong mitos ini. Tabiat makan durian dan manggis bersama-sama mungkin berpunca daripada hakikat bahawa kedua-dua buah-buahan yang dituai pada musim yang sama.

3. Makan durian dan minum bir (haram bagi orang islam) pada masa yang sama boleh membunuh anda.
Tiada bukti saintifik untuk menunjukkan bahawa ini adalah gabungan maut. Ia adalah lebih cenderung untuk menyebabkan kembung, senak dan ketidakselesaan kerana hati anda telah bekerja keras untuk metabolise kedua-dua lemak dan gula dalam durian dan alkohol, terutamanya jika anda telah digunakan kedua-duanya dalam jumlah yang berlebihan.

4. Makan durian boleh meningkatkan libibo anda.
Berdasarkan kajian kes di Singapura, hampir 1 dalam 10 warga Singapura mengalami sindrom usus terganggu selepas memakan Raja Buah ini. Ini kerana, kepanasan selepas makan durian boleh menyebabkan suhu badan anda meningkat. Walaupun mitos ini, dikaitkan dengan buah durian, namun ia masih kekal sebagai buah-buahan yang sangat berharga.

"Durian adalah buah yang sangat berkhasiat, apabila dimakan secara sederhana, menjadikan tubuh badan mempunyai mineral, vitamin, dan banyak lemak yang baik. Makan 2-3 biji durian pada satu masa adalah mencukupi, tetapi kerana durian boleh menjadi begitu ketagihan, orang cenderung untuk makan lebih daripada yang sepatutnya, " kata Cik Cheong. 

Sekian sebagai pengetahuan yang berguna untuk anda. Sumber dipetik dari HealthXchange.com.sg

Selasa, 30 Oktober 2012

BAGAIMANA MENGETAHUI KITA TELAH DISIHIRKAN


Bila bercakap tentang sihir semua pembaca akan memahami dan tahu akan maksudnya. Dalam abad ke 21 sihir masih lagi menjadi perantara untuk memusnahkan sesama manusia. 

Demi kerana dendam kesumat, iri hati atau perasaan yang negatif, sihir digunakan oleh individu yang tidak beriman dan tidak tunduk kepada kuasa Allah SWT sanggup melakukan apa sahaja. Perbuatan sihir melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.

Antara tanda terkena sihir atau buatan orang adalah seringkali ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik. Ini merupakan antara simptom terkena sihir yang biasa dan sering berlaku. Pelik yang dimaksudkan di sini adalah menyuruh melakukan sesuatu yang luar biasa, atau keluar dari norma seorang manusia. Antara contoh paling mudah ialah mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.

Halusinasi juga merupakan antara simptom yang dikaitkan dengan sihir. Ternampak sesuatu yang orang lain tak nampak, seperti wajah seseorang yang telah lama meninggal dunia, atau mungkin bayangan sesuatu peristiwa lampau. Ada juga yang memberikan tanda seperti melihat sesuatu yang di luar kebiasaan, seperti nampak yang kurus itu gemuk, yang cantik itu buruk, yang gelap itu terang dan seumpamanya.

Salah satu bukti sihir telah lama wujud telah dinyatakan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menerangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w pernah disihir; yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (HR: Bukhari dan Muslim)

Akhir kata sihir perosak iman dan syariat seseorang yang mengaku beragama islam.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PENTINGNYA MENGURUS RUKUN TERTANGGA DENGAN GARIS PANDUAN YANG MUTLAK



Salam Sejahtera... Rukun Tertangga adalah sebuah organasasi yang dikelola urus oleh sebilangan individu atau bahasa yg tepat adalah Ahli Jawatan Kuasa. Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut: 

a) Untuk menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat. 

b) Untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam Kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan menyiasat itu kepada Pengarah. 

c) Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana. 

d) Untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamai atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan 

e) Untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa.

Individu  yang memegang Jawatankuasa Rukun Tetangga mesti mengetahui dan memahami  bagaimana untuk menguruskan organsasi dengan berkesan dengan berpandukan Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh JPNIN. Memahami dan mengguna pakai garis panduan yang dikeluarkan akan membolehkan RT benar-benar mampu melaksanakan fungsi dan tugas RT.

Sekiranya tidak difahami dan dipratikan, Organisasi RT itu sudah pasti gagal menjalankan tugas dan barisan kepimpinannya tidak mempunyai hala tuju. Umpama peribahasa melayu mengatakan "sesat dijalan yang terang" atau suka-suka mengikut acuan sendiri yang mungkin banyak menimbulkan keraguan. Justeru itu sekiranya anda seorang AJK RT, baca dan fahami dengan mendalam supaya masyarakat tidak "pok-pek, pok-pek" kepada anda.

Jangan bermegah dengan jawatan yang disandang dalam RT andainya anda tiada menyumbang mental dan fizikal kepada Organisasi RT bagi mencapai tugasan yang telah diamanahkan.

Garis Panduan RT dan Skim Rondaan Sukarela 2012 telah dikeluarkan dan boleh dimuat turun, jadi tidak ada alasan saya tak tahu atau tidak diberikan.

Jumaat, 27 Julai 2012

MURAHKAN SENYUMAN PASTI UNTUNG BESAR


Salam Sejahtera... Pengunjung blog yang dihargai,
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah menyatakan dan turut dipanjangkan dalam hadis-hadis sahih  "Senyum itu umpama sedekah".

Adakah anda tahu bahawa majoriti kanak-kanak ketawa sehingga 400 kali sehari berbanding dengan orang dewasa yang hanya ketawa 15-20 kali sehari. Samada anda tersenyum simpul, ketawa atau tergelak-gelak, Adakah anda tahu ada sedozen manfaat yang baik:
  1. Meningkatkan antibodi dalam air liur yang melawan jangkitan pernafasan.
  2. Merembeskan enzim yang melindungi perut daripada pembentukan ulser.
  3. mengerakkan otot abdomen.
  4. Melegakan otot seluruh badan.
  5. Membantu mengurangkan gejala sakit saraf dan sakit sendi.
  6. Perubahan perspektif.
  7. Mempunyai manfaat yang positif kepada fungsi mental.
  8. Mengurangkan tekanan darah dan kadar jantung.
  9. Membantu badan melawan jangkitan.
  10. Membebaskan endorfin yang memberikan kelegaan kesakitan semula jadi.
  11. Membantu langkah nutrien dan oksigen kepada tisu badan.
  12. Menjadikan anda rasa baik!
10 Perkara Utama yang dinyatakan dari kajian Dr Wilson & Mark Stibich, Ph.D.

1. Tersenyum Menjadikan kami menarik
Kami telah mengumpulkan orang dengan membuat aksi seperti seperti mengerut dahi, mimik muka dan tersenyum. Terdapat satu faktor tarikan kepada kami iaitu orang yang tersenyum dan tidak tertarik kepada yang tidak tersenyum.. 

2. Tersenyum Mengubah Mood kami.
Cubalah anda membuat senyuman. kemungkinan ada peluang yang bai,k mood anda akan berubah menjadi lebih baik. Tersenyum boleh menipu badan ke dalam dan membantu anda mengubah mood anda.

3. Tersenyum Boleh Memanipulas/Pemboleh Ubah.
Apabila seseorang tersenyum, mereka mampu menukarkan suasana kumpulan, mengubah mood orang lain dan membuat perkara yang lebih bahagia. Seseorang tersenyum membawa kebahagiaan dengan mereka. Sekiranya anda tersenyum banyak dan anda akan menarik lebih ramai orang kepada anda.

4. Tersenyum Melegakan Tekanan
Tekanan benar-benar dapat menunjukkan ke muka kami. Tersenyum membantu untuk menghalang kita dari melihat letih, dipakai dan kagum. Apabila anda tertekan, mengambil masa untuk memakai senyuman. Tekanan harus dikurangkan dan anda akan menjadi lebih berupaya untuk mengambil tindakan.

5. Tersenyum Meningkatkan Sistem Imunisasi Anda
Tersenyum membantu sistem imun bekerja lebih baik. Apabila anda senyum, fungsi imun meningkatkan mungkin kerana anda lebih tenang. Mencegah selesema dan selesema dengan tersenyum.

Sabtu, 21 Julai 2012

PROGRAM MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK 2012

Salam Sejahtera... Pada 19 Jul 2012, Skim Rondaan Sukarela Sektor Satu telah menganjurkan program membakar lemang dan rendang ayam sempena ketibaan bulan Ramadhan atau dalam bahasa negeri sinonimnya dipanggil "mantai". Acara "mantai" telah dimulakan pada pukul 9.00 malam, bertempat di Pusat Kawalan Rondaan SRS Sektor 1. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai tidak menghalang kami membakar lemang yang berjumlah 120 batang. Program yang dianjurkan bukan sekadar memeriahkan ketibaan bulan Ramadhan malah ianya dilihat boleh meningkatkan siratulrahim, semangat muhibbah dan kemesraan serta menyemarakan nilai-nilai murni dikalangan ahli keluarga SRS dan kejiranan. "KAMI BUAT, KAMI DAPAT & KAMI RAPAT, KAMI KUAT"

Ahad, 8 Julai 2012

PERJUMPAAN BULANAN AHLI SRS

Salam Sejahtera... Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas telah menjayakan perjumpaan bulanan  yang bertujuan untuk mengemaskini maklumat, menerima maklum balas ahli dan memperkukuhkan kerjasama. Umpama "pokok buah yang ditanam tanpa dibaja dan disiram manakan hendak berbuah lebat" justeru itu perlunya aktiviti ini dilaksanakan sekerap yang boleh. Pada perjumpaan pada kali ini wakil Pengerusi KRT, Encik Azman dan Encik Yunus turut hadir dan dijemput untuk menyampaikan beberapa pekara berkaitan aktiviti semasa. Saya bagi pihak SRS Sektor 1 merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran mereka berdua.

Hasil perjumpaan pada malam ini telah merumuskan penekanan dalam melakukan rondaan bagi mencapai keberkesanan yang tinggi dalam membendung gejala sosial dan keselamatan harta benda serta membantu menguatkuasakan undang-undang. "Kita Buat, Kita Dapat, Kita Rapat, Kita Kuat".

Ahad, 1 Julai 2012

UBAT BUATAN SENDIRI (DIY) UNTUK MEREKA YANG BERMASALAH JANTUNG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgObjAKeZYTqEvVIbUmdbnvrrzdgOqu7bFaAAYL6v-HoBLjRkw3ok9uGoFQInx6L7h7aql44Uqhk5wnkzS8FOfnEGGM2s0aQbjO7dNqCmuGTH_Rfwpzp3_yRKgf4RjonUg0Pus2BSmzGLP5/s1600/image002.jpgSalam Sejahtera... Anda atau kawan atau saudara atau jiran ada masalah jantung? selain daripada pergi jumpa doktor pakar anda juga boleh cuba ramuan jus di bawah. Kawan aku dah cuba dan dia kata ada perkembangan yang baik. Kalau anda juga mahu cuba berikut petuanya:

Bahan:
  1. Satu cawan jus lemon
  2. Satu cawan jus halia
  3. Satu cawan jus bawang putih
  4. Satu cawan cuka sari epal
  5. Tiga cawan madu
Ramuannya:
  1. Campur kesemua jus lemon, halia, bawang putih dan cuka. Masak perlahan-lahan sehingga kandungan campuran jus tersebut tinggal 3/4.
  2. Selepas itu biarkan jus yang telah dimasak sejuk.
  3. Setelah sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu.
  4. Simpan dalam bekas yang bersih.
Amalan:
  1. Ambil sebanyak 3 sudu teh setiap pagi sebelum bersarapan.
  2. Amalkan setiap hari, Insyallah anda akan sihat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_bhpex3ODzlTNOJh_hLXYnH17QO8_VeMBetfgAFCKEOHxoANDU3RVjMBmQ52wgo4C46Tt-hcrWZII9-qfSb0P4ZpyTJoUZxePleIPChzAtHY_GaIkycQhbi0uqF6TIo0-G75lB9oVLbcA/s1600/image016.jpg
Hasilnya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpb4N4RbQnOFj239WfPOu2Raah7fzVOmRvkczDamZAkTIdPJsT3lMjjtXWEuW-YjNIbvjfy6CNcFgjSbdWwGS5OsTxnr07SINDn7H2LMNSqsU_dcsEEEOAGReLeeVV6R5VZZR79Drcl7qH/s320/image020.jpg
Selepas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaSRA4ryRwgNoNb9c8Ne3xhd6EW9YVFTfnOk1nu_I6AzDaivEXL54N5NujsLWPejvsg_soqxoFkZHrz8ifSDu90kp9RImrNoIUzSuEAz9wTazbBMO6p-Ixd09KLBMOGiOcyXyLL09ulgMA/s320/image018.jpg
Sebelum

Sabtu, 16 Jun 2012

DARI KAMI UNTUK TATAPAN DAN RENUNGAN ANDA

Salam Sejahtera .... Saya kira amat lama blog ini tidak dikemaskini dengan artikel yang menceritakan atau membina keperluan kehidupan bermasyarakat dimasa kini. Mungkin video montage ini dari Pen Penyelia SRS Sektor 1 Tmn Angsamas memberi inspirasi pada diri anda dan komuniti.



Rabu, 30 Mei 2012

SRS MESTI BERANI DAN KENTAL

Salam Sejahtera.......  sudah lama tidak mengemaskini blog, mungkin posting ini boleh dikongsikan untuk tatapan pengunjung.

ALOR SETAR - Cabaran sekumpulan mak nyah kepada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Tanjung Bendahara untuk menahan mereka akhirnya membawa padah apabila tujuh daripada mereka berjaya ditahan di sebuah rumah berhampiran kawasan stesen kereta api, di sini.

Pengerusi SRS berkenaan, Ramli A Rahman berkata, sebelum operasi kira-kira jam 10 malam, mereka dicabar golongan berkenaan yang datang ke pos kawalan. “Mereka kata kami tidak mampu untuk menahan mereka melainkan hanya mampu melakukan rondaan sahaja. “Jadi, pada malam itu kami sahut cabaran mereka dengan mengepong kawasan tersebut bagi mengelak mereka meloloskan diri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.52071.1338347916!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Ramli berkata, semua mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Beliau berharap Jabatan Imigresen dapat memantau kawasan tersebut kerana disyaki terdapat beberapa mak nya dari negara sempadan seperti Thailand. Menurutnya, usaha itu antara langkah membersihkan kawasan berkenaan daripada sering menjadi tumpuan kegiatan mak nyah.

“Walaupun menahan beberapa orang daripada golongan itu, namun kita masih lagi meneruskan rondaan untuk menghentikan kegiatan itu. “Selain mengadakan operasi dan rondaan banteras golongan mak nyah, kamiturut mengadakan rondaan banteras kegiatan pelacuran di Lorong Patani,” katanya. Ramli berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk polis, Jaik dan Jabatan Imigresen untuk membanteras kegiatan maksiat mahupun jenayah di kawasan tersebut.

Ahad, 13 Mei 2012

TANDA-TANDA ADANYA GANGGUAN JIN

  1. Masakan selalu dan cepat basi (rosak).
  2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai.
  3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam.
  4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.
  5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

2.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

3) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

4) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Ahad, 6 Mei 2012

INFO KESIHATAN - DIET RASULULLAH SAW

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQkdLZ_52Nw2hG9BSKcSPROv7vDdF2aXXhM2ElUxUQTzkHDgUW2qg
Salam Sejahtera... Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya. Ikut dan amalkan diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan..


Jangan Makan - Susu + Daging
Jangan Makan - Daging + Ikan
Jangan Makan - Ikan + Susu
Jangan Makan - Ayam + Susu
Jangan Makan - Ikan + Telur
Jangan Makan - Ikan + Daun Salad
Jangan Makan - Susu + Cuka
Jangan Makan - Buah + Susu (Koktel)

Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan paras kolestrol dalam badan akan berganda.

Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu.

Tidur 1 jam selepas makan tengahari.

Sumber: FB Islam Itu Indah.

Selasa, 1 Mei 2012

MESYUARAT TAHUNAN 2012


Salam Sejahtera.... Pada 30 April 2012 - Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas telah mengadakan mesyuarat tahunan bagi tahun 2012. Seramai 26/42 Ahli telah berkesempatan menghadirkan diri dalam mesyuarat yang bermula pada pukul 9:00 malam. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
  1. Kata-Kata Aluan.
  2. Pembentangan Kewangan Tabung Ahli SRS Sektor 1.
  3. Membincangkan Perkara Berbangkit.
  4. Pembubaran AJK.
  5. Pelantikan AJK Sesi 2012-2014.
  6. Menerima Usul-Usul Baru.
  7. Lain-Lain Hal.
  8. Ucapan Penangguhan.
Walaupun lokasi mesyuarat diadakan di Pusat Kawalan namun perjalanan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan baik tanpa menjadikan keselesaan sebagai halangan utama.

Kesimpulannya setelah SRS Sektor 1 Tmn Angsamas hampir melangkah tahun ke-4, kami terpaksa melalui liku-liku atau cabaran semasa tanpa bantuan dan sokongan yang baik daripada KRT Tmn Angsamas, selaku badan induk SRS. INSYALLAH dengan kerjasama padu dan kesepakatan daripada Ahli, peranan dan fungsi aktiviti sukarelawan rondaan dan aktiviti kemasyarakatan terus dijana dengan cemerlang.