Jumaat, 25 Februari 2011

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KECURIAN HARTA BENDA PERSENDIRIAN

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk.

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat no motor/kereta mereka (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilik tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau penggera automatik.

13. Lampu anjung & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa ada di rumah atau pergi bercuti.

14. Jika bercuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Jika kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Jika ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua jika berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Jika menyewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau penyewa lama menyimpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Ahad, 20 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DUN RANTAU 2011

Rantau 20 Feb 2011 bersamaan 17 Rabiul Awal 1432H telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Rantau. Seramai 132 orang Warga Tmn Angsamas yang terdiri dari berbagai lapisan umur telah menyertai perarakan tersebut seperti lazimnya pada tahun lepas. Penganjuran setiap tahun menterjemahkan semangat muhibbah dan perpaduan dikalangan umat islam seluruh DUN Rantau demi memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam. Tahniah kepada semua perserta kontijen yang mewakili Tmn Angsamas kerana telah dinobat sebagai Johan Kontijen Perarakan....pada tahun ini. Walaupun jumlah warga tmn agak kurang penyertaan pada tahun ini berbanding tahun terdahulu. Namun atas keinginan dan usaha serta kerjasama yang baik telah menjayakan misi Kontijen Angsamas. 


****Gambar Boleh Dimuat Turun Dlm FB Diana Akhbar****
Lapisan masyarakat Tmn Angsamas yang terlibat dlm perarakan.
Anak warga taman yang berumur 1 tahun adalah perserta termuda....
Perarakan bermula
Posing untuk kenangan tahun 2011


TIDUR LENA, HARTA SELAMAT & PERPADUAN MANTAP

"Hari ini kami jaga anda, esok anda jaga kami"

Rabu, 16 Februari 2011

Selasa, 15 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.