Khamis, 23 Februari 2012

KEPENTINGAN AIR DALAM AMALAN HIDUP

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRhBEJA_Fo5RKTLsCa8oN3RgDdTH4fn7pLMQQcQ7T9sp5uKSUuEOw
Salam Sejahtera... Saya telah menerima email dari sahabat saya yang suka berkongsi tentang kesihatan diri. Jadi saya muat dalam posting ini supaya semua pembaca dapat maklumat yang jarang kita ketahui demi memelihara kesihatan kita. Ingatlah kesihatan yang baik menjamin kesejahteran hidup kita di muka bumi Allah ini. 

Seorang doktor jantung telah ditanya, mengapa kita kerap kencing terlalu banyak di waktu malam.

Jawapannya "Jantung merupakan kuasa graviti yang memegang air ketika berada di bahagian bawah badan apabila kita berdiri. Bila kita berbaring dan merendahkan tubuh buah (duduk dsb) iaitu selari dengan kedudukan buah buah pinggang. Buah pingang akan lebih mudah melakukan proses pembuangan (perkumuhan).

Kita perlu air yang minimum untuk membantu mengepam toksin-toksin keluar daripada tubuh badan.

PENTING!! Minumlah air pada masa yang tepat. Ini kerana minum air di satu masa yang tertentu akan memberi kesan yang maksimum ke atas tubuh badan. Mengambil contoh, minum air sebelum tidur, ini akan membantu mencegah kekejangan kaki diwaktu malam dan kita rasa segar bugar apabila kita bangun dari tidur. Kekejangan berlaku disebabkan otot kaki mengalami penghidratan dan menyempit semasa kita tidur.

Amalan di bawah  mesti dijadikan amalan harian:

Minum 2 gelas air selepas bangun dari tidur - membantu mengaktifkan organ dalaman.
Minum 1 gelas air 30 minit sebelum satu hidangan - membantu proses penghadaman.
Minum 1 gelas air sebelum mandi - menghindari tekanan darah rendah.
Minum 1 gelas air sebelum pergi tidur - menghindari atau mengurangkan serangan jantung.

2 ulasan:

  1. 5 gelas air sehari....
    3 gelas teh tarik kedai mamak termasuk dlm statistik ke...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dikira juga...tapi buah pinggang kena berkerja keras.
      Kena kurangkan minum air berwarna dan bergula. Takut dah umur 55 takde ahli nak meronda.

      Padam