Saya mewakili Ahli Ronda mengucapkan "Happy Deepavali 2010" khas buat Ahli Ronda SRS Angsamas 2 iaitu En. Sivakumar dan Pn. Shanti. Di atas semangat perpaduan yang tinggi beliau telah mengadakan jamuan kepada Ahli Ronda yang berhampiran sempena Deepavali pada 6 Nov 2010. Terima Kasih kepada En. Kumar dan Pn. Shanti .
Sabtu, 6 November 2010
Ahad, 19 September 2010
JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN ULANG TAHUN PERTAMA
Majlis telah dijayakan pada 18 Sept 2010. Majlis yang julung kali diadakan ini telah mencapai objektif yang disasarkan. Semoga majlis ini menjadi pemangkin dan nilai tambah dalam aspek kerjasama, perpaduan, dan mufakat kalangan masyarakat setempat. Nilai-nilai murni hidup bermasyarakat dapat disemai kepada generasi anak-anak.
Terima kasih dan tahniah kepada Ahli SRS Sektor Angsamas 2 yang sentiasa membantu dan menyumbang kewangan dan tenaga sehingga majlis ini dapat direalisasikan. Terima kasih yang tak terhingga dikhususkan kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul khusus yang telah menghulurkan sumbangan. Sumbangan tersebut secara langsung telah membolehkan majlis ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti.
Adalah menjadi harapan semoga Ahli SRS terus menyemai bakti dan kerjasama yang lebih jitu demi kebaikan kita bersama. Wassalam.
AKTIVITI GOTONG ROYONG PERSIAPAN
AKTIVITI MAAF BERMAAFAN
AKTIVITI JAMUAN
AKTIVITI UCAPAN HARI RAYA 2010
Langgan:
Catatan (Atom)