Jumaat, 27 Julai 2012

MURAHKAN SENYUMAN PASTI UNTUNG BESAR


Salam Sejahtera... Pengunjung blog yang dihargai,
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah menyatakan dan turut dipanjangkan dalam hadis-hadis sahih  "Senyum itu umpama sedekah".

Adakah anda tahu bahawa majoriti kanak-kanak ketawa sehingga 400 kali sehari berbanding dengan orang dewasa yang hanya ketawa 15-20 kali sehari. Samada anda tersenyum simpul, ketawa atau tergelak-gelak, Adakah anda tahu ada sedozen manfaat yang baik:
  1. Meningkatkan antibodi dalam air liur yang melawan jangkitan pernafasan.
  2. Merembeskan enzim yang melindungi perut daripada pembentukan ulser.
  3. mengerakkan otot abdomen.
  4. Melegakan otot seluruh badan.
  5. Membantu mengurangkan gejala sakit saraf dan sakit sendi.
  6. Perubahan perspektif.
  7. Mempunyai manfaat yang positif kepada fungsi mental.
  8. Mengurangkan tekanan darah dan kadar jantung.
  9. Membantu badan melawan jangkitan.
  10. Membebaskan endorfin yang memberikan kelegaan kesakitan semula jadi.
  11. Membantu langkah nutrien dan oksigen kepada tisu badan.
  12. Menjadikan anda rasa baik!
10 Perkara Utama yang dinyatakan dari kajian Dr Wilson & Mark Stibich, Ph.D.

1. Tersenyum Menjadikan kami menarik
Kami telah mengumpulkan orang dengan membuat aksi seperti seperti mengerut dahi, mimik muka dan tersenyum. Terdapat satu faktor tarikan kepada kami iaitu orang yang tersenyum dan tidak tertarik kepada yang tidak tersenyum.. 

2. Tersenyum Mengubah Mood kami.
Cubalah anda membuat senyuman. kemungkinan ada peluang yang bai,k mood anda akan berubah menjadi lebih baik. Tersenyum boleh menipu badan ke dalam dan membantu anda mengubah mood anda.

3. Tersenyum Boleh Memanipulas/Pemboleh Ubah.
Apabila seseorang tersenyum, mereka mampu menukarkan suasana kumpulan, mengubah mood orang lain dan membuat perkara yang lebih bahagia. Seseorang tersenyum membawa kebahagiaan dengan mereka. Sekiranya anda tersenyum banyak dan anda akan menarik lebih ramai orang kepada anda.

4. Tersenyum Melegakan Tekanan
Tekanan benar-benar dapat menunjukkan ke muka kami. Tersenyum membantu untuk menghalang kita dari melihat letih, dipakai dan kagum. Apabila anda tertekan, mengambil masa untuk memakai senyuman. Tekanan harus dikurangkan dan anda akan menjadi lebih berupaya untuk mengambil tindakan.

5. Tersenyum Meningkatkan Sistem Imunisasi Anda
Tersenyum membantu sistem imun bekerja lebih baik. Apabila anda senyum, fungsi imun meningkatkan mungkin kerana anda lebih tenang. Mencegah selesema dan selesema dengan tersenyum.

Sabtu, 21 Julai 2012

PROGRAM MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK 2012

Salam Sejahtera... Pada 19 Jul 2012, Skim Rondaan Sukarela Sektor Satu telah menganjurkan program membakar lemang dan rendang ayam sempena ketibaan bulan Ramadhan atau dalam bahasa negeri sinonimnya dipanggil "mantai". Acara "mantai" telah dimulakan pada pukul 9.00 malam, bertempat di Pusat Kawalan Rondaan SRS Sektor 1. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai tidak menghalang kami membakar lemang yang berjumlah 120 batang. Program yang dianjurkan bukan sekadar memeriahkan ketibaan bulan Ramadhan malah ianya dilihat boleh meningkatkan siratulrahim, semangat muhibbah dan kemesraan serta menyemarakan nilai-nilai murni dikalangan ahli keluarga SRS dan kejiranan. "KAMI BUAT, KAMI DAPAT & KAMI RAPAT, KAMI KUAT"

Ahad, 8 Julai 2012

PERJUMPAAN BULANAN AHLI SRS

Salam Sejahtera... Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas telah menjayakan perjumpaan bulanan  yang bertujuan untuk mengemaskini maklumat, menerima maklum balas ahli dan memperkukuhkan kerjasama. Umpama "pokok buah yang ditanam tanpa dibaja dan disiram manakan hendak berbuah lebat" justeru itu perlunya aktiviti ini dilaksanakan sekerap yang boleh. Pada perjumpaan pada kali ini wakil Pengerusi KRT, Encik Azman dan Encik Yunus turut hadir dan dijemput untuk menyampaikan beberapa pekara berkaitan aktiviti semasa. Saya bagi pihak SRS Sektor 1 merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran mereka berdua.

Hasil perjumpaan pada malam ini telah merumuskan penekanan dalam melakukan rondaan bagi mencapai keberkesanan yang tinggi dalam membendung gejala sosial dan keselamatan harta benda serta membantu menguatkuasakan undang-undang. "Kita Buat, Kita Dapat, Kita Rapat, Kita Kuat".

Ahad, 1 Julai 2012

UBAT BUATAN SENDIRI (DIY) UNTUK MEREKA YANG BERMASALAH JANTUNG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgObjAKeZYTqEvVIbUmdbnvrrzdgOqu7bFaAAYL6v-HoBLjRkw3ok9uGoFQInx6L7h7aql44Uqhk5wnkzS8FOfnEGGM2s0aQbjO7dNqCmuGTH_Rfwpzp3_yRKgf4RjonUg0Pus2BSmzGLP5/s1600/image002.jpgSalam Sejahtera... Anda atau kawan atau saudara atau jiran ada masalah jantung? selain daripada pergi jumpa doktor pakar anda juga boleh cuba ramuan jus di bawah. Kawan aku dah cuba dan dia kata ada perkembangan yang baik. Kalau anda juga mahu cuba berikut petuanya:

Bahan:
  1. Satu cawan jus lemon
  2. Satu cawan jus halia
  3. Satu cawan jus bawang putih
  4. Satu cawan cuka sari epal
  5. Tiga cawan madu
Ramuannya:
  1. Campur kesemua jus lemon, halia, bawang putih dan cuka. Masak perlahan-lahan sehingga kandungan campuran jus tersebut tinggal 3/4.
  2. Selepas itu biarkan jus yang telah dimasak sejuk.
  3. Setelah sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu.
  4. Simpan dalam bekas yang bersih.
Amalan:
  1. Ambil sebanyak 3 sudu teh setiap pagi sebelum bersarapan.
  2. Amalkan setiap hari, Insyallah anda akan sihat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_bhpex3ODzlTNOJh_hLXYnH17QO8_VeMBetfgAFCKEOHxoANDU3RVjMBmQ52wgo4C46Tt-hcrWZII9-qfSb0P4ZpyTJoUZxePleIPChzAtHY_GaIkycQhbi0uqF6TIo0-G75lB9oVLbcA/s1600/image016.jpg
Hasilnya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpb4N4RbQnOFj239WfPOu2Raah7fzVOmRvkczDamZAkTIdPJsT3lMjjtXWEuW-YjNIbvjfy6CNcFgjSbdWwGS5OsTxnr07SINDn7H2LMNSqsU_dcsEEEOAGReLeeVV6R5VZZR79Drcl7qH/s320/image020.jpg
Selepas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaSRA4ryRwgNoNb9c8Ne3xhd6EW9YVFTfnOk1nu_I6AzDaivEXL54N5NujsLWPejvsg_soqxoFkZHrz8ifSDu90kp9RImrNoIUzSuEAz9wTazbBMO6p-Ixd09KLBMOGiOcyXyLL09ulgMA/s320/image018.jpg
Sebelum