Sabtu, 21 Julai 2012

PROGRAM MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK 2012

Salam Sejahtera... Pada 19 Jul 2012, Skim Rondaan Sukarela Sektor Satu telah menganjurkan program membakar lemang dan rendang ayam sempena ketibaan bulan Ramadhan atau dalam bahasa negeri sinonimnya dipanggil "mantai". Acara "mantai" telah dimulakan pada pukul 9.00 malam, bertempat di Pusat Kawalan Rondaan SRS Sektor 1. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai tidak menghalang kami membakar lemang yang berjumlah 120 batang. Program yang dianjurkan bukan sekadar memeriahkan ketibaan bulan Ramadhan malah ianya dilihat boleh meningkatkan siratulrahim, semangat muhibbah dan kemesraan serta menyemarakan nilai-nilai murni dikalangan ahli keluarga SRS dan kejiranan. "KAMI BUAT, KAMI DAPAT & KAMI RAPAT, KAMI KUAT"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan