Ahad, 8 Julai 2012

PERJUMPAAN BULANAN AHLI SRS

Salam Sejahtera... Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas telah menjayakan perjumpaan bulanan  yang bertujuan untuk mengemaskini maklumat, menerima maklum balas ahli dan memperkukuhkan kerjasama. Umpama "pokok buah yang ditanam tanpa dibaja dan disiram manakan hendak berbuah lebat" justeru itu perlunya aktiviti ini dilaksanakan sekerap yang boleh. Pada perjumpaan pada kali ini wakil Pengerusi KRT, Encik Azman dan Encik Yunus turut hadir dan dijemput untuk menyampaikan beberapa pekara berkaitan aktiviti semasa. Saya bagi pihak SRS Sektor 1 merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran mereka berdua.

Hasil perjumpaan pada malam ini telah merumuskan penekanan dalam melakukan rondaan bagi mencapai keberkesanan yang tinggi dalam membendung gejala sosial dan keselamatan harta benda serta membantu menguatkuasakan undang-undang. "Kita Buat, Kita Dapat, Kita Rapat, Kita Kuat".

2 ulasan:

  1. SELAMAT ULANG TAHUN KE 3, hidangan yang sederhana tapi sedap (roti bakar tak sempat nak jamah). Walau pun kehadiran yang kurang dr mejoriti tapi raut wajah yang ada jelas menampakkan tanda-tanda positif 'sense of brotherhood'(pinjam kata Tn penyelia jap..:) )Harapan kita agar air yang disiram dan baja yang ditabur akan berbuah hasilnya sebagai menambah saham akhirat kelak..Amin

    BalasPadam
  2. Komen daripada Penolong Penyelia (Pentadbiran) Tahap Profesional Tuu....

    BalasPadam