Sabtu, 29 Oktober 2011

SEMANGAT BOLA SEPAK HARUS DIJANA KESINAMBUNGANNYA

Salam Sejahtera...  Perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Negeri Sembilan vs Negeri Terengganu telah berlangsung pada malam ini. 

Sebagai anak jati Negeri Sembilan sudah pasti saya menyokong pemain negeri saya. Saya mengharapkan pasukan NS melakar satu sejarah kemajuan dan kecemerlangan PBNS. Di separuh masa pertama kedudukan masih terikat 0-0 dan saya gunakan kesempatan sebelum separuh masa kedua bermula, ingin saya mengunkap pandangan saya terhadap "semangat bola sepak" yang dipamerkan oleh setiap penyokong-penyokong bola sepak negara. "Semangat bola sepak" lebih awal dihangatkan dengan isu kenaikan harga tiket sehingga ada penyokong berhasrat memboikot untuk tidak datang ke Stadium Shah Alam. Lebih serius lagi, dilaporkan laman web FAM digodam. Namun tindakan ofensif Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato Seri' utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar NS menyediakan diskaun terhadap harga tiket mengembirakan hati penyokong bola sepak NS. Umumnya semua mengetahui kecemerlangan PBNS kian dirasai oleh rakyat NS kerana YAB Menteri Besar NS juga memberi perhatian dan fokus kepada pencapaian PBNS.

Pada malam ini Stadium Shah Alam telah dibanjiri puluhan ribu penyokong-penyokong dari setiap pelosok negeri. Kita boleh berada dalam satu aktiviti tanpa mengira bangsa, agama dan kenegerian, ternyata "semangat bola sepak" begitu tinggi di kalangan masyarakat kita. Semangat ini harus kita laksanakan kesinambungannya dan diperluaskan ke segmen atau aktiviti yang mampu mewujudkan perpaduan rakyat. Sebagai mana "semangat bola sepak" yang kita pamerkan begitu jua semangat kita tunjukkan dalam aktiviti lain yang melibatkan rakyat. Perpaduan Rakyat juga merupakan tunggak pembangunan negara dan keharmonian hidup di dalam sesebuah negara.

Separuh kedua baru bermula sebagai penyokong NS yang menyokong dari kejauhan (Penonton Siaran Langsung TV) jadi saya tak ingin melepas peluang turut serta dalam "semangat bola sepak" justeru itu saya tamat sahaja artikel ini disini. 

Hoben Jang Hoben. Bawa balik Piala Malaysia Ke Nogoi Kito.

Ahad, 23 Oktober 2011

MEMBASMI AEDES DAN DENGGI BERMULA DARI SETIAP RUMAH

http://cikidong.com/blogs/wp-content/uploads/2011/01/dengstat2011.jpg


Salam Sejahtera...Musim hujan telah mula melanda Semenanjung Malaysia khususnya di Bahagian Pantai Barat. Dalam aspek ilmu geografi, kesan ini akibat fenomena peralihan Monsun. Hujan yang turun adalah rahmat dari Allah SWT kepada mahkluk di muka bumi ini.  Apa yang nak dikongsikan adalah pembiakan nyamuk aedes di kawasan persekitaran rumah kita. Umum mengetahui nyamuk aedes adalah pembawa virus denggi. Statistik yang dilapurkan oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan peningkatan terhadap bilangan kes deman denggi dan kematian yang berpunca dari denggi. Ingatlah sebelum kena!! tiada ubat yang khusus untuk menyembuhkan demam denggi di masa kini.

Setiap dari kita mempunyai peranan untuk membasmi nyamuk aedes dan demam denggi. Ungkapan keramat ini perlu kita jadikan panduan " Mencegah Lebih Baik Dari Merawat". Langkah dan tindakan pencegahan telah dilakukan oleh kerajaan dan ianya perlu disambut baik dan dilaksanakan oleh masyarakat. Iklan membasmi demam denggi yang disiarkan di TV baru-baru ini mesti dijadikan iktibar dan pengajaran kepada diri kita. Lakukan langkah-langkah pembasmian nyamuk aedes yang umumnya telah diketahui.

Sebagai tambahan, ingin saya kongsikan kepada semua satu kaedah mengurangkan populasi nyamuk aedes. Satu kaedah yang mudah (DIY) dan tidak perlu memikirkan kos untuk membuatnya (Rujuk Gambar).

Sabtu, 15 Oktober 2011

SOKONGAN DAN DORONGAN

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTyUlGOBTT2m4lIk-g-XFaW3mEAQ-6oVxrQpOKoLdZOE9f4W_Sy
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia... "Kapal yang membelah lautan dengan pukulan ombak badai harus digagahi oleh Nakhoda dan anak-anak kapal. Ketabahan dan kekuatan satu gandingan yang mesti dimiliki oleh semua agar kapal tersebut mampu belayar ke destinasi".

Dalam usaha mengelola dan mentadbir aktiviti kesukarelawanan seperti Skim Rondaan Sukarela, saya amat memerlukan sokongan dan dorongan dari semua. Dorongan dan sokongan secara langsung atau tidak langsung menjadi "inti" terhadap apa jua rancangan dan kegiatan aktiviti kesukarelaan dapat dilaksana secara mampan. Kepada Ahli Sukarelawan fahami petikan puisi yang saya ambil dari  Hikayat Malim Deman untuk kita renung-renungkan.

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta menghembus lesung,
Yang lumpuh pengalau ayam,
Yang pendek tinjau-meninjau,
Yang kurap memikul buluh.

Bagaimana pula dengan Agensi Kerajaan? Dorongan dan sokongan dari agensi kerajaan yang bertanggung jawab dalam aktiviti Skim Rondaan Sukarela sudah pasti diperlukan untuk menentukan aktiviti sukarelawan ini "tidak lapuk dihujan, tidak lekang dek panas". Laksanakan budaya kerja dan Intergriti yang cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai Agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada Skim Rondaan Sukarela. 

Skim Rondaan Sukarela  (SRS) Tmn Angsamas dah memasuki tahun ketiga melakukan aktiviti sukarelawan di kawasan perumahan ini, tetapi seolah-olah dah terputus hubungan dengan JPNIN. Sibuk menjaga atau memberi keutamaan  kawasaan lain agaknya hinggakan SRS disini macam tak wujud atau tidak memerlukan  pembangunan dan perhatian JPNIN. Kepada Pegawai yang bertanggung jawab sekali-sekali jejakkan kaki ke perumahan ini supaya dapat memberi maklumat semasa dan melihat pekembangan aktiviti SRS di sini. Tak dapat sebulan sekali setahun sekali pun boleh dari tak ada langsung.

Sukarelawan SRS juga memainkan peranan dalam Kesiagaan Rakyat dalam aspek Psikologi yang utuh dan Perpaduan yang tinggi. Ini merupakan elemen utama dalam merealisasikan Ketahanan Nasional (Pertahanan Menyeluruh) atu ringkasnya HANRUH.

Jumaat, 7 Oktober 2011

BAJET 2012

Salam Sejahtera... Bajet yang telah bentang oleh YAB Perdana Menteri pada petang tadi memberikan kegembiraan kepada semua rakyat. Namun kegembiraan itu harus disusuli dengan kesyukuran. Inti pati yang penting pada Bajet 2012 yang mesti kita tahu....

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Khamis, 6 Oktober 2011

BERITA GEMBIRA UNTUK SRS SEKTOR 1 TAMAN ANGSAMAS

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTNAfhVkGuBURQXoVonkay_cnvhm_2hsrXhmqjut3voZLQlj2obegSalam Sejahtera... Pada 5 Jul 2011 saya telah menerima berita yang mengembirakan untuk kemajuan Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas. Alhamdulillah dorongan dan sokongan inilah yang membuatkan saya kuat untuk membawa organisasi  ke hadapan dan terus ke hadapan. Alhamdulillah masanya akan tiba untuk kami kongsikan......kepada semua. Artikel sebagai permulaan sahaja.......



Sabar menanti............