Sabtu, 29 Oktober 2011

SEMANGAT BOLA SEPAK HARUS DIJANA KESINAMBUNGANNYA

Salam Sejahtera...  Perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Negeri Sembilan vs Negeri Terengganu telah berlangsung pada malam ini. 

Sebagai anak jati Negeri Sembilan sudah pasti saya menyokong pemain negeri saya. Saya mengharapkan pasukan NS melakar satu sejarah kemajuan dan kecemerlangan PBNS. Di separuh masa pertama kedudukan masih terikat 0-0 dan saya gunakan kesempatan sebelum separuh masa kedua bermula, ingin saya mengunkap pandangan saya terhadap "semangat bola sepak" yang dipamerkan oleh setiap penyokong-penyokong bola sepak negara. "Semangat bola sepak" lebih awal dihangatkan dengan isu kenaikan harga tiket sehingga ada penyokong berhasrat memboikot untuk tidak datang ke Stadium Shah Alam. Lebih serius lagi, dilaporkan laman web FAM digodam. Namun tindakan ofensif Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato Seri' utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar NS menyediakan diskaun terhadap harga tiket mengembirakan hati penyokong bola sepak NS. Umumnya semua mengetahui kecemerlangan PBNS kian dirasai oleh rakyat NS kerana YAB Menteri Besar NS juga memberi perhatian dan fokus kepada pencapaian PBNS.

Pada malam ini Stadium Shah Alam telah dibanjiri puluhan ribu penyokong-penyokong dari setiap pelosok negeri. Kita boleh berada dalam satu aktiviti tanpa mengira bangsa, agama dan kenegerian, ternyata "semangat bola sepak" begitu tinggi di kalangan masyarakat kita. Semangat ini harus kita laksanakan kesinambungannya dan diperluaskan ke segmen atau aktiviti yang mampu mewujudkan perpaduan rakyat. Sebagai mana "semangat bola sepak" yang kita pamerkan begitu jua semangat kita tunjukkan dalam aktiviti lain yang melibatkan rakyat. Perpaduan Rakyat juga merupakan tunggak pembangunan negara dan keharmonian hidup di dalam sesebuah negara.

Separuh kedua baru bermula sebagai penyokong NS yang menyokong dari kejauhan (Penonton Siaran Langsung TV) jadi saya tak ingin melepas peluang turut serta dalam "semangat bola sepak" justeru itu saya tamat sahaja artikel ini disini. 

Hoben Jang Hoben. Bawa balik Piala Malaysia Ke Nogoi Kito.

2 ulasan:

  1. Tahniah...
    keputusan adalah sepertimana ynag diharapkan olih tuan rumah..hehehe

    BalasPadam
  2. Satu perkara yang saya ingin kongsikan. Saya minat sukan dan boleh bermain bola, malah dalam setiap minggu saya akan bermain futsal. Tetapi seumur belum pernah beli tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium. Nak juga tengok Piala Malaysia di arak kat Seremban

    BalasPadam