Sabtu, 5 November 2011

SALAM AIDILADHA1432H

https://lh6.googleusercontent.com/-Y652DVBfZZY/TrYD9aQS6jI/AAAAAAAACMg/x1MbDMD8o9s/s720/Salam%252520Aidiladha.jpg

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan...Esok semua umat islam di negara yang tercinta ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali Hari Raya korban. Raya bukan bererti buat rendang, ketupat, lemang atau perkara lazim yang kita lakukan ketika menyambut perayaan Aidilfitri. Pengertian sebenar Raya Korban yang menjadi initipati yang perlu kita suntik di dalam minda segar kita adalah seperti berikut:
1.    Sebagai mengenang pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.
    2.    Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk kepada Allah SWT. 
    3.    Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban kepada insan yang memerlukan.
      Dengan nikmat kesenangan hidup yang dirasai umat Islam ketika ini, ibadat korban dilakukan umat Islam di sana-sini dengan meriah sekali. Sertai ibadat korban di kariah masing-masing dengan semangat gotong royong dan tinggi dengan keikhlasan. Usah direbut atau diwujudkan rasa tamak dalam diri masing-masing tentang daging korban, kerana agihan daging korban itu terdiri kepada tiga bahagian - untuk dimakan (orang yang berkorban), untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan untuk dihadiahkan (kariah dan lain-lain). Utamakan yang lebih berhak dan yang lebih memerlukan.

      Firman Allah yang bermaksud "Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir". (Surah Al-Hajj:28).

      Selamat Menyambut Hari Raya Korban.

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan