Isnin, 7 November 2011

AKTIVITI BERTAKDBIR RUMAH KE RUMAH MENGIMARAHKAN SAMBUTAN AIDILADHA

https://lh4.googleusercontent.com/-yGhhz7eZefo/TrbIFZWgc5I/AAAAAAAACNM/qBHz2PPzFdQ/s640/P1080031.JPG

Salam Sejahtera... Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjat kepada kepada Allah SWT, pada malam kedua, kami berjaya menyuburkan aktiviti masyarakat terdahulu iaitu bertakbir rumah ke rumah. Satu majlis yang ringkas dan santai telah diketuai oleh Ustaz Bosri bin Buyong Imam 2 Masjid Kariah Tmn Angsamas, dan disertai oleh jiran tertangga serta 19 Ahli SRS Sektor 1. Keseluruhan rumah yang dikunjungi pada malam kedua sebanyak 22 buah rumah telah diziarahi. Majlis telah bermula pada jam 8:40 malam dan berakhir sekitar jam 12:40 pagi. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang amat muhibah, meriah dan semangat perpaduan yang tinggi. Secara tidak langsung aktiviti telah memyuburkan Syiar Islam dikalangan  jemaah yang terlibat. Insyallah jika diizinkan Allah SWT aktiviti akan diteruskan pada setiap tahun dan menjadi aktiviti tetap organisasi kami. 

1 ulasan:

  1. Satu amalan yg baik tp malangnya saya tak dpt bersama tahun ini.Mudah-mudahan tahun hadapan program seperti ini akan diteruskan utk mengeratkan silaturahim antara kita.

    BalasPadam