Isnin, 28 November 2011

BAKTERIA PENYEBAB KERACUNAN MAKAN

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan... Kita sering terdengar di dalam media cetak atau media elektonik tentang keracunan disebabkan pemakanan. Adakah kita tahu bagaimana bakteria utama yang menjadi penyebab, makanan yang terlibat, cara pemindahan, simptom kesan bakteria kepada kita dan kaedah pengawalan (pencegahan). Justeru itu saya paparkan gambar sebagai informasi anda. Ingat sebelum kena, cegah sebelum parah. Baca, fahami dan laksanakan sebagai rutin kehidupan seharian. Anda sihat hospital pun lenggang.

https://lh5.googleusercontent.com/-7a2sBf_jcS0/TtMFuMilRlI/AAAAAAAACVI/8p3corl9ejI/s512/Poster%252520Bakteria.jpg

Sabtu, 26 November 2011

SALAM AWAL MUHARRAM

Salam Sejahtera,Salam Awal Muharram....Pada hari ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam kepada semua umat Islam. Justeru pada hari ini marilah kita ke masjid atau surau untuk bersama-sama dalam majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Bukan tak boleh dibuat secara individu tetapi lebih nikmat dan afdal bersama jemaah. Jadi saya tampalkan doa akhir tahun dan awal tahun sebagai ulang ingat. Bagaimana dengan azam tahun baru ini?...atau dah terlaksana azam tahun lepas. Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H.

Doa Akhir Tahun Doa Awal Tahun
http://htmlimg1.scribdassets.com/3nqi2yfrggsav3q/images/1-67fbfd1115.jpghttp://htmlimg1.scribdassets.com/3nqi2yfrggsav3q/images/2-ead85873c2.jpg

Isnin, 14 November 2011

SELAMAT BERJUANG MEMAJUKAN DIRI UNTUK MASA HADAPAN

https://lh6.googleusercontent.com/-t0mya4EDmnw/TsDt80lK2cI/AAAAAAAACS4/5wRnPJoC-dM/s912/SPM.jpg
Salam Sejahtera... Hari ini telah bermula Ujian Sijil Pelajaran Malaysia di seluruh negara. Kepada semua pelajar yang menduduki ujian di ucapkan selamat maju jaya. Sentiasa tenang dan teliti menjawab setiap soalan.Ingatlah ada sejuta harapan yang diharapkan dari ibubapa demi kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, sekolah, jiran tetangga dan negara. Sebelum memasuki dewan peperiksaan pohonkan doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan diri untuk menjawab soalan-soalan, kerana doa adalah senjata bagi umat islam. Ingatlah dan gunakan peluang untuk mencapai kecemerlangan, kerana kejayaan di dalam penilaian akan memberikan kesan yang positif bukan setakat diri sendiri tetapi turut ditumpang kegembiraannya oleh  ibubapa, keluarga, organisasi sekolah dan masyarakat setempat. Selamat Menduduki SPM 2011.

Ahad, 13 November 2011

PONDOK SRS KAMI DAH NAK DIDIRIKAN

https://lh4.googleusercontent.com/-QPdNedJP85s/Tr9rpbkfiyI/AAAAAAAACR0/snZbrlLz568/s640/P1080084.JPGhttps://lh4.googleusercontent.com/-7_XszQ65wk0/Tr9q3t1WmHI/AAAAAAAACRo/-QGai-Qcz_M/s640/P1080086.JPG

Salam Sejahtera... Aktiviti gotong royong membersihkan tapak untuk mendirikan Pondok Ronda SRS telah dilaksanakan pada hari ini. Setelah 3 tahun kami melakukan aktiviti rondaan malam, maka pada tahun ini akan berdiri satu pondok untuk keperluan aktiviti meronda dan anak-anak menunggu bas. Pembiayaan pembinaan telah diluluskan dan disokong oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan (MB NS) sebanyak RM4900.00. Jumlah peruntukkan kewangan yang disalurkan berdasarkan kertas kerja permohonan kami. Sesungguhnya YAB MB NS begitu perihatin dan amat menyokong usaha-usaha yang kami laksanakan. Saya juga ingin mengambil peluang ini, merakamkan jutaan terima kasih khususnya kepada YAB MB NS dan Pegawai-Pegawai Pejabat Menteri Besar NS kerana telah merealisasikan keperluan kami yang menjadi perkara utama di dalam rancangan masa hadapan Organisasi SRS Sektor 1 Taman Angsamas.

Semoga kewujudan Pos atau Pondok SRS ini akan mewujudkan keselesaan dan keperluan serta menjadi lambang perpaduan dan kemuafakatan kami di kedaerahan ini. Secara tidak langsung menjadi tauladan dan contoh kepada masyarakat yang lain.

Isnin, 7 November 2011

AKTIVITI BERTAKDBIR RUMAH KE RUMAH MENGIMARAHKAN SAMBUTAN AIDILADHA

https://lh4.googleusercontent.com/-yGhhz7eZefo/TrbIFZWgc5I/AAAAAAAACNM/qBHz2PPzFdQ/s640/P1080031.JPG

Salam Sejahtera... Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjat kepada kepada Allah SWT, pada malam kedua, kami berjaya menyuburkan aktiviti masyarakat terdahulu iaitu bertakbir rumah ke rumah. Satu majlis yang ringkas dan santai telah diketuai oleh Ustaz Bosri bin Buyong Imam 2 Masjid Kariah Tmn Angsamas, dan disertai oleh jiran tertangga serta 19 Ahli SRS Sektor 1. Keseluruhan rumah yang dikunjungi pada malam kedua sebanyak 22 buah rumah telah diziarahi. Majlis telah bermula pada jam 8:40 malam dan berakhir sekitar jam 12:40 pagi. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang amat muhibah, meriah dan semangat perpaduan yang tinggi. Secara tidak langsung aktiviti telah memyuburkan Syiar Islam dikalangan  jemaah yang terlibat. Insyallah jika diizinkan Allah SWT aktiviti akan diteruskan pada setiap tahun dan menjadi aktiviti tetap organisasi kami. 

Sabtu, 5 November 2011

SALAM AIDILADHA1432H

https://lh6.googleusercontent.com/-Y652DVBfZZY/TrYD9aQS6jI/AAAAAAAACMg/x1MbDMD8o9s/s720/Salam%252520Aidiladha.jpg

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan...Esok semua umat islam di negara yang tercinta ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali Hari Raya korban. Raya bukan bererti buat rendang, ketupat, lemang atau perkara lazim yang kita lakukan ketika menyambut perayaan Aidilfitri. Pengertian sebenar Raya Korban yang menjadi initipati yang perlu kita suntik di dalam minda segar kita adalah seperti berikut:
1.    Sebagai mengenang pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.
    2.    Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk kepada Allah SWT. 
    3.    Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban kepada insan yang memerlukan.
      Dengan nikmat kesenangan hidup yang dirasai umat Islam ketika ini, ibadat korban dilakukan umat Islam di sana-sini dengan meriah sekali. Sertai ibadat korban di kariah masing-masing dengan semangat gotong royong dan tinggi dengan keikhlasan. Usah direbut atau diwujudkan rasa tamak dalam diri masing-masing tentang daging korban, kerana agihan daging korban itu terdiri kepada tiga bahagian - untuk dimakan (orang yang berkorban), untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan untuk dihadiahkan (kariah dan lain-lain). Utamakan yang lebih berhak dan yang lebih memerlukan.

      Firman Allah yang bermaksud "Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir". (Surah Al-Hajj:28).

      Selamat Menyambut Hari Raya Korban.