Sabtu, 15 Oktober 2011

SOKONGAN DAN DORONGAN

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTyUlGOBTT2m4lIk-g-XFaW3mEAQ-6oVxrQpOKoLdZOE9f4W_Sy
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia... "Kapal yang membelah lautan dengan pukulan ombak badai harus digagahi oleh Nakhoda dan anak-anak kapal. Ketabahan dan kekuatan satu gandingan yang mesti dimiliki oleh semua agar kapal tersebut mampu belayar ke destinasi".

Dalam usaha mengelola dan mentadbir aktiviti kesukarelawanan seperti Skim Rondaan Sukarela, saya amat memerlukan sokongan dan dorongan dari semua. Dorongan dan sokongan secara langsung atau tidak langsung menjadi "inti" terhadap apa jua rancangan dan kegiatan aktiviti kesukarelaan dapat dilaksana secara mampan. Kepada Ahli Sukarelawan fahami petikan puisi yang saya ambil dari  Hikayat Malim Deman untuk kita renung-renungkan.

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta menghembus lesung,
Yang lumpuh pengalau ayam,
Yang pendek tinjau-meninjau,
Yang kurap memikul buluh.

Bagaimana pula dengan Agensi Kerajaan? Dorongan dan sokongan dari agensi kerajaan yang bertanggung jawab dalam aktiviti Skim Rondaan Sukarela sudah pasti diperlukan untuk menentukan aktiviti sukarelawan ini "tidak lapuk dihujan, tidak lekang dek panas". Laksanakan budaya kerja dan Intergriti yang cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai Agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada Skim Rondaan Sukarela. 

Skim Rondaan Sukarela  (SRS) Tmn Angsamas dah memasuki tahun ketiga melakukan aktiviti sukarelawan di kawasan perumahan ini, tetapi seolah-olah dah terputus hubungan dengan JPNIN. Sibuk menjaga atau memberi keutamaan  kawasaan lain agaknya hinggakan SRS disini macam tak wujud atau tidak memerlukan  pembangunan dan perhatian JPNIN. Kepada Pegawai yang bertanggung jawab sekali-sekali jejakkan kaki ke perumahan ini supaya dapat memberi maklumat semasa dan melihat pekembangan aktiviti SRS di sini. Tak dapat sebulan sekali setahun sekali pun boleh dari tak ada langsung.

Sukarelawan SRS juga memainkan peranan dalam Kesiagaan Rakyat dalam aspek Psikologi yang utuh dan Perpaduan yang tinggi. Ini merupakan elemen utama dalam merealisasikan Ketahanan Nasional (Pertahanan Menyeluruh) atu ringkasnya HANRUH.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt semua Sahabat SRS..

    Insya Allah kami semua menyokong usaha yg murni ini..

    BalasPadam