Khamis, 16 Februari 2012

SUKANEKA PERPADUAN & ANUGERAH SAHABAT AIM BLOK RANTAU 2012

https://lh6.googleusercontent.com/-jKF0RSnxyPg/Tz0EwzS5fzI/AAAAAAAACtw/TvnMl7SAf_0/s720/_MG_0673.JPG 
Salam Sejahtera... (Posting Tertunda dan Penghargaan) Sahabat AIM Blok Rantau telah menganjurkan Hari Sukaneka Perpaduan dan Anugerah Kecemerlangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Rantau 2012 di Perkarangan Masjid Al-Hidayah Taman Angsamas. Majlis telah bermula pada jam lapan pagi dengan acara permulaan iaitu Senamrobik, Sukaneka, Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Masakan dan Cabutan Nama Bertuah. Objektif Program adalah seperti berikut:

  1. Membina keyakinan diri dengan gaya hidup sihat dan keterampilan sahabat-sahabat AIM.
  2. Menambah ilmu dalam diri wanita tentang peluang dan ruang yang disediakan. 
  3. Meningkatkan taraf hidup wanita. 
  4. Menggalakkan anak-anak untuk terus bersekolah dan berjaya dalam pelajaran. 
  5. Mengeratkan silaturrahim dan perpaduan dikalangan semua sahabat AIM khususnya di Zon Rantau.
Program ini telah menghimpunkan Sahabat AIM yang terdiri daripada 6 buah pusat iaitu Pusat Budi Aiman (Kg. Kuala Sawah), Pusat Budi Mulia (Kg. Bemban), Pusat Hawani (Taman Angsamas), Pusat Nur Qasidah (Rantau), Pusat Al-Taqwa (Lukut) dan Pusat An-Najmi (Kg. Bukit Pelanduk).

Acara kemuncak iaitu Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah binti Tengku Nujumudin pada sebelah petangnya. 

Dalam ucapan YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah binti Tengku Nujumudin telah menyatakan "program yang dilhamkan dan dianjurkan oleh Sahabat AIM Blok Rantau ini dapat mencerminkan satu permuafakatan yang amat kukuh  dan sekaligus dapat merapatkan silaturrahim, mengeratkan perpaduan,semangat bekerjasama dan kekeluargaan,”. Beliau berharap agar rakyat menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mensejahterakan rakyat.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Yang Dipertua PEKERTI, Datin Hajah Paezah Binti Ismail, Pengurus AIM Wilayah Selatan, En. Zuhairi Bin Fadzil.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada semua Sahabat AIM Blok Rantau.
Posting ini disiarkan dalam blog ini sebagai hebahan maklumat aktiviti sebilangan isteri Ahli SRS Sektor 1 Taman Angsamas yang menjadi Sahabat AIM Blok Rantau.

1 ulasan:

  1. Album AIM yang dimuatkan hanya bersifat sementara. Ini bertujuan untuk mengosongkan ruang simpan yang semakin kecil. Harap Maklum

    BalasPadam