Rabu, 14 Mei 2014

MARI BERBUDI PADA TANAH -'POGHAK'

Poghak -mengikut 'kamus' Bahasa Negeri Sembilan bermaksud bercucuk tanam di sekitar kawasan kediaman.

Difahamkan program poghak ini adalah cetusan idea menteri besar kita YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan , beliau menyarankan agar masyarakat bandar menanam pelbagai tanaman yang memberikan hasil untuk kegunaan sendiri. 

 Tujuan sebenar poghak ini antara lain bagi meringankan beban sarahidup rakyat ekoran kenaikan harga barang keperluan yang amat ketara ketika ini.jestru itu beliau mengarahkan jabatan pertanian turun padang sebagai pemudahcara bagi menjayakan program ini. 

 Taman Angsamas amat bertuah kerana dipilih sebagai projek pioneer diperingkat negeri sembilan. Oleh itu harapan besar diletakkan agar ianya membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan, dan diberitahu acara kemuncak memungut hasil nanti akan disertai sendiri oleh beliau.. 

Menyahut seruan ini seramai 20 orang Ajk KRT dan beberapa penduduk taman angsamas pagi ini bersama sama menyingsing lengan baju masing masing mula megerjakan tanah ehsan dari ajk Masjid Alhidayah,  Dengan khudrat tenaga yang dah separuh abad, dengan bantuan peralatan berkebun dan bimbingan dari jabatan pertanian daerah seremban ..alhamdulillah berjaya lah kami menyiapkan 6 batas sayur walaupon kadang-kadang duduk tu lebih lama dari bekerja.

TERIMA KASIH..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan