Isnin, 2 Mac 2015

PLAN PEMANTAPAN SRS SEKTOR 1 TERUS CEMERLANG



Salam Perpaduan... 

SRS Sektor 1 Tmn Angsamas terus melangkah ke hadapan dengan penglibatan kaum wanita dalam menginterpertasikan gerakan sukarela. Sesungguhnyakehadiran kaum  wanita atau lebih mesra dengan gelaran kaum ibu telah meletakkan aktiviti rondaan dan aktiviti masyarakat menjadi lebih meriah. Penglibatan kaum ibu secara langsung membawa satu kesatuan yang dinamik dalam hubungan masyarakat khususnya di Taman Angsamas. Sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada mereka yang turut terpanggil menyumbang tenaga. Dalam keadaan masa atau ruang yang terbatas mereka berganding tenaga dengan kaum bapa dalam melaksanakan aktiviti rondaan yang bersepadu. 

Semoga legasi kecemerlangan ini akan menjadikan  SRS Sektor 1 terus disegani dan ditauladani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan