Selasa, 10 Mac 2015

RESEPI KEJAYAAN

Prinsip Kejayaan 

  1. Mental yang Positif - Mental yang positif akan membantu anda mebuka peluang dengan setiap kejadian yang kita alami setiap hari, dengan berfikiran positif kita tidak akan dibelenggu oleh nafsu, dirantai oleh dendam dan dihantui oleh hasad dengki yang akhirnya membantutkan setiap usaha kita, bahkan dengan mental yang positif akan menjadikan setiap masalah yang anda hadapi sebagi batu loncatan kepada kejayaan.
  2. Tujuan Matlamat yang jelas - Untuk berjaya kita kena pastikan matlamat kita adalah jelas, ianya adalah supaya kita dapat menetapkan bagaimana langkah pertama kita, berapa lama angaran masa kita, apa kah target kita untuk satu jangkamasa tertentu, apakah cara atau langkah yang hendak kita lakukan apakah yang kita nak guna untuk mengukur tahap pemcapaiyan kita.
  3. Sanggup berusaha lebih – Untuk berjaya seseorang individu mestilah sanggup berusaha melebihi daripada individu biasa, sanggup menghadapi cabaran dan dugaan lebih daripada orang biasa 
  4. Belajar dari kegagalan – Setiap kegagalan, setiap dugaan, setiap kesilapan walau sekecil mana sekalipun tidak harus dipandang ringan, setiap apa yang berlaku ada tujuannya, jadikan ianya sebagai satu sumber ilmu untuk menambah baik prestasi kita di kemudian hari.
  5. Inisiatif diri – Jangan terlalu mengharap dengan apa yang sedia ada, samaada sumber, maklumat atau kaedah, cuba gunakan imaginasi untuk mencipta kemungkinan, peluang atau risiko 
  6. Semangat – Semangat adalah salah satu perkara yang paling penting dalam perjalanan kita menuju kejayaan, kerana perkara yang akan meghentikan atau menghancurkan usaha kita sebenarnya bukan kegagalan, masalah, atau dugaan tapi ianya berakhir bila kita sudah hilang semangat..
  7. Personaliti yang menarik – Ada yang megatakan Personaliti tidak penting, yang penting adalah kualiti, itu memang benar seandainya anda tidak berurusan dengan manusia, tetapi jika anda berurusan dengan manusia yang berakal, personaliti memaikan peranan yang cukup penting, cuba bayangkan jika anda mempunyai idea yang cukup baik tapi malangnya anda tidak mendapat kepercayaan atau peluang daripada pihak atau prospek anda untuk membentangkan Idea tersebut kerana penampilan anda.
  8. Disiplin diri – Ini adalah amat penting bagi memastikan anda sentiasa dilandasan yang betul dalam mengejar impian, ini juga akan menentukan setiap usaha  anda mengikut perancangan yang ditetapkan
  9. Menjaga kesihatan Fizikal dan Mental – Kesihatan fizikal dan mental ada lah dua perkara yang berlainan tapi saling mempegaruhi antara satu sama lain, kerana inilah yang akan membantu anda menyerap setiap masalah dan dugaan yang bakal dihadapi serta membantu anda untuk menguatkan semangat juang
  10. Kreativiti – Untuk berjaya kita mestilah mampu memanipulasi segala pengalaman dan pengetahwan yang kita ada dan kita jumpa, dan menerusi pengalaman dan pengetahwan tersebut kita mesti berusaha untuk menghasilkan atau mewujudkan idea yang lebih baik atau peluang yang belum diterokai oleh orang lain, krativiti juga mampu membantu kita untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih menjimatkan samada dari segi masa tenaga atau kos 
  11. Daya tahan yang tinggi – Dalam memburu kejayaan individu harus mempuyai kemampuan dalam menyerap dugaan, cemuhan, cacian, kutukan dan penolakan, daya tahan ini juga merupakan faktor yang menetukan berapa kuat semagat kita. 
  12. Kawalan diri dan kosentrasi - kawalan diri dan kosentrasi adalah penting supaya kita tidak dipengaruhi oleh faktor luaran dan pemboleh ubah semasa dalam kita membuat keputusan, tindakan dan penilaian dalam sesuatu keadaan, terutama nya dalam keadaan tertekan dan disaat saat genting.
  13. Ketepatan fikiran – Setiap penilaian dan jangkaan pergerakan pasaran, turun naik permintaan, kemampuan pengguna, permintaan semasa serta faktor yang mempengaruhi turun naik harga bahan mentah atau bekalan haruslah berada dalam jangkaan kita, walaupun ianya hanya sekadar jangkaan tetapi jangkaan itu mestilah berasaskan faktor dan perubahan semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan