Jumaat, 1 April 2011

APA BAIKNYA ATAU RELEVANKAH SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

Cuba bayangkan sedang kita semua lena tidur, ada sekumpulan mereka yang sanggup bersengkang mata pada malamnya bertugas meronda untuk menjaga keselamatan demi memastikan tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini. Bukahkah ini suatu pengorbanan demi kesejahteraan bersama namanya? Mungkin kebanyakan kita terfikir, apa relevannya Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang sering dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT), sedangkan kini terdapat beberapa teknologi canggih di pasaran seperti sistem alat penggera, sistem litar kamera tertutup malah banyak lagi peralatan bagi melindungi rumah kita daripada diceroboh. Namun, mengambil kata kata, “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”, kita sebenarnya tidak seharusnya berasa selesa dengan semua itu malah perlu mengurangkan ruang dan peluang daripada berlakunya kejadian pecah rumah dan sebagainya di kawasan kediaman kita. Inilah sebenarnya manifestasi SRS ini iaitu berusaha meningkatkan pengawasan di kawasan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan