Jumaat, 8 Julai 2011

CABARAN DAN KEBENARAN DI ULANG TAHUN KEDUA

https://lh4.googleusercontent.com/-Jd1VNwCEhU8/ThalA3LSJrI/AAAAAAAABj4/6syhd38lkfo/s512/HUT%2525202.jpg
Salam Sejahtera... Pada tanggal 6 Jul 2011 adalah satu tarikh di mana Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sektor 1 Tmn Angsamas menyambut Ulang Tahun Ke-2 dalam menjalankan aktiviti rondaan malam bagi mencegah dan membendung anasir-anasir jenayah. Kerjasama dan permufakatan yang baik daripada 38 orang Ahli Ronda adalah kunci kejayaan kepada aktiviti ini. Boleh dikatakan Skim Rondaan yang dijalankan telah berjaya membentuk ketenteraman dan kedamaian penghuni Sektor 1 pada masa kini dengan adanya rondaan malam dengan kekerapan 3 kali seminggu.

Kami boleh berbangga dengan pencapaian masa 2 tahun, kami berjaya harungi masa demi menabur bakti kepada masyarakat khususnya di Tmn Angsamas. Pemastautin lain di komuniti Tmn Angsamas masih tercari-cari dan terkial-kial mencari ahli untuk melaksanakan rondaan malam tetapi kami telah berada di hadapan walaupun tidak di beri publisiti yang mampu menjadi tauladan kepada semua penduduk di komuniti di sini kerana SRS tidak menjanjikan populariti, justeru itu ramai yang tak berminat . Namun begitu, masih banyak rancangan masa hadapan SRS Sektor 1 yang disasarkan masih belum terlaksana kerana faktor kewangan. Insyallah akan ada sinar mentari yang diharapkan menyinari kesatuan kami.

Cabaran dan kebenaran harus diterima oleh semua individu yang terbabit kerana Sepanjang tempoh 2 tahun, SRS Sektor 1 tidak begitu diberi sokongan yang memberansangkan oleh penaung organisasi iaitu KRT Tmn Angsamas. Mereka mengangkat diri mereka sebagai penganjur SRS tetapi selama 2 tahun kami tidak pernah ditanya khabar dan melaksanakan rondaan bersama apatah lagi membuat penambahbaikan kepada SRS Sektor 1. Saya tidak akan memperincikan di sini takut ramai yang telinganya merah. Cuma ingin saya sampaikan disini, urus dan tadbirlah organisasi sebagai milik semua masyarakat di Tmn Angsamas dengan sistem pengurusan yang standard dan jangan sekali-kali menggunakan "acuan" sendiri.

Saya mengajak dan berpesan kepada diri sendiri dan semua ahli ronda SRS Sektor 1, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan mempertingkatkan kerjasama untuk kita terus menabur bakti selagi kita mempunyai kudrat dan tenaga. Selamat HUT ke 2 kepada semua Ahli Ronda SRS Sektor 1. Sekian Wasalam.

Nota daripada Pengendali Blog: Posting ini sepatutnya dikeluarkan pada 6 Jul 2011 tetapi oleh kerana 2 kali deraf yang dibuat hilang menyebabkan kelewatan dipaparkan.

2 ulasan:

  1. ╔♫╗────────╔═╦╗─♫╗╔╗─╔╗─♥──
    ║╩╠═╦═╦═╦╦╗║╚╠╬╦╣╚╣╚╦╝╠═╦╦╗
    ║╦║╬║╬║╬║║║║╔║║╔╣╔╣║║╬║╬║║║
    ╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║♫═╩╩╝╚═╩╩╩═╩╩╬╗║
    ────♫╝╚╝╚═╝─────────────╚═♥

    Kena celebrate buat makan-makan nih...hehehe

    BalasPadam
  2. Sabar...kok ada duitnya akan di suap in dgn makanan enak-enak.

    BalasPadam