Isnin, 4 Julai 2011

PERKARA YANG TERSIRAT DALAM MENJALANKAN SKIM RONDAAN SUKARELA

https://lh5.googleusercontent.com/-VTeDh88H5yA/ThCSv2IdpTI/AAAAAAAABi8/khejIxXDEXE/s512/Muhibah.jpgSalam Sejahtera..... Artikel ini saya coretkan sebagai satu perkongsian kepada masyarakat yang sukakan perpaduan dalam satu rumpun bangsa dan meletakan kehidupan jiran tetangga sebagai rutin perkongsian hidup bermasyarakat.

Sosial kehidupan di antara individu dengan individu merupakan pembentukan awal dari terbentuknya keluarga dan masyarakat. Hubungan sosial yang baik antara seseorang dengan individu yang lain sangat penting dalam menciptakan kehidupan masyarakat sosial yang teratur dan harmoni. Memang semua pembaca akan bersetuju jika saya katakan "bertegur sapa dengan jiran tetangga adalah proses permulaan menjalinkan hubungan yang baik dalam hidup berjiran". Namun adakah itu sudah mencukupi dan melengkapi keperluan hidup bermasyarakat? Sudah tentu jawapannya tidak, justeru itu lakukan sesuatu untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan hubungan sesama jiran tetangga anda.

Kami hanya memiliki  SRS sebagai SATU ENTITI yang melaksanakan rondaan malam demi mempertingkatkan tahap keselamatan dan keharmonian di kediaman kami. Namun banyak perkara setakat ini yang tersirat setelah dua tahun kami menjalankan SRS. Bukanlah untuk bermegah-megah dengan kejayaan yang masih berumur setahun jagung, tetapi boleh dikatakan kami telah mempunyai aspek asas yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah organisasi SRS iaitu kerjasama yang padu dari peserta (Ahli Ronda). 

Apakah yang tersirat setelah 2 tahun kami bernaung di bawah SRS Sektor Satu Tmn Angsamas. Berikut saya nyatakan di bawah sebagai perkongsian dan pencerna minda pengunjung blog.
  1. Kami menjadi perintis dalam membentuk dan memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat.
  2. Hubungan siratulrahim yang semakin akrab dan baik di antara jiran tetangga.
  3. Mengenali dengan lebih baik hati budi di antara ahli ronda dan (bukan ahli).
  4. Mendidik (informal learning) anak-anak ke arah pemasyarakatan.
Itu yang positif manakala yang negatifnya, semasa kami meronda belum pernah ditegur sapa oleh kejiranan yang tidak menyertai aktiviti rondaan malam.  Kalau nak serkap jarang akan ada jawapannya tetapi itu satu tindakan yang kurang cerdik, biarlah mereka dengan sikap mereka. Lama kelamaan mereka akan sedar jua.....insyallah. Ingin saya berpesan kepada diri saya dan ahli ronda "marilah kita sama-sama melakukan kebaikan untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain dengan penuh keikhlasan". Semoga kita dapat menggandakan amalan baik kita dan mendapat ganjaran di akhirat. Amin Ya Rabil Allamin.

3 ulasan:

  1. Tahniah! semoga segala usaha yang baik itu akan diberkati. Eerrk...jom ramai-ramai kita kacau dodol raya dh dekat ni..:)

    BalasPadam
  2. Dodol....nak jual ke atau makan sendiri...

    BalasPadam
  3. TAHNIAH MEJOR...Saya telah membaca surat yang dimajukan oleh KPJPN untuk saudara sebagai Ketua SRS dikawasan tanggungjawab saudara. Saudara sememangnya hebat dan aggresif...Biarpun saudara dibelenggu kerja serta tanggungjawab yang besar ditempat kerja namun saudara dapat mengamplikasikan terhadap persekitaran serta masyarakat luaran ditempat saudara dengan jayanya. Saya mendoakan semoga seluruh kumpulan yang terlibat dengan SRS ditempat saudara berjaya melaksanakan tanggungjawab yang telah saudara rancangkan. Terima Kasih...MRF ENT SNWG

    BalasPadam