Rabu, 29 Jun 2011

KELAS MASAKAN AHLI RONDA & KEJIRANAN SEKTOR 1 TMN ANGSAMAS


Kalau 2 minggu lepas Ahli Ronda SRS Tmn Angsamas Sektor 1 telah melaksanakan tugas pemasyarakatan dalam gotong royong majlis perkahwinan di sektor kami. Pada kali ini kita nak kongsikan aktiviti kelas memasak dengan sumber seekor lembu dan kambing untuk dijadikan menu hidangan Majlis Aqiqah anak kepada salah seorang Ahli Ronda SRS. Kelas memasak ini cukup luas dan tenaga pengajarnya adalah orang lama dalam kerja memasak namun beliau tidak pernah memiliki sebarang persijilan dalam bidang masakan.

Apabila melihat peserta-peserta terlalu ramai, maka ramai yang menjadi passenger sahaja. Namun kelas ini lain dari yang lain, ini kerana sijil tidak akan dikeluarkan dan penilaian berdasarkan kepada pendekatan praktikal sahaja. Jadi sesiapa yang ingin membuat majlis atau jamuan jangan cuba mengundang kami sebagai tukang masak. Justeru itu sekira anda nak tahu bagaimana bising dan "caca merba" kelas masakan tersebut, layan sahaja video di bawah:





Sebenarnya tujuan saya membuat "entry" dan tajuk macam ni, saja nak bagi anda keliru. Namun ada moral story yang ingin dikongsikan. Sekian Terima Kasih.

2 ulasan:

  1. Betapa ramainya guru berbanding pelatih, pembelajaran secara hand-on.Nampak guru2 melekat dikerusi dan memberi arahan dari kejauhan...:(

    BalasPadam
  2. Guru Oh guru.....ku ingat kau cahaya yg mampu menerangi kegelapan.

    BalasPadam